Azad – Eira Mengaku Bercinta

9 Nov

Ditulis oleh Nonie
  
  

Dua tahun menjalin hubungan mesra, pasangan sejoli ini akhirnya mengakui mereka dilamun cinta. Eira Syazira dan Azad Jazmin bagaimanapun lebih selesa agar hubungan mereka tidak digembar gemburkan.
“Memang ada something special tapi kami akan umumkan bila tiba masa yang sesuai. Selama ni pun kami tak pernah nafi ada hubungan, cuma tak mahu ia digembar gemburkan. Kadang-kadang orang tak suka bila kita terlampau expose.

“Lagipun kami takut melihat situasi sekarang sebab banyak yang bercerai berai dan lebih menyedihkan antaranya adalah kawan rapat kami sendiri. Tapi semua itu mengajar kami lebih berhati-hati.

“Bila sudah confirm nak kahwin nanti barulah kami akan umumkan. Sekarang ni kami berdua sibuk dengan album masing-masing, maybe selepas itu baru fikir ke arah itu,” ujar Azad ketika majlis tayangan media filem Ngangkung di Cineleisure, Damansara.

Eira Kena Tegur Peminat

Lakonan memerlukan jiwa seni yang penuh perasaan demi menghayati setiap karektor yang diberikan. Lantaran itu, menurut Eira dirinya seringkali alpa dan hanyut dengan watak yang dibawa.

“Eira pernah kena tegur dengan peminat yang tak suka bila watak yang menjadi suami Eira adalah suami orang. Kadang kala bila terlampau menjiwai watak, kita terlupa batasan yang sepatutnya. Tapi selalunya sebelum penggambaran, Eira akan minta izin pelakon lelaki kalau ada scene yang memerlukan Eira menyentuh atau menunjukkan kemesraan.

“Eira paham sensitiviti Melayu harus dijaga betul-betul,” ujarnya yang bakal muncul dengan album pertama oleh komposer terkenal, Adnan Abu Hassan.

Gusar dengan penerimaan peminat terhadap penampilannya nanti, namun Eira tekad menggapai cita-cita bergelar penyanyi.

“Januari nanti album Eira akan dilancarkan dan terdapat lima buah lagu ciptaan komposer terkenal seperti Habsah Hassan dan Adnan Abu Hassan. Eira kena buat yang terbaik sebab komposer yang terlibat semuanya otai dan orang lama dalam industri, secara tak langsung Eira bawa nama mereka sekali.

“Memang tak dapat dinafikan, Eira gementar sebab tak tahu macam mana penerimaan peminat sebab Eira bermula sebagai seorang pelakon dan kini beralih kepada bidang nyanyian pula,” katanya yang akan belajar vokal daripada Syafinaz.

FOTO oleh MOHD FARIZWAN BIN HASBULLAH

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: