Faizal Tahir Tak Percaya Kebetulan

3 Nov

Ditulis oleh Nonie
  
  

Seakan ditakdirkan, Faizal Tahir terpaksa membuat persembahan terakhir pada tiga malam saringan Separuh Akhir Muzik-Muzik. Cabutan undi yang dilakukan tidak memihak padanya malah Faizal menambah, keadaan tersebut hanya menambah tekanan kepada dirinya.

“Tak sangka masa cabut undi tadi, untuk ketiga-tiga minggu saya dapat tempat yang terakhir. Saya tak percayakan kebetulan atau perkara mistik meskipun mungkin ada yang katakan ia seakan petanda malang untuk karier saya pada Juara Lagu tahun ini.

“Mesti ada sebab kenapa saya ditakdirkan dapat tempat terakhir. Harus diakui saya rasa tertekan kerana saya lebih rela membuat persembahan awal. Rasa tergugat dengan diri sendiri bila terpaksa menunggu lama menanti giliran. Penantian itu satu seksaan,” ujar Faizal yakin salah satu lagunya pasti mendapat tempat dalam Juara Lagu 25.

Pencapaian Terbaik

Tiga lagu tercalon dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 25 merupakan pencapaian terbaik Faizal Tahir sepanjang bergelar anak seni. Menaruh harapan agar Hanyut, Adrenalin dan Selamat Malam mendapat tempat pada pertandingan akhir majlis berprestij itu nanti.

“Saya tak mahu pilih kasih lagu mana yang layak untuk ke Juara Lagu nanti. Bagi saya ketiga-tiga lagu itu mempunyai kekuatan tersendiri. Namun saya yakin tak mungkin tak ada satu pun lagu saya yang akan ke final nanti.

“Impian saya nak semua lagu saya masuk Juara Lagu. Jika ianya terjadi maka inilah rekod paling banyak lagu saya berada dalam anugerah itu nanti dan akan menjadi pencapaian tertinggi dalam karier,” tambahnya.

Menyedari pertandingan ini didominasi bakat-bakat besar, Faizal tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang. Baginya, walaupun sebilangan besarnya adalah muka baru dalam industri, namun impak muzik mereka kepada industri muzik cukup hebat.

“Tahun ini banyak nama besar yang turut bertanding antaranya Aizat, Shahir, Yuna dan Stacy. Pada pandangan saya lagu Drama King (Meet Uncle Hussein) layak muncul juara bagi tahun ini. Saya beri pandangan sebagai seorang komposer dan Drama King bagus daripada segi arrangement. Potensi Taja sangat besar dan harus diberi perhatian,” katanya.

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: