Archive | December, 2009

S.Korean Govt Plans Bigger Push For Korean Wave Products Abroad

30 Dec

SEOUL : It all started with the popularity of Korean dramas, which quickly captivated millions of fans around the world.

Since then, the Korean wave has triggered a surge of demand for all things Korean.

Japan and China are the biggest buyers today and the South Korean government has even bigger plans to boost the wave further.

In July, it opened Star Avenue in Seoul and the memorabilia hall of Korean stars has already drawn more than 43,000 visitors.

On display are costumes, accessories, and various other items donated by the stars such as a leather vest worn by Korean pop star Rain and the hand print of popular actress Choi Ji Woo.

Here, you can get up close and personal with your favourite star, put on the costumes they wore, and even pose as one of the characters or send an email to your favourite star by using a touch screen computer.

“Everyone I know likes watching Korean dramas, my mother likes them, I like them, my sister likes them and all my friends like them,” said one tourist.

Thanks to the Korean wave, sites featured in popular Korean drama series like the Four Seasons House in Seoul have also become some of the hottest tourist attractions here.

It is believed the Korean drama “Winter Sonata” in 2002 started the Korean wave and it is so popular in Asia that the economic benefits generated by the leading actor Bae Yong Joon alone, is estimated to account for 0.1 per cent of the country’s GDP in 2005.

And Korean stars aren’t the only ones who reap the benefits.

The wave has also boosted demand for Korean products ranging from cosmetics, electronics, to automobiles.

Now, the South Korean government is also hoping to ride the Korean wave to polish its national image.

“Brand is collectively what we are… It is to project an accurate picture of where Korea today is, what Koreans are and who we are,” said Samuel Koo, Chairman, Cultural and Tourism Committee, Presidential Council on Nation Branding.

The nation branding council plans to spend 100 billion won, or US$85 million, to correct Korea’s negative image as a divided country choked by frequent street protests.

Organisers have also roped in its citizens to help with the campaign.

“When I get approached by foreigners, I try my best to help them with the directions and everything. You might think there’s not a lot of things an individual can do. But if small changes can come together, we can actually make a big improvement and change eventually,” said one citizen.

“I guess Koreans are very unified citizens, so as a citizen of Korea, I can participate more in the government’s events or help foreigners to look around so that they can feel more welcomed. That way more people will come and more people will know about Korea,” said another.

South Korea now ranks 31st on the Anholt Nation Brands Index, falling behind Japan, China and Singapore. But the council is determined to raise its ranking to 15th by 2013.

– CNA/il

Channel News Asia

Dengarnya…: Pengajaran Kepada Scha

29 Dec

PADA Sabtu lalu heboh kisah tiga selebriti muda iaitu Awal Ashaari, Scha Al Yahya dengan Juliana Evans ditahan di sebuah pusat hiburan terkemuka di Kuala Lumpur. Heboh jugalah dunia hiburan apabila kisah penahanan mereka terpampang di surat khabar. Maklumlah sebelum ini ketiga-tiga selebriti ini mempunyai rekod yang bersih, jadi apabila tiba-tiba mereka ditahan kecoh jugalah dibuatnya.

Cik Normah sempatlah menjenguk ke beberapa laman sembang, habis teruk ketiga-tiga mereka dikutuk terutamanya Scha AlYahya. Selama ini Scha disangka gadis baik dan bersih, tetapi apabila berlakunya kes itu, macam-macam orang mengata.

Dalam Hip semalam, Cik Normah tengok muka Scha sugul habis. Kata Scha dia pergi ke sana kerana nak raikan ulang tahun sahabatnya dari Australia. Kenapa tak ajak raikan kat restoran mamak saja! Senang, selamat dan murah.

Kalau Cik Normah jadi Scha tentulah Cik Normah takut, ialah sedang kerjaya berada di kemuncak tup-tup nama dipalit dengan kisah hitam. Kalau dilihat pergi ke masjid tak apalah, ini ditangkap ketika berada dalam kelab. Apatah lagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian bakal berlangsung tak lama saja lagi, Cik Normah takut nanti perkara itu memberi kesan kepada undian Scha pula.

Berbalik kepada kisah Scha pergi ke kelab, dalam Hip semalam, Scha menyebut dia baru saja habis penggambaran Awan Dania. Tapi dari apa yang Cik Normah dengar sebenarnya malam itu Scha tidak terbabit dengan sebarang penggambaran. Betul atau tidak ada penggambaran Cik Normah tak pasti sebab itu apa yang orang sampaikan. Tapi apa motif dia berkata demikian? Adakah Scha nak beritahu yang dia langsung tidak merancang ke kelab kerana dia ada penggambaran tetapi dia terperangkap sebab undangan kawan?

Tak mengapalah Scha, hanya Scha saja yang tahu apa yang berlaku. Apa yang berlaku jadi pengajaran. Cuma, Cik Normah takut populariti Scha merudum hanya disebabkan sedikit masalah sosial. Maklumlah peminat kita ini selalunya sukakan artis yang baik-baik contohnya macam Datuk Siti Nurhaliza, jadi pandai-pandailah Scha jaga nama kalau mahu bertahan lama dalam industri.

Berita Harian

8TV Anjurkan Program Realiti Tarian Showdown

29 Dec


LAM (berdiri tiga dari kiri) bergambar dengan tenaga kerja dan pihak penaja yang terbabit dalam Showdown 2010.

8TV memulakan pencarian bakat baru dalam tarian untuk menyertai program realiti terbitannya, Showdown yang akan mula disiarkan pada Mac depan.

Sesi uji bakat akan diadakan bermula 9 hingga 31 Januari depan. Hadiah wang tunai RM50,000 menjadi ganjaran dan umpan untuk terus memastikan misi mencari bakat tarian ini berjalan. Tarian jalanan atau street dance menjadi genre tarian yang diutamakan dan setiap kumpulan diwakili lima hingga ketujuh orang penari.

Uji bakat terbuka tanpa ada batas usia, namun bagi mereka yang berumur bawah 18 tahun perlu mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga.

Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim, berkata idea menghasilkan program terbabit adalah susulan daripada kejayaan yang dilakar menerusi program So You Think U Can Dance (SYTUCD).

“Ini peluang kepada mereka yang meminati bidang tarian mengetengahkan bakat yang ada ke pasaran lebih besar. Program ini menjadi pendedahan terbaik untuk mencuri perhatian dan ruang kerjaya profesional pada masa mendatang.

“Kami tak membataskan untuk peserta amatur semata-mata. Peserta profesional juga dialu-alukan,” katanya ketika sidang media program terbabit diadakan baru-baru ini di KL Live, Jalan Sultan Ismail.

Seperti kebanyakan pertandingan realiti lain, undian SMS juga dipraktikkan. Bagaimanapun peranan juri profesional yang dipilih akan membantu peserta berbakat yang kurang undian untuk mara ke peringkat seterusnya.

“Joe Flizzow dan Maple Loo diberi tanggungjawab sebagai juri kerana kelayakan bidang mereka bukan satu persoalan lagi. Penyampai radio Fly FM, Hafiz Hatim pula sebagai pengacara. Dengan keupayaan Hafiz berbahasa Inggeris dan Melayu serta kelincahannya, dia calon terbaik mengemudi program ini,” kata Kim lagi sambil ditemani penerbit Showdown 2010, Zebedee De Costa.

Sementara itu, Joe Flizzow yang ditemui berkata, usaha yang dilakukan 8TV ini wajar dipuji. Dia menafikan bahawa kerjaya tarian ini tidak mempunyai masa depan dan sekadar suka-suka.

Joe yang mula dikenali menerusi Too Phat, berkata persembahan tarian juga sudah mula berkembang pesat sejak kebelakangan ini.

“Menerusi pengalaman dan pengamatan saya sendiri, ada daripada mereka yang menjadikan bidang tarian sebagai hobi sejak di bangku sekolah lagi. Malahan cabang ini juga dimanfaatkan untuk tujuan berfaedah seperti bekerjasama dengan organisasi tertentu dan penaja. Kalau dibuat dengan konsisten, bidang ini turut boleh jadi mata pencarian.

“Tapi untuk terus mendapat kerjaya yang stabil, mereka perlu berorientasikan bisnes. Saya ada kawan yang sudah boleh membuka studio tarian. Bukan bidang ini saja, bidang lain pun kalau kena gayanya memang akan ada masa depan. Negara kita juga sudah ada wakil penari yang diamanahkan bertanding ke peringkat luar negara.

“Jika dulu bidang ini lebih dikuasai Korea, Jepun dan Filipina. Tapi sekarang, negara kita juga boleh bersaing dan mencapai kejayaan yang sama seperti negara terbabit. Kita sebenarnya ada bakat mentah yang tercicir dan selalunya saya nampak di pertandingan tarian. Harapnya dengan wujudnya program ini mereka boleh mencuri peluang,” katanya.

Berita Harian

Fiffy Cuba Popularkan Irama J-Pop

29 Dec

Oleh Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my

Rap
SESUAI dengan usia serta pengikutnya terdiri daripada golongan remaja, Fiffy Natasya Suhaimi, 16, cuba keluar daripada imej kanak-kanak dengan membawa identiti baru, Pop Jepun atau J-Pop.

Meskipun bakatnya lebih menyerlah dalam lakonan drama dan filem, Fiffy tidak takut mencuba kelainan untuk perjuangannya dalam bidang nyanyian.

Bagi Fiffy, irama J-Pop sesuai dengan jiwa remaja dan dia tampil berambut perang dan stail harajuku, pakaian remaja belasan tahun yang begitu popular di daerah Shinjuku dan Shibuya di Jepun.

Katanya, memperkenalkan imej baru tidak boleh dipandang remeh kerana faktor itu boleh dinilai peminat untuk mengukur kematangan artis memajukan karier seni pada masa depan.

Sebagai muka baru bidang seni suara dan masih setahun jagung, imej J-Pop menyuntik semangat baru terhadap penampilan dirinya.

“Konsep J-Pop adalah cetusan idea komposer muda, Meor Aniq yang mencipta single Kawaii. Imej ini sesuai dengan minat saya dan kebetulan amat meminati bakat dimiliki penyanyi dan aktres terkenal Jepun, Ayumi Hamasaki.

“Sebelum ini, saya tiada identiti atau imej khusus untuk ditawarkan kepada peminat. Saya mahu identiti remaja moden, sesuai dengan irama dan penampilan untuk single sulung. Saya harap peminat menerima imej J-Pop yang masih dianggap baru di Malaysia.

“Sebelum masuk studio, ayah bawa saya jumpa Meor. Beliau mengagumi kesenian Jepun lantas memperkenalkan J-Pop yang dikatakan amat sesuai dengan fizikal dan suara keanak-anakan saya.

“Beliau bersetuju buat lagu untuk saya. Susuk fizikal Meor yang besar membuatkan saya yakin dan tidak fikir dua kali menerima cadangan J-Pop,” katanya.

Anak bongsu dua beradik yang juga pelajar tingkatan empat ini berkata, Kawaii atau Comel dalam bahasa Malaysia adalah projek pertama singlenya dan ia boleh didengari dan dimuat turun melalui Myspace.saya.

 

 

Katanya, walaupun rakam satu lagu, kos pembikinan menelan belanja RM10,000.

Kini Fiffy berhasrat merakamkan Kawaii ke bahasa Jepun jika muat turun nada dering Myspace mendapat sambutan peminat.

“Liriknya sudah ada, ditulis rakan yang mahir menulis dan bercakap bahasa itu. Jadi, saya tunggu reaksi peminat dan pendengar. Apapun, saya tidak tahu sejauh mana saya dapat diterima dengan J-Pop.

“Saya mungkin mempelajari bahasa Jepun kerana ia memberi kelebihan jika menyanyi dalam dua bahasa. Cara itu lebih baik untuk menarik peminat luar negara,” katanya.

Ternyata selain pengaruh drama bersiri dan program televisyen, kemasukan irama dan muzik dari Jepun sudah lama mendapat tempat di hati peminat tempatan.

Irama heavy metal antara terawal dipelopori Loudness dan Earthshaker pada pertengahan 80-an sementara Pizzicato Five dan Flipper’s Guitar, dikaitkan dengan J-Rock, juga mempunyai pengaruh terhadap beberapa kumpulan rock Malaysia.

Selain menyanyi dan berlakon, Fiffy yang mendapat keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), baru baru ini turut menubuhkan kumpulan indie rock, Underage, dianggotai empat rakan lelaki yang menuntut di sekolah sama.

Katanya, kumpulan Underage menggandingkan pemuzik adik beradik iaitu abang main dram dan adik, gitar. Dua anggota lain main bass dan gitar kedua.

“Kami berlatih di studio milik sendiri apabila tiada kelas. Irama kami banyak dipengaruhi Cranberries dan pop punk Amerika Syarikat, Paramore,” katanya.

Kata Fiffy, dia juga mempunyai peminat sebaya hingga sekarang berikutan popularitinya sebagai duta majalah Bintang Kecil.

“Saya tidak lupa sokongan peminat remaja yang mengikuti perkembangan saya hingga sekarang. Saya tidak mahu mengecewakan mereka. Banyak surat diterima memberi kata perangsang dan semangat kepada saya untuk terus menceburi dunia seni,” katanya.

Bakat Fiffy mula dicungkil pada umur lapan tahun sewaktu menganggotai kumpulan nasyid Wardah yang menghasilkan tiga album.

Dia mula mendapat perhatian pengarah filem dan drama dengan membawa watak artis serta tampil dalam beberapa model iklan dan mengacara program kanak kanak.

Sewaktu berumur 12 tahun, Fiffy bergerak solo dan menghasilkan album sulung bertajuk Kawan. Dia merakam semula lagu Panti Asuhan nyanyian penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang yang dimuatkan dalam album itu.

Fiffy memegang peranan kanak kanak dalam dua filem. Dia diberikan peranan sebagai Erra waktu kecil dalam Cinta Kolesterol dan Waheeda waktu kecil dalam I Know What You Did Last Raya. Antara drama dibintanginya adalah Situasi, Hadiah Murni dan Misteri Syakila.

Wajahnya dapat dilihat melalui iklan televisyen seperti Simfoni Syawal dan Courts Mammoth. Selaku pengawas dan pembaca ikrar perhimpunan pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Rahman Putra, Sungai Buloh, Fiffy cemerlang dalam akademik.

Harian Metro

'Saya Sudah Ada Kekasih'

29 Dec

Oleh Sakini Mohd Said
sakini@hmetro.com.my

Rap
LAKONANNYA sebagai Faqir dalam filem Pisau Cukur sedikit sebanyak menarik perhatian peminat industri hiburan tempatan khususnya wanita.

Berbekalkan wajah kacak, ditambah pula keberkesanannya menjiwai karakter itu akhirnya mempopularkan nama Redza Minhat.

Mungkin, sebelum ini ramai tertanya-tanya siapa gerangan lelaki muda ini kerana dianggap kemunculannya adalah pendatang baru, digandingkan pula dengan dua aktres popular, Maya Karin dan Fazura dalam filem arahan Bernard Chauly itu.

Namun itu bukanlah realiti kerana sebelum ini Redza, 29, pernah menjayakan drama Gol & Gincu, Goda dan Impian. Cuma, penampilannya ketika itu agak tenggelam dan tidak disedari ramai.

Menyukai pentas teater, Redza menceburkan diri dalam lapangan itu sebelum mengorak langkah dunia filem dan drama.

Mendapat pengetahuan asas teater ketika zaman persekolahan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), minatnya yang mendalam itu diteruskan hingga berjaya menubuh syarikat Aroma Teater Works bersama rakan-rakannya.

Menariknya, jejaka lulusan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) ini juga mempunyai kebolehan menulis skrip dan ini terbukti apabila naskhahnya berjudul Tat Nenas mendapat tempat pertama di Festival Teater Malaysia.

Kelebihan aktor ini juga terserlah dalam dunia profesionalisme apabila dia mempunyai kerjaya tetap sebagai penganalisis pelaburan.

Tampan, berilmu, berkerjaya, pemilik nama Shahredza Minhat dilihat mempunyai pakej lengkap dan cukup sempurna untuk mencairkan hati peminat wanita serta menyusuri aktif bidang lakonan tempatan.

Namun, di saat namanya dikenali dan mendapat pelbagai tawaran, Redza mengumumkan yang dia sudah mempunyai kekasih hati.

 

 

Bukankah itu sedikit sebanyak menjejaskan penerimaannya nanti?

Kata Redza, populariti bukanlah fokus utama, malah dia tidak pun menyesal memberitahu sudah berpunya kerana tidak mahu melukakan hati si dia.

“Sejujurnya saya tidak mengejar populariti kerana yang dicari adalah kepuasan. Apa yang dilihat peminat di luar sana, adalah diri saya sendiri. Saya tidak menipu peminat dengan menampilkan karakter berlainan. Macam awak lihat hari ini, saya memang agak pemalu apabila disuruh membuat pelbagai aksi (pose).

“Entah kenapa, kalau di depan kamera penggambaran saya tiada masalah ke arah itu. Mungkin, disebabkan minat. Saya hairan apabila ada segelintir pihak mengandaikan nilai seseorang pelakon itu akan jatuh sekiranya dia mengumumkan sudah mempunyai kekasih hati.

“Bagi saya, pelakon juga orang biasa yang meniti kehidupan sama seperti lain. Saya akui sudah mempunyai kekasih hati dan kami berkenalan sejak lapan tahun lalu.

“Umur pun sudah meningkat dan sebagai lelaki dewasa saya perlu fikir ke arah itu. Namun, semuanya masih dalam perancangan,” katanya.

Melihat reaksi diterima menerusi Pisau Cukur, ada kemungkinan jejaka yang mempunyai darah berketurunan Cina ini akan berhenti dari kerjaya tetapnya sebagai penganalisis pelaburan, untuk terus mengorak langkah dalam industri seni.

Mengajukan persoalan itu kepadanya, beritahu Redza, dia tiada perancangan ke arah itu.

“Tidak mungkin saya akan berhenti kerja kerana dua bidang itu (matematik dan lakonan) adalah jiwa saya. Lagipun, saya amat gembira dengan kehidupan ketika ini. Kalau saya berhenti kerja kerana ingin komited dalam dunia seni, saya rasa ia akan jadi lain nanti.

“Ini kerana saya akan menerima apa saja tawaran berlakon kerana perlu cari sumber pendapatan. Orang kata, apabila sudah jadikan ia sebagai satu kerja, nanti minat yang ada akan terus hilang. Seperti saya kata tadi yang saya berlakon kerana minat dan paling penting sebelum menerima sesuatu tawaran adalah jalan cerita dan skrip.

“Apatah lagi, saya juga seorang penulis skrip dan kerana itu saya akan bersikap selektif ketika menerima sesuatu tawaran,” katanya.

Menyentuh sekiranya dia akan hilang fokus apabila membuat dua kerja dalam satu masa, kata Redza, itu tidak berlaku kerana mempunyai jadual waktu yang tersusun.

Dengan itu, dia berupaya mengimbangi dua perkara diminatinya dalam satu masa dengan baik.

“Orang selalu pertikai apabila kita terbabit dua kerja, kualiti persembahan akan terjejas. Alhamdulillah, setakat ini tidak berlaku lagi kepada saya kerana hanya terbabit penggambaran selepas waktu kerja atau hari minggu.

“Selepas Pisau Cukur, saya menerima banyak tawaran. Selain meneliti skrip, saya juga bertanya kepada pengarah sama ada dia boleh menerima jadual saya dan imbangkan perkara itu. Saya berterus-terang kepada mereka yang saya hanya boleh terbabit penggambaran pada sekian hari, masa kerana ada kerjaya tetap.

“Kalau dia setuju, barulah saya terima. Kualiti kerja terjejas, adalah perkara klise. Sebenarnya, itu semua datang dari kita bagaimana mengemudi jadual sendiri agar keduanya seimbang,” katanya.

Harian Metro

Apabila Manis Jadi Pahit

29 Dec

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

Rap

TIADA pasangan yang berkahwin semata-mata untuk bercerai. Namun jika sudah tiada jodoh, berpisah jalan terbaik. Kehidupan rumah tangga zaman milinium terlalu mencabar. Jika iman rapuh dan kesabaran setipis kulit bawang nescaya mahligai dibina kecundang jua akhirnya.

Pada pandangan zahir, pasangan itu sama cantik dan sepadan bagaikan pinang dibelah dua.

Pokoknya tiada yang kurang, dikurniakan pula kemewahan yang melimpah ruah namun hidup kita tiada yang sempurna. Apabila bersangkut soal hati, ia sukar dimengerti dan apabila sekeping hati itu sudah mula merajuk tiada yang dapat memujuk.

Perceraian bukan saja berlaku di kalangan artis dan selebriti bagaimanapun kerana kerjaya yang diceburi menjadikan mereka milik masyarakat, cerita mereka menjadi bualan. Semakin disorok semakin seronok untuk dibongkar kisah di sebalik tabir kemilau dan kemasyhuran yang dikecapi.

Tahun 2009 mencatat suka duka silih berganti. Yang baru mendirikan rumah tangga pasti sedang mengulit bahagia. Mereka yang baru mendapat cahaya mata pula tentu berasakan dunia ini mereka punya dan pada yang baru terlerai kasih, jangan bersedih.

Perceraian penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dengan isterinya, Maizawati Zainal, 33, akhir Mei lalu, paling mendapat perhatian berikutan Maizawati membuat pendedahan terbuka menerusi program televisyen.

Pasangan itu akhirnya bercerai pada 15 Julai lalu selepas Akhil melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak.

Penyanyi Waheeda atau nama sebenarnya Norwahida Abdul Wahab dikatakan penyebab keruntuhan mereka. Pun begitu setiap kali ditanya keintiman yang mula terjalin sama ada Akhil atau Waheeda, mereka menafikan sekeras-kerasnya. Kisah mereka semakin panas apabila ada yang terserempak dengan mereka menonton wayang bersama. Akhil juga mengundang Waheeda muncul dalam rancangan berbentuk nasihat kepada golongan remaja, Cafe Akhil Hayy 2.

Selepas puas menafikan mereka ada hubungan intim, akhirnya kebenaran terbongkar jua apabila sebaik saja Akhil bercerai dengan Maizawati, mereka terus menikah pada 16 Ogos lalu.

Perceraian yang turut menjadi berita sensasi ialah pernikahan tidak sah penerbit, pelakon dan dan pengarah terkenal Aziz M Osman, 47 dan pasangannya, Nor Radhiah Ramli, 23.

 

 

Pada 1 Februari lalu. Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Trengganu, memutuskan pernikahan Aziz dan Radhiah yang berlangsung pada 16 Ogos 2008, tidak sah dan mengarahkan pasangan itu berfaraq (berpisah).

Perkahwinan itu diputuskan tidak sah kerana ketika mereka berkahwin, Radhiah belum tamat edah bagi perkahwinan pertamanya dengan Engku Ahmad Hisham Engku Abdullah. Pernikahan Nor Radhiah dengan Engku Ahmad Hisham pula diputuskan mahkamah sebagai tidak sah kerana dinikahkan secara wali hakim oleh jurunikah warga negara Thailand, di luar bidang kuasa istikhlafnya iaitu bukan di dalam wilayah Narathiwat, Thailand.

Barangkali tahun ini juga menjadi kenangan pahit untuk pelakon dan model, Natasha Liana Hudson, 28, yang sekali lagi gagal mempertahankan rumah tangga keduanya dengan ahli perniagaan dan politik, Datuk Shahrin Zahari, 28, yang hanya bertahan dua tahun.

Pasangan itu berkahwin pada 29 Julai 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Neesa Helena. Pernikahan pertama Natasha dengan Mohd Faiz Mohd Raih, 29, hanya bertahan lima bulan. Mereka berkahwin pada 6 Mei 2006.

Beego, 29 pula mencatatkan sejarah peribadi tersendiri apabila hanya 10 hari bergelar suami. Perkahwinan yang diselimuti duka itu berakhir dengan perceraian. Punca kenapa ikatan suami isteri itu terlerai, hanya mereka yang tahu.

Mengakhiri hubungan itu yang terlalu banyak kekusutan yang timbul, maka pada 16 Mac lalu, Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah, sah melafazkan cerai talak satu terhadap Intan Shahira Mohd Shahru Bahari, 28, yang dinikahinya pada 29 Disember 2007.

Aktres popular era 90-an, Salina Zaimon atau Lydiawati, 43, pula dibayar RM105,000 oleh bekas suaminya, Azhar Mohd Zar, 35, atas perintah mahkamah selepas dicerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat selepas tiada bersefahaman antara mereka. Mereka berkahwin pada Ogos 2008.

Kisah keretakan rumah tangga Jamaludin Elias atau Nash, 48, antara yang menjadi tajuk utama akhbar apabila pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages,Sosilawati Lawiya, 44, memohon cerai taklik sebelum Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membatalkan permohonan injunksi secara ex-parte (sebelah pihak) yang dibuat bekas isterinya.

Bagaimanapun, Nash yang bernikah pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor dan didakwa keluar dari rumah kelamin mereka pada 13 Ogos 2007, akhirnya sah melafazkan talak satu kepada Sosilawati di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pada 26 Mei lalu.

Pelawak, pelakon dan pengarah AR Badul turut mengejutkan ramai apabila disahkan bercerai dengan isterinya, Muna Liza Basir melalui talak khuluq (tebus talak) sebanyak RM1 pada 22 Jun lalu selepas gagal menemui jalan penyelesaian berhubung pergolakan rumah tangga mereka.

AR Badul yang berkahwin dengan Muna Liza sejak lapan tahun lalu didakwa wanita itu melafazkan cerai di Bukit Antarabangsa, Ampang pada 16 September 2008.

Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah, 50, sekali lagi berdepan dilema perceraian apabila perkahwinan ketiganya dengan Fatimatu Zahra Samad, 25, pada 3 Januari 2006 di Thailand, berakhir dengan pengesahan talak satu yang dilafazkannya pada 15 Mei 2007.

Pelakon utama filem Santau, Puteri Mardiana Zainal Abidin, 28, dan Shahnaz Norwawi, 32, disahkan bercerai taklik dengan talak satu pada 25 Ogos lalu selepas mengingkari syarat taklik dengan keluar rumah tanpa izin suami pada 3 Julai.

Tanpa banyak publisiti selepas berkahwin, tiba-tiba pasangan selebriti, Siti Nordiana Alias, 25, dan Mohd Faizal Mohd Yusop, 31, yang bernikah pada 26 April 2006 disahkan bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan setelah Faizal melafazkan cerai melalui telefon bimbit dua kali iaitu pada 27 Julai dan 25 Ogos.

Pelakon drama Kisah Kaisara dan Tari Tirana, Wan Sharmila Wan Mohamed, 28, turut disahkan bercerai dengan talak satu pada 23 Oktober lalu selepas tiga tahun bergelar isteri kepada penerbit Radius One Sdn Bhd, Fazli Baharom, 37, selain dramatis Emma Akma Yunus, 40, yang bercerai buat kali ketiga dengan bekas suaminya yang juga pengarang akhbar tabloid, Mohd Kamal.

Beberapa kes perceraian artis yang masih dalam proses perbicaraan turut dapat perhatian termasuk permohonan pengesahan lafaz cerai isteri penyanyi Mamat atau Mohd Ali Kamarudin, 31, Marshila Mustapa yang ditangguhkan sehingga Februari 2010 kerana bekas vokalis kumpulan Exists itu dimaklumkan masih di Singapura kerana terbabit dalam kes kecurian telefon bimbit pelakon di sana.

Turut mendapat perhatian, perbicaraan kes perceraian kali kedua vokalis OAG, Radhi Razali, 32, dengan Shazlin Sharif, 31, yang bakal disambung 18 Januari depan.

Selepas insiden tercedera akibat jatuh tangga di kediamannya, Ida Nerina Hussain, 45, menghadapi satu lagi tamparan hebat apabila suaminya yang juga bekas anggota kumpulan Black Rose, Sha’arin Mohammed Razali memohon pengesahan lafaz cerai 29 Oktober lalu.

Proses perceraian antara penyanyi Erema atau nama sebenarnya Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, yang memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 pada Aidilfitri 2008 terhadap komposer, Jamaluddin Sulik atau Seri Bayu yang kini menghidap penyakit saraf ‘motoneuron’ juga belum selesai.

Harian Metro

Love Rules Local Showbiz In 2009

29 Dec

Love rules local showbiz in 2009
December 29, 2009
 
 

THE year 2009 can be best described as a year of love for local showbiz, as you’d see from U-Weekly’s list of the biggest news in entertainment.

TWO FOR PRICE OF ONE: U-Weekly is available at $2 and comes with a pullout.

1. New love

There’s an adage that true love transcends all boundaries. For 56-year-old radio DJ and compere Marcus Chin, that was certainly the case when he fell in love with his assistant, Eileen Xie, 24.

He divorced his wife of 23 years and a fierce tussle broke out between them over alimony issues.

They took their case to the family court, and judges declared that Marcus needs to pay his wife $3,000 a month.

2. Fake or not?

Think before you crack your jokes.

That’s the lesson television host Dasmond Koh, 37, learnt after shooting his mouth off and getting into a fix.

During an interview, he blurted out to reporters that he is ‘sure that Felicia (Chin) has had stuff done on her upper body’.

His statement created an instant furore and Dasmond was called in by his MediaCorp bosses who demanded an explanation.

He subsequently apologised for his ‘unintentional joke’.

Felicia, one of MediaCorp’s highly-lauded Seven Princesses, took the comment in her stride.

She was back on talking terms with Dasmond at a recent press conference.

3. Contrasting marriages

There were several celebrity marriages this year.

Lovebirds Fann Wong and Christopher Lee and Michelle Chia and Shaun Chen had high-profile weddings with televised coverage, brand name sponsors and both bride and groom decked out in grandeur.

In comparison, actress-host Kym Ng’s union with her hubby was more subtle and private.

Not only did she not reveal her husband’s full name (he is known only as Mr Yang and isn’t from the entertainment scene), there was no lavish wedding dinner following their overseas solemnisation in October.

4. Relocating for love

Sexy bombshell Fiona Xie, 27, had her own share of shocking news.

In July, she hastily pulled out from the ensemble cast of year-end blockbuster series Together, sparking talk of pregnancy. After lying low for a while, she revealed that she has officially left MediaCorp.

She is currently based in Hong Kong with her Aussie-American boyfriend. One of the main reasons she didn’t want to be part of Together was that ‘there were too many intimate scenes, which he (the boyfriend) didn’t like’.

Ah, such is the power of love.

Fiona will continue to participate in MediaCorp projects on a contract basis.

5. Great boost

Kudos to Joanne Peh, 26, for being the first of MediaCorp’s Seven Princesses to bag a Best Actress accolade during March’s Star Awards.

Joanne was also nominated in the same category, alongside veterans Zoe Tay, Fann Wong and Hong Kong’s Michelle Yim, at the recent Asian Television Awards.

Overall, it has been a smooth-sailing year for the lass.

Other than her career achievements, she admitted to reporters that she is dating US actor Bobby Tonelli, her co-star in drama series Little Nyonya.

This article was translated from the latest issue of U-Weekly.

For more news on Asian entertainment, get a copy of U-Weekly, out on news-stands today.

U-Weekly now gives you double the value.

For only $2, you get your regular dose of celebrity news, as well as a free special pullout focusing on real life people and their stories.

Remember to ask for your special pullout when you buy the magazine.

 

The NewPaper

Jessica Hsuan's New Boyfriend Is No Gentleman

29 Dec

HONG KONG : Hong Kong actress Jessica Hsuan’s boyfriend, South African veterinarian Ruan Bester, has been found to have a history of embezzlement and dishonest conduct, according to Hong Kong media reports.

In 2008, 35-year-old Bester opened the Royal Veterinary Centre, the biggest veterinary clinic in Macau at the time, with Faye Ho, the eldest granddaughter of Macau’s ‘Casino King’ Stanley Ho.

However, the pair got into a serious financial dispute over ownership of the clinic and even went to court. Bester was also found to have misappropriated company funds to pay for his rent.

Bester was said to have roped in Faye Ho to open the hospital after he went through a series of unhappy incidents while working at other veterinary clinics.

Ho agreed to put up HK$5 million (S$1 million) to open the Royal Veterinary Centre with Bester because she felt he was a good vet. She would hold a 75 per cent stake in the clinic while Bester was to own the remaining 25 per cent.

However, on the day they were to sign the contract, Bester asked to increase his stake to 50 per cent but admitted he did not have the funds to do so. Ho agreed to his request, on the condition that Bester will receive no salary for the first two years, and the papers were signed.

Bester was left completely in charge of the clinic. However, Ho found irregularities in the clinic’s books and wanted to engage an accountant to check the accounts but Bester refused.

Bester also complained to nurses that he was not being paid for his work despite agreeing to do so as part of his ownership deal. He allegedly boasted he would borrow funds and buy out Ho, but when he failed to secure a loan, Bester incited a strike by the clinic’s nurses to force Ho to relinquish her share of the clinic.

When contacted about the matter, Ho, who is also the chairperson of Macau animal welfare group Anima, said: “This is all true but I do not wish to comment further on the issue.”

Actress Jessica Hsuan met Bester four years ago at a veterinary clinic but the pair only began dating recently.

Hsuan, 39, even let slip that Bester was her first foreign boyfriend and that she saw him as a potential husband in interviews with Hong Kong newspapers.

These allegations, if they turn out to be true, may very well put the brakes on any marriage plans she might have.

– CNA/ha

Channel News Asia

Rabbani Teruskan Perjuangan Ustaz Asri

29 Dec


DI kawasan pergunungan Wadi Ram ketika merakamkan klip video album terbaru Rabbani.

SETIAP langkah yang disusun kumpulan Rabbani kini pasti akan tetap mengenang tunggak kekuatan mereka iaitu Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yang terlebih dulu menyahut seruan Ilahi pada 13 Ogos lalu. Sehingga kini, perjuangannya masih tetap diteruskan.

Demikian juga kisahnya dengan kembara ilmu hujung pada November lalu yang membabitkan kumpulan yang memegang rekod lapan tahun berturut-turut menerusi kategori Penyanyi/Kumpulan Nasyid Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Jurucakap anggota Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, program Kembara Ilmu bersama Rabbani anjuran Al Bayan Corporation sejak 26 November hingga 7 Disember lalu sebenarnya antara projek yang ditinggalkan Ustaz Asri sebelum pemergiannya ke rahmatullah.

“Allahyarham antara yang teruja dengan projek kembara ini biarpun tidak kesampaian. Peluang kembara ini sebenarnya turut membuka peluang kepada kami termasuk Allahyarham untuk memperkukuhkan sebutan Bahasa Arab..

“Apatah lagi, bahasa terbabit tidak dapat dipisahkan dalam dunia muzik nasyid,” katanya yang hadir ke Balai Berita baru-baru ini.

Jelas Azadan, kembara ilmu yang dikelolakan Datuk Mahmud Abdul, penterjemah Bahasa Arab bagi pertandingan Tilawah al-Quran itu turut menyelit kursus belajar Bahasa Arab sambil bercuti ke Jordan, Syria dan Lubnan.


TEMUBUAL untuk program TV Shada di Jordan.

Katanya lagi, sesi ilmiah ini berjalan secara santai dan praktikal.

“Sepatutnya kami balik pada 3 Disember tetapi kerana meneruskan penggambaran klip video album terbaru, kembara ini dilanjutkan hingga 7 Disember. Sesi lawatan ke bangunan dan tempat bersejarah turut diadakan. Malah, Rabbani turut membuat persembahan di Universiti Jordan dan Yarmok.

“Selain itu, kami juga diundang membuat persembahan di kedutaan Jordan, Syria dan Lubnan. Orang kata sambil menyelam, meminum air, kami mencuri peluang merakamkan penggambaran program Jelajah Rabbani. Ketika ini, kami masih dalam peringkat perbincangan mencari stesen TV untuk menyiarkannya.

“Di sana kami berpeluang menemui penyanyi nasyid terkenal di Timur Tengah, Abu Judd. Suaranya memang luar biasa dan kami sempat bergambar kenangan dengannya. Kami juga berjumpa dengan tokoh Maal Hijrah yang diiktiraf Malaysia di sana. Insya-Allah kembara ilmu ini akan menjadi acara tahunan” kata Azadan lagi.

Dalam pada itu, dua minggu sebelum pemergian Rabbani mengikuti kembara itu, mereka sempat melunaskan rakaman album terbaru berjudul Mahabbah. Album ini juga menjadi pertaruhan sulung Zulkiflee Azman yang dilantik sebagai penyanyi utama selepas ketiadaan Allahyarham.

“Kami menyelitkan lagu Kejora Sinar Zaman yang didedikasikan buat Allahyarham dan kepada mereka yang mengenalinya. Lagu tema program Syahadah di RTM itu turut dirakamkan kembali dalam versi lebih panjang.

“Lagu Nurul Iman pula dijadikan single pertama dan insya-Allah akan dijadikan lagu tema sebuah drama di RTM terbitan Layar Consult. Album ini ditaja PRM Global dan diedarkan Warner Music,” katanya sambil memberitahu album itu sudah pun berada di pasaran

Pada tahun 2010, sekali lagi Rabbani akan menganjurkan konsert Malam Sinar Maulidur Rasul. Syarikat telekomunikasi utama negara, TM bakal menaja konsert yang dijangka diadakan pada Februari nanti.

“Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi akan jadi penyanyi utama dan tarikan untuk konsert ini seperti yang terdahulu. Selain konsert itu, Rabbani masih akan menganjurkan aktiviti menarik termasuk pakej umrah.

“Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya di talian 019-2110300 atau 03-62721225 untuk keterangan lanjut,” katanya seraya mengakhiri perbualan dengan menjelaskan sebarang aktiviti dan produk terkini Rabbani boleh diketahui dengan melayari laman sesawang,www.rabbani.com.my.

Berita Harian

Emosi Dua Diva

28 Dec

Oleh Farihad Shalla Mahmud

Bukan bersaing tapi saling melengkapi: Siti Nurhaliza, Krisdayanti kotakan janji bergabung dalam satu album

SEPERTI mana judulnya yang menggambarkan perasaan yang pelbagai warna, album berjudul CTKD: Canda, Tangis, Ketawa, Duka, yang bakal berada di pasaran mulai hari ini bagaikan satu karya besar buat penggemar dua penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza dan Krisdayanti atau KD.

Mana tidaknya, album yang dihasilkan atas nama jalinan persahabatan ini boleh diumpamakan seperti menyelak kembali helaian kisah suka duka dua penyanyi ini. Biarpun bukan semua lagu yang dimuatkan dalam album ini diangkat dari kisah benar dua penyanyi ini namun sewaktu menghayati setiap lirik yang dinyanyikan mereka sewaktu menghadiri sesi rakam album itu tidak berapa lama dulu, jelas membayangkan album itu bagaikan luahan emosi buat kedua-dua penyanyi itu.

Ramai yang sedia maklum betapa perjalanan seni mereka tidaklah semudah yang disangka. Tidak semuanya indah belaka. Berada di puncak kemasyhuran tidak semestinya kehidupan mereka sempurna segala-galanya. Mereka meniti dari bawah hinggalah kini berada di kemuncak. Malah, andai dilihat dari sudut kehidupan peribadi mereka, baik Siti mahupun KD, kedua-duanya ada kisah sensasi tersendiri.

Siti, di sebalik kebahagiaan yang dikecapinya namun masih juga terus diburu gosip nakal yang mempertikaikan atau memperkatakan keharmonian rumah tangga mereka. Manakala KD, seperti yang ramai sedia maklum, kini bergelar janda selepas mahligai yang dibina selama 13 tahun itu akhirnya berkecai di pertengahan jalan.

Itulah rencah kehidupan mereka. Populariti juga tidak menjamin segala-galanya dalam kehidupan yang mereka lalui. Namun, apa yang mereka hadapi itu bukanlah satu halangan untuk terus utuh dan ampuh dalam persada seni yang memang penuh pancaroba ini.


ALBUM CTKD: Canda,
Tangis, Ketawa, Duka bagai
jambatan hubungkan
antara dua negara berjiran.

Mungkin tidak dinyatakan secara khusus, tetapi bait-bait perkataan yang disusun dalam lagu-lagu yang mereka muatkan dalam album ini sudah tentu menggambarkan keadaan perasaan peribadi masing-masing.

Bercerita kepada pembikinan album itu, Siti yang terbang ke Indonesia pada awal bulan lalu bagi menyempurnakan rakaman lagu terakhir ciptaan Charly dari kumpulan ST12, berkata proses itu bagaikan serampang dua mata buatnya.

Lagu Amarah hasil ciptaan Audi Mok dan seni katanya ditulis oleh Siti sendiri.

“Penggambaran klip video itu Siti buat di sebuah studio di Jakarta dan mengambil konsep warna merah, biru dan ungu. Ia dibuat selama sehari saja,” ujar Siti kepada Hip.


SITI mahu peminat tak henti sokong kerjayanya.

Berkongsi pengalaman merakamkan lagu Tanpamu itu, Siti berkata dia terkejut kerana berlaku suatu insiden yang tidak disangka- sangka.

“Lagu itu memang menarik dari segi melodinya. Siti tidak menyangka ketika kami sedang asyik merakamkan lagu itu, tiba-tiba penerbitnya, Charly menitiskan air mata dan terus keluar dari studio.

“Siti pun tak tahu mengapa dia berbuat demikian. Entahkan tersentuh atau terkenang kisah lalu, tak pula Siti ketahui. Mungkin hanya dia sendiri yang tahu mengapa.

“Apapun, dia ada berkata kepada kami, dia begitu terharu apabila kami sudi memuatkan lagu ciptaannya dalam album duet kami itu,” cerita Siti lagi.

Bagi album yang dijalankan secara usaha sama oleh SNP (M) Sdn Bhd dan KD Record itu, mereka mengambil masa empat hari untuk disiapkan. Begitulah andai dua penyanyi profesional bekerjasama.

“Alhamdulillah, Siti gembira kerana album itu berjaya juga disiapkan dalam masa yang singkat. Malumlah, sebelum ini sudah banyak kali juga album ini ditangguhkan disebabkan kesibukan dua belah pihak.

“Album ini bukanlah bertujuan untuk menonjolkan vokal siapa yang lebih hebat atau sebaliknya. Tetapi duet ini adalah sekadar melengkapi antara satu sama lain,” katanya.

Sebagai melengkapi kehadiran album yang menjadi jambatan dua hala antara dua negara ini, Siti berkata mungkin sebuah konsert yang menggandingkan mereka berdua akan dihasilkan.

Dalam album ini terdapat 10 buah lagu, enam lagu penuh manakala empat lagi adalah minus one. Antara lagu yang dimuatkan adalah Jika Kau Tak Datang, Sebagai Teman, Tanpamu, Amarah, Hanya Dia dan Dalam Diamku. Lagu yang dipilih sebagai minus one adalah Tanpamu, Amarah, Hanya Dia dan Dalam Diamku.

Biarpun ramai yang mengatakan tempoh album ini dikeluarkan agak cepat sedangkan album Tahajjud Cinta baru saja dipasarkan, Siti yakin peminatnya tidak akan terkeliru.

“Album ini ada kelebihannya tersendiri dan Siti harap peminat Siti tidak lupa untuk mendapatkan album yang bakal keluar pada hari ini. Dan siti mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang tak henti-henti menyokong kerjaya siti,”ujar Siti menutup bicaranya.

Berita Harian