Filem Dilarang Masuk Dapat Perhatian Luar Negara

12 Nov

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Pernah dengar pasal filem thriller Dilarang Masuk? Mungkin ada belum dengar kerana filem ini antara yang masih hangat dari ladang. Baru dua hari mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem dengan spesifikasi 13PG.

Walaupun baru, filem arahan Jeffry Chiang ini mula mendapat perhatian pihak luar. Sudah ada yang berminat untuk memasarkannya keluar negara. Nampaknya ini petanda baik bagi sesebuah filem yang menampilkan karyawan baru. Agaknya ada keistimewaan tersendiri dalam filem itu.

Dilarang Masuk terbitan CineWorks Sdn. Bhd. dibawa menyertai American Film Market di Santa Monica, California pada 3 hingga 10 November lalu. Penyertaan filem itu diusahakan oleh sebuah agen di Hong Kong, Golden Network Asia.

“Alhamdulillah ada yang berminat dengan filem ini semasa dibawa ke sana. Filem ini dihasilkan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia dan diadun mengikuit cara kita.

“Bagi saya, kalau kita nak memasuki pasaran luar negara, kita kena hasilkan apa yang mereka tidak ada,” kata Penerbit Bersama filem itu, Esma Daniel yang juga turut berlakon.

Menurut Esma, filem sulung yang melibatkannya dirinya sebagai penerbit bersama itu dijadual tayangannya awal tahun depan. Kini pihaknya sedang merangka satu plan promosi yang komprehensif untuk memastikan filem tersebut mendapat sambutan menggalakkan.

“Saya berani berkata filem ini ada kelainan dan lari daripada filem-filem yang pernah dihasilkan. Ia sebuah filem thriller yang dalam masa yang sama turut memaparkan nilai-nilai budaya masyarakat Malaysia.

“Pengarah yang ada pengalaman di Hollywood juga menjadi satu kelebihan kepada filem ini. Pengalaman yang ditimba sebagai penulis di syarikat penerbitan Hollywood dicurahkannya untuk menghasilkan filem ini. Selain mengarah, Jeffry juga penulis skrip jangan masuk,” jelasnya.

Di mana thrillernya?

Dilarang Masuk dibintangi Shiqin Kamal, Azma Aizal Yusoof, Muniff Isa, Isma Hanum, Esma Daniel dan lain-lain mengisahkan empat sekawan iaitu  Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie sudah kehilangan arah dan  buntu apabila tersesat di hutan. Perjalanan yang tidak sudah-sudah itu menemukan mereka dengan sebuah banglo usang.

Mereka terpaksa bermalam di rumah itu dan melalui pengalaman penuh misteri. Mereka terjumpa wang jutaan ringgit di dalam beg yang menimbulkan tanda tanya apatah lagi bila mereka jumpa mayat reput dan pistul berpeluru.

Fatia mengalami pengalaman aneh dan didekati kelibat kanak-kanak perempuan yang menyebabkan dia trauma  dan seolah-olah dapat menyelami perasaan kanak-kanak itu. Fatia dapat merasakan ketakutan yang menyelubungi kanak-kanak tersebut dan berasa seolah-olah mereka ada kaitan.

Macam-macam perkara aneh yang berlaku sebelum mereka dapat merungkai perkara sebenar yang pernah berlaku di dalam rumah itu. Apakah hubungan Fatia dengan jelmaan kanak-kanak itu? Apa sebenarnya yang menimpa mayat reput itu? Apa pula hubungan wang jutaan ringgit itu dengan mayat?

Adakah mayat tersebut mangsa penculikan yang kemudiannya dibunuh? Apa pula motif pembunuhan itu? Adakah pembunuhan itu dilakukan oleh manusia atau ada makhluk halus yang mengganggu? Segalanya akan terjawab apabila filem itu ditayangkan nanti. Filem itu akan dipasarkan oleh MIG.

Utamakan isi

Esma akui barisan pelakon yang membintangi filem ini bukanlah nama besar. Namun dia percaya penonton sekarang bukan lagi ke panggung untuk melihat bintang popular sebaliknya mahu melihat apakah isi filem yang ditonton mereka.

“Penonton sekarang sudah bijak dan mahu menonton filem yang boleh memberikan mereka kepuasan. Sebab itu semakin banyak filem berkonsep filem berat yang turut mendapat sambutan penonton,” kata Esma.

Sebagai penerbit bersama, Esma juga terlibat dalam pemilihan pelakon dan dia memilih pelakon yang bersesuaian dengan watak masing-masing. Sebab itu dia tidak kisah apabila berlakon watak kecil yang ada pengaruh dalam perjalanan ceritanya. Dia juga akui sangat berpuas hati dengan lakonan Azma Aizal Yusoff.

“Sekarang inilah langkah pertama saya sebagai penerbit. Saya tak sabar menanti sambutan peminat terhadap filem ini. Sebab itu apabila dapat kekulusan tanpa potongan, saya sangat gembira,” jelasnya lagi.

 

 

 

 

 

 

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: