Yuna Tak Confident

3 Nov

Ditulis oleh Nonie
  
  

Tercalon antara 30 terbaik dalam Separuh Muzik-Muzik bukanlah jaminan untuk Yuna berpuas hati. Dalam erti kata lain, bekas graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang ini amat mengharap agar lagu Cinta Sempurna mendapat tempat untuk berentap di Anugerah Juara Lagu 25 nanti.

“Yuna rasa bersukur dan lega sebab tercalon dalam separuh akhir. Risau sebenarnya kalau tak tercalon sebab Cinta Sempurna tak cukup kuat macam Dan Sebenarnya.

“Harapan Yuna pada Cinta Sempurna sangat tinggi sebab ini antara lagu paling awal ditulis, kira-kira empat tahun lepas. Tapi bila tengok senarai yang bertanding semuanya hebat-hebat, Yuna perlu akui Cinta Sempurna tak begitu cukup pendedahan. Cuma sekarang Yuna hanya mampu harapkan yang terbaik untuk karier. Kalau tak ada rezeki pun tak apa, asalkan Yuna cuba.

“Tak dapat dinafikan Faizal Tahir antara yang terhebat dan saingan Yuna. Malah emak Yuna sendiri sukakan lagu Selamat Malam dan yakin Faizal Tahir akan menang,” ujarnya yang akan muncul dengan iringan cello dan piano pada malam separuh akhir nanti.

Makin Selesa

Namanya tiba-tiba meletup selepas lagu Dan Sebenarnya mula tersebar luas sekitar 2008. Wajah gadis 24 tahun ini begitu asing bagi peminat muzik tanah air sehinggalah malam Anugerah Juara Lagu 24 (AJL24) tahun lalu. Meskipun tewas kepada Aizat menerusi lagu Pergi, namun naib juara AJL ini mula mengorak langkah panjang ke luar negara.

“Bulan Januari tahun depan Yuna akan kembali semula ke Los Angeles selama enam bulan untuk selesaikan rakaman album yang tertangguh. Album Yuna dirakam di Kenseltown Studio oleh James Brian dan dia antara yang bertanggungjawab produce lagu untuk Nelly Furtado dan Jason Mraz. Memang excited sangat sebab bukan senang nak dapat peluang macam ni.

“Lagipun senang bekerja dengan mereka sebab semuanya siap mengikut masa yang dijadualkan.

“Tapi Yuna akui masa mula-mula datang ke sana, mereka pandang semacam dekat wanita bertudung. Tapi bila dah kenal, semuanya jadi lebih mudah dan mereka sangat open minded. Apa yang bagus, mereka hormat Yuna yang sedang berpuasa masa tu,” katanya yang bernaung di bawah label Indie-Pop Music.

Setelah lebih setahun bergelumang dalam industri ini, Yuna mengakui dirinya semakin selesa berhadapan dengan lensa kamera dan media. Ia jauh berbeza dengan pendiriannya dulu yang lebih gemar memencilkan diri dan senang memperjuangkan muzik secara independent.

“Its getting better sebab Yuna dah kenal ramai orang. Dulu memang kekok sebab tak tahu nak berurusan dengan siapa. Lagipun Yuna tak dilatih menjadi artis. Yuna masih belajar dalam industri ini dan harap semua berjalan lancar,” kata duta produk Libresse ini.

FOTO oleh NOORADZRENE MOHD NOOR

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: