Ziela Jalil Tak Mahu Fikir Soal Suami

10 Nov

Ditulis oleh Nonie
  
  

Bukan mudah hidup sebagai ibu tunggal, segala keperluan keluarga harus diuruskan dengan kudrat wanita yang tidak seberapa. Kehilangan suami, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob tiga tahun lalu meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada Ziela Jalil dan dua anaknya iaitu Puteri Julia Nabilah, 18, dan Megat Jufri Nasrullah, 16.

“Saya memang tak ada masa untuk fikirkan soal lain terutama bab berkahwin lain. Lagipun mak saya baru lepas menjalani pembedahan 1 Oktober lalu kerana barah payudara. Saya harus uruskan segala keperluan dia dan anak-anak buat masa sekarang. Dulu waktu suami sakit, saya yang jaga dia. Sekarang adalah masa untuk menjaga mak saya pula.

“Bila kita jumpa orang baru dalam hidup, banyak benda yang harus difikirkan dan perlukan komitmen untuk menjaga hubungan tersebut. Saya rasa tak mampu untuk buat begitu pada masa sekarang. Keadaan lebih aman begini.

“Memang diakui susah bila tiada suami. Kalau ada masalah kita tak ada tempat untuk mengadu.

“Waktu kehilangan suami dulu, saya pernah terfikir bagaimana nak teruskan hidup tanpa dia. Tapi syukur anak-anak banyak beri semangat untuk lalui semua ini. Anak-anak tak pernah tunjukkan kesedihan di depan saya kerana tak mahu saya sedih,” ujarnya yang masih jelita pada usia 39 tahun.

Kembali Berlakon

Jika sebelum ini Ziela lebih selesa bekerja di belakang tabir dan jarang membuat kemunculan dalam drama atau filem, kali ini Ziela nekad menerima tawaran melakonkan watak Mak Wok dalam teater Natrah.

“Saya sendiri tak percaya akan berlakon dalam teater ini. Saya dah lama tak muncul dan tiba-tiba kena buat persembahan teater. Sebelum ini pernah juga dapat tawaran teater namun saya tolak sebab belum cukup bersedia.

“Risau juga dengan penerimaan orang, tambahan pula ini merupakan kali pertama saya berlakon teater. Tapi saya percaya Erma akan bantu pelakonnya untuk dapatkan hasil yang terbaik,” kata penerbit syarikat produksi Pena Creative ini.

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: