Formula SPIDER

28 Oct

Ditulis oleh Nonie
  
  

Bukan mudah bikin album dan lebih sukar membuatkan pendengar tertarik dengan kualiti yang ada pada muzik yang ditawarkan. Lebih-lebih lagi, lambakan artis baru dalam pasaran muzik kadang kala melemaskan peminat untuk membuat pilihan sehinggakan orang lama dipandang sepi.

Setelah dua tahun menyepi, Spider kini muncul dengan album terbaru berjudul SPIDER – KITASATU. Masih mengekalkan genre muzik trade mark tersendiri iaitu Ska Rock. Masih relevankah kumpulan otai ini bikin album sedangkan arus muzik kini lebih berpihak kepada anak-anak muda yang memperjuangkan muzik indie yang kata mereka adalah luahan jujur?

Bagi Tam, kedatangan artis baru adalah lumrah dan tidak mengganggu perjalanan karier Spider yang disifatkan mempunyai golongan pengikut tersendiri.

“Muzik mengikut selera masing-masing. Muzik seperti makanan, mana yang sedap akan jadi pilihan. Sebagai penggiat muzik, tugas kami hasilkan yang terbaik untuk pendengar. Dan selepas itu tugas peminat pula untuk menilai.

“Saya tak kisah bila banyak band baru yang muncul sebab lagu yang bagus tetap akan diminati. Dan Spider lebih selesa kekalkan muzik Ska sebab itulah identiti kami. Selalunya mereka akan tahu itu adalah Spider bila mendengar lagu kami.

“Ada kepelbagaian dalam muzik kami seperti balada dan rock namun asasnya tetap ska. Mungkin sesuai kalau kami panggil Ska Melayu,” kata Tam sewaktu sesi pra-dengar album terbaru Spider KITASATU di Universal Music.

Mengakui single terbaru, Ajaib kurang mendapat sambutan peminat namun bagi Tam, itu hanyalah salah satu strategi untuk pembukaan album, agar peminat tahu Spider masih lagi bernafas dalam industri muzik tanah air.

“Kami ambil masa dua tahun untuk KITASATU. Dan memang semua album Spider ambil masa dua atau tiga tahun untuk disiapkan.

“Namun tak puas sebenarnya bila hanya ada lima lagu dalam album kerana dulu ada 10 lagu. Kami pilih yang terbaik untuk dihidangkan kepada peminat. Sukar sebenarnya bila terpaksa hadkan keupayaan untuk berkarya. Rasa seperti tersekat namun kami tetap terima keadaan pasaran sekarang.

“Formula kami cuma satu, buat lagu terbaik dan sedap untuk didengar. Kami tak buat killer song tapi kami bikin killer album. Tak ada istilah tangkap muat kalau nak buat album kerana semuanya yang terbaik,” luahnya.

Album KITASATU mendapat sentuhan sifu M. Nasir menerusi lirik Rasakan Resapkan, Bukan Salah Aku dan Tapi Bagaimana. Album ini bakal berada di pasaran bermula 9 November 2010 dan diterbitkan sepenuhnya oleh Spider bawah syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd, manakala Universal Music Sdn Bhd bertindak sebagai pengedar dan wakil pemasaran.

FOTO oleh MOHD FARIZWAN HASBULLAH

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: