J2011 Lagenda Tampil Kelainan

2 Nov

Ditulis oleh Nonie
  
  

Jeritan Batinku diiringi alunan saksafon Ahmad Nawab membikin hati terpana dengan kemerduan suara emas Jamal Abdillah. Suara inilah yang bakal berkumandang di Istana Budaya buat kali ketiga untuk mendendangkan lagu-lagu tribute kepada penyanyi lagenda nusantara seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, M. Bakri, Oslan Husin, S. Affendi, Ismail Harun, Eddy Silitongga, Yopie Latul dan Datuk Ahmad Jais.

“Bukan pendekar di medan perang tapi pendekar menyentuh perasaan. Seni itu jiwa, jiwa itu rasa,” itulah antara kalimah sakti milik Jamal sewaktu pembuka bicara.

Bermodalkan wang ringgit sendiri, Jamal sedia berhabisan seandainya konsert J2011 Lagenda berjalan tanpa penaja. Baginya tiada apa yang lebih indah andai legasi dan khazanah yang ditinggalkannya menjadi tatapan masyarakat di masa hadapan.

“Saya sudah berusaha mendapatkan penaja namun mereka tolak. Memang sedih kerana tiada siapa yang sanggup menaja konsert ini, namun saya sedia menggunakan modal sendiri. Kalau boleh saya mahu konsert ini dapat menjadi bahan peninggalan yang dijadikan warisan satu masa nanti.

“Selagi nyawa dikandung badan, saya akan hiburkan orang ramai. Memang saya tiada kerja lain sejak dulu lagi selain menghiburkan peminat,” ujarnya yang memerlukan RM300 ribu untuk menjayakan konsert yang bakal berlangsung pada 7 Januari 2011.

Bakal bergandingan dengan komposer terkenal, Ahmad Nawab, Jamal berkata konsert kali ini tidak akan menampilkan mana-mana selebriti untuk berduet dengannya. Janji Jamal, konsert ini pasti lain daripada sebelumnya.

“Konsert kali ini akan sangat berbeza daripada Kembara Seniman. Satu jam pertama saya akan tonjolkan orkestra dengan alunan nostalgia lagenda lagu-lagu popular. Pada segmen kedua saya akan nyanyikan lagu-lagu popular diiringi simfoni orkestra.

“Dan konsert ini akan menjadi yang pertama menggunakan teknik pencahayaan PANI yang direka khas mengikut mood dan suasana persembahan. Kiranya saya yang pertama menggunakannya di Asia Tenggara,” ujarnya yang akan menyumbangkan sebahagian hasil konsert kepada Persatuan Pengasih Malaysia.

Konsert J2011 Lagenda bakal mengambil tempat di Istana Budaya pada 7 hingga 10 Januari 2011. Bagi yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui http://www.istanabudaya.gov.my atau http://www.ticket2u.biz.

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: