Jamal Berkonsert Lagi

26 Oct

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Raja Pop Jamal Abdillah bakal membuka tirai siri persembahan di Panggung Sari, Istana Budaya untuk tahun 2011. Jamal akan mengadakan persembahan yang dinamakan J2011… Lagenda selama empat malam berturut-turut mulai 7 Januari 2011.

Kejayaan konsert yang dibawakan oleh syarikatnya sendiri, Bintang Channel dengan kerjasama Istana Budaya dua tahun lalu membawa kepada konsert yang bakal diadakan nanti.

Semestinya peminat Jamal akan menunggu apakah konsep yang bakal dibawakannyan nanti. Pada konsert lalu Jamal mengadunkan eleman lakonan untuk membawa kisah hiduonya sejak kecil, remaja, tahap awal menjadi artis serta rentetan kejayaan yang dikecapi.

 

Tak ketinggalan kisah duka hidupnya sendiri yang terlibat dengan gejala tak sihat yang sudah diketahui ramai. Jamal berkongsi segala-galanya. Mungkin juga kali ini akan ada elemen baru, misalnya kehidupan dan percintaannya yang nampaknya hangat dan mengalami kegagalan dalam rumah tangga.

Konsert kali ini akan membawa tema yang berlainan setiap malam persembahan. Jadi kalau ada yang mahu menonton lebih daripada sekali pun akan mendapat imbuhan  yang berbeza.

Konsert skali ini akan membawa kelainan antaranya penampilan khas Datuk Dr. Ahmad Nawab sebagai penyanyi undangan. Ada lagi kejutan yang akan dibawanya. Jadi tunggulah bermulanya konsert itu.

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: