Dengarnya…: Aktor Tagih Publisiti Murahan

29 Jan

Oleh Normah Becok

NAK kata terkejut tak terkejut pun Cik Normah dengan perangai seorang artis lelaki yang berdagu cantik ini. Sebabnya Cik Normah sudah lama tahu perangainya. Tak dinafikan dia antara pelakon yang baik biarpun Cik Normah cukup tak berkenan dengan wajah buatannya. Begitulah jadinya kalau tak pernah bersyukur dengan pemberian Tuhan.

Ceritanya begini, Cik Normah diberitahu memang pelakon lelaki ini terdesak untuk menagih publisiti murahan. Mangsa terbaru ialah seorang pelakon wanita yang tak sanggup lagi bersandiwara menipu khalayak terutamanya media, yang kononnya mereka menjalinkan hubungan cinta.

Hakikatnya memang tidak dan pelakon wanita itu pun sudah tak kuasa lagi dengan pelakon terbabit. Bayangkan dalam tempoh perkenalan mereka selepas berlakon dalam sebuah telefilem, pelakon lelaki terbabit seperti memasang jerat untuk mencipta kontroversi murahan membabitkan pelakon wanita itu.

Patut pun, Cik Normah dapat tahu kenapa pelakon wanita terbabit enggan bergambar bersama dengan pelakon lelaki itu dalam sesi fotografi. Ada sebab rupanya. Yang sebenarnya pelakon lelaki itu seperti memaksa pelakon wanita yang dimaksudkan untuk mengaku mereka bercinta.

Hai nampak sangat pelakon lelaki itu begitu terdesak untuk popular. Tak dinafikan lakonannya memang banyak di kaca TV tapi patut pun namanya tak sering meniti bibir peminat. Rupa-rupanya pelakon lelaki ini gemar mencipta kisah palsu untuk menjual namanya.

Sebelum pelakon wanita ini pun, pelakon lelaki terbabit pernah mencari mangsa lain untuk memuaskan hatinya supaya jadi popular. Hai, kenapa ada lagi manusia yang sanggup dan tergamak buat begini. Cik Normah nak tanya kepada pelakon ini, kalau bakat ada, kenapa perlu mempersiakan ia dengan membuat perkara bodoh. Haissshhhh….

Berita Harian

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: