Teropong: Ain, Maulana Bercinta?

24 Oct

2010/10/24
Pasangan bintang AF8 akui berkawan rapat, kerap panggil sayang antara satu sama lain

MINGGU ini, Zubir ingin mengulas mengenai maklum balas yang diterima selepas menyiarkan artikel daripada bintang Akademi Fantasia 8 (AF8), Iwan, 20, atau nama sebenarnya Emirza Azwan Zulazrin Chew yang meluahkan perasaan kecewanya terhadap syarikat pengurusan, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) menerusi B’POP terbitan 17 Oktober lalu.

Menerusi luahan hatinya itu, Iwan mendakwa AESB seolah-olah memperlakukan dirinya seperti anak tiri apabila dia digantung tidak bertali oleh syarikat pengurusan itu. Dia juga kecewa apabila mendakwa AESB tidak mencari peluang pekerjaan untuk dirinya apabila jadual aktiviti beliau tidak tertera langsung namanya, sebaliknya syarikat pengurusan itu hanya memberi tumpuan kepada juara AF8, Shahir dan naib juaranya, Adira saja!
Pun begitu, belum sempat Zubir mendapatkan sebarang komen daripada pengurusan AESB, pada sebelah malam 17 Oktober itu juga, Zubir menerima kiriman BlackBerry Messenger (BBM) daripada seorang petugas AESB, memaklumkan Naib Presiden Bahagian Komunikasi Astro, Tammy Toh, melarang wakil AESB bercakap dengan media massa berhubung luahan hati Iwan.
“Zubir, AESB dilarang bercakap dengan wartawan oleh Tammy, boss Corp Comm (Corporate Communications). Tapi, sedih juga baca artikel Iwan. Sah-sah berat sebelah. Hai, apa nak buat… Artis macam-macam hal,” kata seorang petugas AESB menerusi kiriman BBM.

Kenapa pengurusan Astro harus bersikap begitu? Setahu Zubir, Tammy adalah seorang ketua yang mesra media, malah pernah makan semeja dengan Zubir beberapa kali! Namun, apabila Astro berdepan kemelut bersama Iwan yang bagi Zubir tidak sehebat mana pun masalah itu, mereka tiba-tiba saja jadi tak keruan!

Pihak AESB mendakwa kenyataan Iwan tempoh hari berat sebelah, tapi apabila Astro melarang pihak pengurusan membuat sebarang kenyataan media menjawab dakwaan berkenaan, memanglah akan jadi berat sebelah. Namun, siapalah Zubir yang kerdil dalam dunia penulisan ini untuk melawan arahan Astro. Justeru, Zubir menurut saja dan biarlah orang luar buat penilaian sendiri.

Baiklah, kita tinggalkan dulu kisah Iwan dan AESB. Zubir akan bersikap tunggu dan lihat saja perkembangan selanjutnya, mudah-mudahan ia akan berakhir dalam suasana harmoni.

Seterusnya, Zubir ingin bercerita mengenai pasangan artis yang kononnya sedang hebat bercinta, bintang AF8 juga! Zubir dimaklumkan, kemesraan yang terjalin antara Maulana, 22, dengan ‘teman tapi mesranya’, Ain, 24, sudah terjalin sejak kedua-duanya masih dalam AF8 lagi, namun keakraban itu masih berlanjutan hingga ke hari ini, malah ada mata yang mentafsir mereka sebagai pasangan kekasih!

Zubir difahamkan, persahabatan intim antara Maulana dan Ain semakin memuncak sejak akhir-akhir ini dan khabarnya sudah terbit bibit-bibit cinta antara kedua-duanya. Menurut sumber rapat dengan pasangan berkenaan, selain sering menemani Ain dalam sebarang majlis hiburan dan persembahan nyanyian, Maulana dikatakan sering ‘bertandang’ ke rumah Ain yang kini menetap seorang diri di Sri Kembangan, Selangor.

Zubir sebenarnya tumpang gembira apabila mendapat tahu sekiranya benar Maulana dan Ain sedang menyulam benih-benih cinta, cuma satu yang Zubir tak berkenan, bab Maulana yang khabarnya sering ‘bertandang’ ke rumah Ain! Sekiranya ia benar-benar berlaku, memang tak manis dipandang orang, si teruna berkunjung ke rumah si dara kerana kedua-duanya belum mempunyai sebarang ikatan sah sebagai mahram atau suami isteri.

Lebih parah lagi jika mereka diserbu pegawai pencegah maksiat! Ketika itu, Zubir tak mahu dengar alasan sesiapa, sedang membantu pasangan masing-masing mengemas beg pakaian kerana ada persembahan nyanyian di luar Kuala Lumpur. Justeru, sebelum perkara buruk berlaku, Zubir harap Maulana mahupun Ain memandang serius teguran ikhlas ini. Bagi Zubir, pokok tak akan bergoyang jika tiada angin, jadi renung-renungkanlah.

Pun begitu, Zubir sempat menghubungi Maulana untuk mendapatkan komennya sejauh mana kesahihan yang mendakwa dia dan Ain adalah pasangan kekasih.

Maulana atau nama sebenarnya, Muhd Firdaus Maulana Mohamed mengakui antara dia dan Ain memang berkawan rapat.

“Memang kami rapat gila! Kalau ada apa-apa masalah, Ain akan merujuk kepada saya terlebih dulu. Ain pula di hadapan orang ramai, selamba saja panggil saya sayang! Bagi saya, kalau dalam apa-apa acara, sekiranya tanpa kehadiran Ain, majlis berkenaan tidak lengkap tanpa dirinya. Lagipun antara kami satu kepala. Kalau bergaduh sekejap saja, tak lama kemudian boleh berbaik semula.

“Namun, ingin saya tegaskan di sini, kami bukan pasangan kekasih atau sedang bercinta! Kami sekadar berkawan rapat saja dan persahabatan itu sudah terjalin sejak di dalam AF8 lagi. Pun begitu, selepas meninggalkan AF8, persahabatan antara saya dan Ain masih terjalin seperti biasa, kami sering lepak bersama dan memang saya mengambil berat perihal dirinya kerana dia kawan baik saya.

“Nak kata saya sayang Ain, rasanya belum lagi, sayang itu masih pending. Yang penting, persahabatan kami diketahui keluarga masing-masing. Lambat lagi kalau nak bercakap soal kahwin. Kami nak enjoy puas-puas dulu. Pun begitu, saya serahkan kepada jodoh. Kalau ada jodoh antara saya bersama Ain, adalah… Namun, jika sebaliknya, carilah orang lain,” kata Maulana berterus terang.

Menerusi Konsert Reunion AF8 di Stadium Putra, Bukit Jalil, baru-baru ini, Ain atau nama sebenarnya, Nadiawati Ainul Basir berpadu suara dengan Maulana mendendangkan lagu Bollywood, Koi Mil Gaya.

Sekiranya jodoh Maulana dan Ain berkekalan hingga ke jenjang pelamin, Zubir hanya tumpang gembira. Kalau kahwin, jangan lupa jemput okey!

Bintang Pop

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: