Bukan Menghina, Sekadar Hiburan

25 Oct

Ditulis oleh Nonie
  
  

Siapa tak kenal dengan watak Halimah Jongang. Walau tak pernah melihat drama yang ditayangkan, namun umum pasti tahu bagaimana rupa paras Halimah yang ditonjolkan. Biarpun dikatakan mempersenda ciptaan tuhan, namun bagi penerbit Halimah Jongang, A. Aida, idea asal skrip tersebut hanyalah untuk menghiburkan penonton.

“Saya bukan sengaja memilih kelemahan manusia untuk dipersendakan dan tiada niat untuk menghina. Sebagai penerbit, saya hanya menjalankan tanggungjawab memberi hiburan. Ramai peminat meminta drama yang ringan dan santai untuk tatapan setiap kali pulang daripada kerja, dan hasilnya muncullah Halimah Jongang yang tanpa saya sangka boleh meletup.

“Saya dapat inspirasi daripada Ugly Betty dan saya terapkan konsep tersebut dalam drama Melayu mengikut budaya kita. Kebanyakan drama saya gunakan tajuk begitu agar senang menarik minat. Yang terbaru saya terbitkan drama Dolah Hapak yang  ditujukan khas untuk abang saya. Kadang kala kita malu nak tegur orang yang berbau badan ni. Dan dalam drama ini saya ajar bagaimana untuk sedarkan insan yang mempunyai masalah tersebut,” katanya penerbit Fatimah Juling dan Nizam Kambing ini.

Halimah Jongang 2 Masih Jongang?

Drama komedi bersiri, Halimah Jongang bakal kembali dengan musim kedua. Masih mengekalkan watak utama Sheera Iskandar sebagai gadis jongang, drama popular ini turut memperkenalkan Ako Mustapha sebagai hero baru menggantikan Pierre Andre.

Biarpun episod pertama telah melengkapkan diri Halimah sebagai wanita cantik dan tidak lagi jongang, penerbit A. Aida masih mahu merahsiakan penampilan Halimah untuk musim terbaru ini.

“Kalau nak tahu kesinambungannya, kenalah tonton Halimah Jongang untuk tahu dia masih jongang atau tidak. Namun episod kali ini lebih kepada kisah cinta Halimah dan lebih dramatik. Aida sengaja cipta lebih banyak konflik untuk musim terbaru ini.

“Cerita ini bukan untuk persendakan golongan tertentu, namun saya tonjolkan moral dan ilmu yang kita sama-sama boleh pelajari. Musim kedua ini juga diselitkan warisan budaya seperti dikir barat, tarian Sewang Orang Asli, tomoi dan tarian poco-poco. Aida yakin penonton akan terhibur kerana inilah skrip terbaik pernah Aida hasilkan setakat ini.

“Respon peminat sangat baik pada musim pertama dan lebih sejuta penonton pada musim lepas. Jika musim kedua berjaya, mungkin Aida akan rancang untuk bikin Halimah Jongang The Movie,” ujar A. Aida.

Drama 26 episod ini turut menampilkan gabungan pelakon baru dan lama tanahair seperti Along Cham, Opie Zami, Aishah Atan, Diya Kholid, Hamid Gurkha, Zami Ismail dan Azza AF.

Saksikan Halimah Jongang yang bakal menemui para penonton pada setiap Rabu, jam 9.00 malam bermula 27 Oktober 2010 menerusi saluran Astro Prima (105).

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: