Variasi: Dynas Mahu Hamil Lagi

24 Oct

Oleh Zaidi Mohamad

2010/10/24
TUHAN pernah mengujinya kehidupan rumah tangga Dynas dan suaminya, Mohd Hafizy Hafiz apabila anak sulung mereka Emma Malisa meninggal dunia pada 10 April tahun lalu. Kedukaan itu tidak berpanjangan. Kehadiran Khyra Khalyssa memberi sinar kembali buat mereka.

Khyra Khalyssa si comel yang dilahirkan pada 24 April lalu ternyata membuatkan kehidupan penyandang Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 dan 2008 ini bertambah bahagia. Naluri keibuannya semakin menebal.
Lalu, tidak hairan wajahnya semakin berseri-seri dan paling penting isyarat itu menunjukkan wanita berusia 27 tahun itu sudah bersedia untuk menimang anak lagi. Perkahwinannya yang dibina sejak 15 Mac 2008 juga semakin rukun dan diharap akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Kalau boleh saya tidak mahu membuang masa lagi untuk mendapatkan anak lagi. Mungkin saya dan suami akan tunggu bila Khyra sudah meningkat satu tahun lebih untuk serius mempertimbangkan hal ini. Kalau saya mengandung lagi boleh jadi model mempromosikan rangkaian koleksi baju mengandung sendiri,” katanya yang ditemui pada majlis Aqiqah dan cukur jambul Khyra di kediaman keluarganya di Shah Alam 16 Oktober lalu.

Anggun mengenakan kaftan rangkaian koleksi butik onlinenya, DnA Exclusive (www.dna.com.my), Dynas rancak bercerita mengenai anaknya yang sudah berusia enam bulan dengan berat hampir 7 kilogram. Tiada ragu, memang Khyra kini berada dalam status paling utama di dalam hidupnya.

“Bila berjauhan dengannya saya akan cepat terasa rindu. Kalau saya keluar bekerja, dia akan dijaga sama ada oleh ibu mentua, ibu kandung atau pembantu rumah. Dia kalau saya tak ada di depan mata, elok saja perangai. Cuba kalau saya di depannya, mulalah merengek dan ‘memberontak’.

“Tetapi secara keseluruhannya, dia seorang anak yang baik. Sebelum keluar rumah, saya akan pam susu badan atau menyusu kepadanya terlebih dulu. Kalau sempat lari balik ke rumah daripada tempat gambaran, saya akan lakukannya juga.

“Saya sempat bercuti dengannya dan kawan-kawan minggu lalu di Langkawi. Dia sempat belajar berenang. Bapanya tak ikut sekali, sebab ada kerja di Sabah. Tapi lucunya, dia nak buat kejutan datang ke Langkawi, tapi tertinggal kapal terbang pula,” katanya yang kini sedang melunaskan penggambaran drama Awan Dania musim ketiga memegang peranan Cik Zee.

Selain Awan Dania, Dynas turut memikul mandat sebagai pengacara Si Kecilku… Chakk!! yang disiarkan di TV3 sejak 5 Oktober lalu setiap Selasa jam 11 pagi. Tawaran itu diambilnya selepas habis berpantang. Malah dalam tempoh itu, dia sempat membintangi telefilem untuk RTM berjudul Gia.

“Selepas lama tinggalkan dunia lakonan, saya akui sedikit tertekan dalam soal menghafal skrip. Semuanya jadi tak fokus. Hal ini saya suarakan di Twitter dan ada kawan saya membalas, ia adalah keadaan biasa bagi mereka yang lepas beranak. Alhamdulillah sekarang saya sudah boleh fokus.

“Saya juga sudah tidak ambil tawaran berlakon yang perlu keluar ke lokasi yang jauh. Tetapi kalau dapat bawa sekali Khyra, saya boleh mempertimbangkan. Setiap tawaran yang saya terima sekarang pun, saya akan pastikan boleh balik awal sebelum jam 12 tengah malam atau 10 malam,” katanya yang mengakui tidak akan terlalu memanjakan anak kesayangannya itu.

Dynas kini turut memperkenalkan koleksi pakaian mengandung, menyusu badan dan kelengkapan peribadi lain secara online. Insya-Allah, sebuah kiosk di The Curve menjual rangkaian koleksi DnA Exclusive akan dibuka tak lama lagi. Kata Dynas, setiap rekaan direka secara terhad. Dynas sendiri juga mereka koleksi rekaannya.

Sementara itu, bagi Hafizy dia tidak menidakkan betapa kehadiran Khyra melengkapkan lagi hidup dan cintanya terhadap Dynas. Sambil berseloroh, Hafizy berkata, sepatutnya dia sudah berkahwin sejak 10 tahun lalu jika tahu inilah erti sebenar keindahan hidup berumah tangga.

“Bidang kerja saya sendiri memerlukan saya keluar ke tempat yang jauh. Tapi selepas ada Khyra ini, saya sudah tidak lagi berbuat demikian dan membahagikan tugas itu kepada orang lain. Jadi saya dapat memberi perhatian penuh kepada Khyra.

“Setidak-tidaknya, kalau Dynas sibuk, saya boleh tolong tengokkan dia. Selepas bergelar bapa, saya juga menyedari dan belajar banyak benda baru. Contohnya, menukar lampin dan kalau dengar dia merengek itu bererti saya perlu berada dekat dengannya,” kata Hafizy.

Bintang Pop

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: