Disleksia Bukan Penghalang Saiful

10 Nov

Ditulis oleh Nonie
  
  

Hanya dua tahun lepas, Mohamad Saiful Nang, 31, menyedari dirinya adalah salah seorang penghidap disleksia. Biarpun mengalami gangguan pembelajaran sejak kecil, pemenang Anugerah Asian Youth Ambassadors (AYA) 2010 ini tidak pernah menjadikannya sebagai alasan untuk tidak berjaya.

Mula mengenal huruf pada usia 10 tahun bukanlah satu masalah yang besar kepada dirinya, apa yang penting adalah keupayaan diri untuk keluar daripada kepompong yang membelenggu hidupnya sekian lama.

“Saya tak pernah tahu saya menghidap disleksia selama ini. Puncanya bila Pusat Disleksia Seremban datang ke Rumah Pengasih Warga Prihatin untuk membuat tinjauan dan memberikan maklumat tentang ciri-ciri orang yang mengidap penyakit tersebut. Bila dibandingkan dengan keadaan saya sewaktu kecil dulu, banyak persamaan dan dari situ baru saya sedar.

“Saya agak lambat untuk menerima ilmu baru dan sukar membaca serta menulis waktu kecil. Selalunya saya akan menghafal setiap butir pembelajaran.

“Keadaan keluarga yang miskin membuatkan saya ikhtiar dan memaksa diri untuk belajar membaca dan syukur pada darjah empat, saya sudah mula pandai membaca dan menulis.

“Ibu selalu berpesan jangan jadi seperti dirinya yang tidak pandai membaca. Semangat ibu yang memperjuangkan hak pendidikan untuk kami adik beradik buatkan saya nekad untuk membawa keluarga keluar daripada kemiskinan,” ujar Saiful yang juga merupakan pengasas Rumah Pengasih Warga Penyayang (RPWP).

Buka Zoo dan Mini Hotel di Belakang Rumah

Kemenangan Saiful merupakan anugerah hasil daripada khidmat masyarakat yang disalurkan kepada RPWP. Walaupun sejak kecik Saiful telah melahirkan pelbagai idea unik untuk menjana pendapatan, namun kematangan hidup telah membuka dimensi baru kepada dirinya.

“Waktu kecil dulu saya pernah buka hotel mini bawah tanah dan akan kenakan cas RM0.20 sen seorang. Bukannya hotel betul pun, cuma laman belakang saya gali dan buatkan satu lubang untuk bermain di situ. Selepas itu, timbul idea untuk buat zoo di belakang rumah dan saya kumpulkan kucing, lipas dan banyak lagi di dalamnya untuk mencari duit poket.

“Jika waktu kecil saya lebih ke arah perniagaan kerana kemiskinan namun bila sudah dewasa, hati saya lebih kepada untuk berkhidmat kepada masyarakat.  Keadaan ekonomi yang stabil membuatkan saya sedar seharusnya kanak-kanak yang susah ini dibantu. Dari situ saya tinggalkan hobi bermain golf dan salurkan lebihan wang kepada RPWP. Saya temukan kehidupan di sini,” ujar Pengarah Urusan CandidSyndrome ini.

Saiful diumumkan sebagai penerima anugerah Most Outstanding Youth of The Year dengan saingan hebat daripada Dalvinder Singh (Doktor), Ar. Sarly Adre Sarkum (Arkitek), Nicholas Liew Kuok Min (Pemilik Hotel) dan Wong Su Ann (Pemilik Palate Palette).

Sementara itu American Malaysian Chamber of Commerce/Malaysian-American Commission on Educational Exchange (AMCHAM/MACEE) diumum sebagai Youth Friendly Company of The Year 2010.

AYA Awards merupakan satu anugerah yang diadakan untuk memberi penghargaan kepada belia muda negara yang berjaya menunjukkan komitmen dan sifat kepimpinan kepada masyarakat secara amnya. Menurut pengasas AYA, Kenneth Chin, individu seharusnya diiktiraf dan dihargai semasa hayat, bukan setelah kehilangannya.

FOTO EHSAN DARI AYA

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: