Sarah Aqilah Bukan Calang-Calang

28 Oct

Ditulis oleh Nonie
  
  

Amat mudah tersentuh dan mengalirkan air mata tika membicarakan perihal adik kesayangannya. Bukan mudah menghadapi saat-saat kehilangan adik perempuannya, Shaffadina yang kembali ke rahmatullah setahun lalu akibat jangkitan bakteria di dalam badan.

Sarah Aqilah, pendatang baru dari Kota Singa ini menahan sebak menceritakan pengalamannya sewaktu merakamkan lagu Biar Hati Mencintai ciptaan Aiman.

“Waktu Sarah masuk program Anugerah 2009, adik yang paling banyak beri sokongan dan selalunya arwah akan pergi ke rumah jiran-jiran dan menyuruh mereka undi Sarah. Arwah kerja keras untuk promosi Sarah. Dan bila Sarah menang, dia orang pertama telefon dan ucap tahniah.

“Dan bila rakaman bermula dengan Suria Records (SRC), dia begitu beria-ria nak dengar lagu pertama Sarah. Namun bila Sarah dah siapkan lagu tersebut, dia sudah tiada. Memang tak sangka sangat sebab sebelum ini dia tak pernah sakit,” luahnya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Album Sarah Aqilah di Red Box Sogo.

Menyedari memulakan karier nyanyian agak lewat pada usia 26 tahun, namun bagi Sarah, perjalanan hidupnya telah ditetapkan begitu dan program Anugerah 2009 melunaskan impian sejak kecil menjadi penyanyi.

Bekas pegawai pemasaran Angkatan Bersenjata Singapura ini mengakui sukar pada mulanya menyesuaikan diri dengan dunia glamour, namun tunjuk ajar daripada syarikat rakaman naungannya, SRC membantu Sarah lebih yakin.

“Sarah ni kadang kala kasar sebab sebagai bekas tentera kita dilatih untuk tegas dan Sarah sendiri beberapa kali menjalani latihan menembak menggunakan M16. Memang seronok sebab pengalaman selama tiga tahun di dalam tentera memang tak akan dapat di mana-mana.

“Dan sebelum masuk tentera, Sarah adalah pemain bola sepak wanita Singapura sejak tahun 1997 sampai 2001. Memang Sarah minat sangat main bola dan sekarang Sarah lebih kepada futsal. So bila masuk dunia glamour, Sarah belajar untuk jadi lebih feminin. Sarah belajar sesuaikan diri dengan situasi sekeliling.

“Namun Sarah bersyukur sebab orang menerima kehadiran dalam industri dan cepat kenal sebab Sarah adalah peserta program realiti dan itu membantu untuk mempromosikan album. Sambutan untuk album sangat menggalakkan di sana dan kedatangan Sarah ke Malaysia untuk melebarkan sayap dan perjuangan muzik,” ujarnya yang kepingin berduet dengan penyanyi idolanya, Anuar Zain.

Album Sarah Aqilah memuatkan lima buah lagu dan mempertaruhkan nama-nama besar seperti Sharon Paul menerusi lagu Bukan Persinggahan dan Ku Ingin Kamu. Lagu ciptaan Mohariz Yakup dan Pam Yuen, Jatuh Cinta kini sedang hangat diputarkan di stesen radio tempatan.

Gadis genit ini juga kini berjinak-jinak dalam bidang lakonan dan telah diberi kepercayaan menerajui Project Cerpen – Impian Gadis Jeans Bertampal Di Lutut dan Cinta Izora.

Peminat boleh menghubungi Sarah menerusi laman sosial Facebook menerusi
\n
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
.

FOTO oleh ASREKUZAIREY

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: