Amber Chia Tunjuk Anak

9 Nov

Ditulis oleh Nonie
  
  

Ashton Wong, itulah nama yang diberikan supermodel Malaysia, Amber Chia kepada putera sulungnya. Buat pertama kali, Amber dan suaminya, Adrian Wong tampil memperkenalkan anak mereka genap sebulan kelahirannya pada Full Moon Party (seakan majlis cukur jambul bagi masyarakat Melayu).

“Kehidupan saya berubah selepas Ashton datang. Kalau dulu selepas kerja, banyak masa diluangkan bersama kawan-kawan. Tapi sekarang bila habis kerja saya terus balik rumah untuk jumpa anak.

“Lepas dapat anak, automatic saya jadi pakar uruskan hal baby dan paling saya suka adalah menukar lampin.

“Kami pilih Ashton sebab nama itu sesuai dengan karakter dia yang nampak cool. Lagipun kami nak pangkal nama A supaya sama dengan mummy and daddy (Amber dan Adrian). Ashton anak yang baik dan kecil-kecil lagi dia sudah tahu pose untuk kamera,” ujar Amber ketawa.

Menyifatkan Ashton anak yang bertuah kerana kelahirannya dilimpahi dengan rezeki yang mewah.

“Anak bagi rezeki yang lebih dan dia sangat bertuah sebab ramai yang mahu menaja, daripada lampin sehinggalah produk penjagaan bayi.

“Ashton sudah terdedah kepada media sejak kecil dan gembira sekiranya dia mengikut jejak langkah saya. Namun semuanya terpulang dan saya tetap akan sokong apa jua keputusan anak lelaki saya,” katanya yang merancang untuk mendapatkan anak perempuan sebelum usia 30 tahun.

Kembali Langsing

Tampil anggun dan langsing pada majlis yang berlangsung di Hotel Sheraton Imperial, Amber tidak mengambil masa yang lama untuk menurunkan berat badannya selepas bersalin. Hanya sebulan diperuntukkan untuk kembali ke potongan asalnya.

“Saya takut selepas beranak akan menjadi gemuk. Tapi selepas sebulan mendapatkan treatment daripada S2 Slimming, berat saya turun daripada 69 kilogram kepada 55 kilogram. Dan sekarang saya tak risau lagi sebab semua jeans lama sudah boleh muat. Cuma sekarang bahagian dada dan pinggul jadi lebih besar (ketawa),” kata duta S2 Slimming ini.

FOTO oleh SHAIFUDIN B MOHD NOR

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: