Panik Memburu Berita

31 Jul

Berbekalkan pena dan buku nota, lebih 60 pelajar menjejak kes jenayah yang direka khusus untuk Kem Obor yang dianjurkan Berita Harian buat kali kesembilan. Mereka juga diminta mewawancara dua kumpulan muzik yang mencipta nama di persada muzik tanah air – Revalina dan Eve. Kami bawakan laporan sekitar Kem Obor selama tiga hari yang menutup tirainya pada 12 Jun lalu.

Pertukaran anggota
di saat akhir hampir patahkan semangat pasukan Westwood

Oleh
Nurul ‘Ain Razali

DALAM keadaan kelam-kabut, rambut panjang yang baru sahaja dicuci dibiarkan panjang mengurai, mengalahkan ‘si kakak’, Fatimah Rockers (panggilan manja untuk puntianak).

Dalam keadaan panik dan hidungnya yang ‘tersosek-sosek’ dek penyakit sinus, Debbie Katherina Irwan memberanikan diri tampil membantu Sekolah Menengah Westwood yang bertanding di dalam Kem Kewartawanan Obor, Jejak Jenayah, pada 11 Jun lalu.

Sebabnya, pelajar menengah tiga itu terpaksa menggantikan temannya yang mengundurkan diri pada saat-saat akhir sekitar 8 pagi. Akibat pengunduran tersebut, seorang lagi pelajar Sekolah Menengah Westwood, Fatin Nurdiyana Kadir, terbiar menyiapkan segala-galanya sendiri.

Perjuangan menyiapkan berita jenayah kes pembunuhan seorang remaja yang direka pasukan penganjur diteruskan antara 9 malam dengan 2 pagi.

Namun, ini tidak menghalang pasukan ini meraih tempat kedua di dalam peraduan yang dianjurkan Kelab Obor, Berita Harian sejak Jun 2006. Pasukan Sekolah Perempuan Tanjong Katong (TKGS) meraih kejayaan membanggakan selaku juara peraduan.

Kata Fatin Nurdiyana: ‘Pelajar pertama yang mengundurkan diri atas sebab keluarga, Siti Fardiana, ada juga tolong dengan rencana jenayah pertama itu.

‘Tapi pada hari kedua, di mana saya mula menulis betul-betul, saya mula bimbang. Betul ke tidak cara penulisan saya dan cara saya menyusun maklumat. Pada mulanya, saya ingin berputus asa, tetapi dia (Debbie) berjaya ‘menyelamatkan’ saya.’

Pengalaman mencemaskan lagi bersuntik adrenalin itu berbaloi apabila mereka, kededuanya 14 tahun, turut menerima hadiah reka hias halaman terbaik.

Mereka membawa pulang baucar buku Popular bernilai $50 setiap seorang dan siri DVD, Deadliest Catch. Set eksperimen terapung-apung, Floating Ideas, turut dimenangi.

‘Kami juga menyertai kem ini tahun lalu dan fikir kami akan menang, tetapi tidak menang. Kali ini, kami tidak memikirkan untuk menang langsung,’ ujar Debbie Katherina dengan mata ghairah bersinar.

Namun, menurut Fatin Nurdiyana, kem itu membuka matanya. Dia kini menyedari jerih payah tugas seorang wartawan menerusi kegiatan yang dianjurkan, terutama acara ‘menyiasat’ kes pembunuhan pada hari pertama kem.

Kumpulan yang memenangi tempat ketiga dalam Kem Obor pula adalah pasukan Sekolah Menengah Damai. Ia terdiri daripada pelajar menengah empat, Anisah Abdul Gafoor dan Is Kalsum Zainol.

Kededuanya yang berumur 16 tahun itu tidak putus-putus memanjatkan rasa syukur atas kemenangan yang tidak diduga itu. Tambahan pula, kemanisan dirasakan sebab ini adalah kali pertama mereka berdua menyertai Kem Obor.

Mereka juga memenangi piala, baucar buku Popular bernilai $30 setiap seorang dan siri DVD Deadliest Catch dan Man vs Wild.

‘Kami saling menyokong antara satu sama lain. Anda harus bekerjasama. Komunikasi sangat penting dalam kem ini untuk menyelesaikan tugas. Kami juga dapat bertemu dengan band Eve dan Revalina. Tetapi kami beruntung kerana dapat mewawancara mereka. Justeru, saya ingin berterima kasih kepada pihak Berita Harian atas peluang ini,’ ujar Anisah.

Sebagai ganjaran, kedua-dua pasukan dibawa ke majlis pelancaran album Sarah Aqilah, di Hotel Furama Riverfront, baru-baru ini.

Sarah Aqilah

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: