Ngangkung Papar Budaya Ekor

9 Nov

Ditulis oleh Nonie
  
  

Memilih intipati yang penuh dengan mesej dan pengajaran, Ismail Bob Hasim tampil dengan isu yang jarang sekali diangkat oleh pengkarya filem atau drama. Mengenengahkan isu yang selama ini terpencil dalam budaya masyarakat Melayu, pemujaan nombor ekor menurutnya masih diamalkan secara meluas terutama bagi masyarakat luar bandar atau lebih dikenali sebagai ngangkung yang bererti duduk antara dua pelipat kaki sambil memuja.

Atas kesedaran itu, Bob mengambil langkah memaparkan masalah yang saban hari berlaku tanpa disedari.

“Perkataan itu bukan sengaja direka kerana ia memang wujud dan di luar bandar perkataan ngangkung sangat popular.  Saya tak rasa masyarakat akan terpengaruh kerana saya bukannya wujudkan budaya baru. Isu ini sudah lama ada dalam kehidupan kita, cuma jarang orang ketengahkan.

“Saya buat filem ini bukannya untuk memberi pengajaran dengan menyelitkan mesej yang sarat, cukuplah jika yang menonton dapat pedoman dari apa yang disampaikan. Dan saya yakin sekali Ngangkung mampu mencapai kutipan box office,” ujarnya yang menggunakan mantera sebenar yang diperoleh dari Indonesia untuk babak pemujaan filem ini.

Ngangkung memaparkan kisah Azim (Shaheizy Sam) yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri (Eira Syazira) dan anak mereka Wahida (Farisya Fatin). Azim terpedaya dengan hasutan rakan baiknya, Tasnim (Azad Jazmin) dan Wan (Angah Raja Lawak)  untuk menyertai aktiviti ngankung yang dilihat dapat mengubah cara hidupnya.

Semakin hari mereka bertiga semakin rancak bermain ekor sehinggalah kehidupan Azim menjadi lebih mewah hasil daripada kemenangan nombor ekor yang diperoleh menerusi kejadian aneh di kawasan hutan. Biarpun mewah, namun kehidupannya bersama keluarga tidak lagi bahagia seperti dulu.

Mampukah rezeki yang diperoleh daripada kegiatan haram membahagiakan hidup? Walaupun niat di hati hanya ingin membaiki taraf hidup dan memberi kesenangan kepada keluarga, namun jika cara yang dipilih salah, maka tiada apa yang dapat membenarkannya.

Saksikan filem yang turut dibintangi Putri Mardiana, Lan Pet Pet dan Azlee Jaafar ini di pawagam pada 25 November ini.

FOTO oleh MOHD FARIZWAN BIN HASBULLAH

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: