Selamat Pengantin Baru Raja Farah – Megat Bashirun Qhuyum

12 Nov

Ditulis oleh Nonie
  
  

Hanya linangan air mata kegembiraan dapat menggambarkan perasaan Raja Farah Raja Aziz, 22, apabila selamat dinikahkan dengan pasangannya, Megat Bashirun Qhuyum bin Datuk Zakaria di rumah pengantin perempuan dengan hanya sekali lafaz.

Majlis bersejarah ini diwalikan sendiri oleh bapa kandung Raja Farah, Raja Aziz bin Raja Ngah dihadapan kira-kira 200 tetamu dalam suasana yang serba sederhana.

Raja Farah anggun mengenakan persalinan putih biru daripada rekaan Syahrir Nurdin menerima mas kahwin RM888.00 serta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihaknya. Pihak perempuan menerima mas kahwin RM888.00 dan cincin, iPhone 4, minyak wangi Gucci dan barangan kecantikan Dior, telekung, sejadah dan baju persalinan, beg tangan Coach, Al-Quran dan rehal dan sireh junjung. Manakala pihak lelaki menerima sejadah dan kain pelekat, Al-Quran dan tasbih, iPhone 4, kek, dompet dan tali pinggang Dunhill, minyak wangi Issey Miyaki, jam tangan Tissot, cincin pernikahan Habib Jewel dan sireh junjung.

Usia perkenalan yang singkat bukanlah penghalang sekiranya sudah tertulis jodoh untuk hidup bersama.

“Alhamdulillah perancangan berjalan lancar dan semuanya sudah selamat. Kami sedar usia perkenalan terlalu singkat namun saya yakin ini yang dikatakan jodoh. Usia bukan persoalan, yang penting sudah terbit perasaan cinta dan tiada lagi perasaan ragu untuk melangsungkan perkahwinan.

“Cara kami menjalinkan percintaan sangat berbeza daripada pengalaman saya sebelumnya. Kami tak pernah bertengkar sepanjang tempoh perkenalan dan dia sangat memahami kerjaya lakonan saya.

“Lagipun, pegangan agama yang ada pada Megat buat saya yakin dia boleh membimbing saya sebagai isterinya. Dia sangat pandai mengambil hati saya,” ujarnya yang merancang untuk berbulan madu di Pulau Sipadan dan juga Raja Ampat di Indonesia.

Menceritakan simbolik hantaran dengan angka RM888.00, Megat menjelaskan ianya diambil sempena tahun kelahiran Raja Farah pada 1988.

Kecewa Dengan Fitnah

Raja Farah juga enggan mengulas lanjut berkenaan gosip yang mengatakan dia sedang hamil.

“Saya kecewa. Kalau boleh tak mahu lagi komen mengenai gosip ini. Bagaimanapun, tahniah kepada pihak yang membuat fitnah ini kerana berjaya membuatkan kehidupan kami sekeluarga kucar-kacir.

“Lemah dan sedih dengan fitnah itu. Saya putus asa untuk teruskan kerjaya sebagai anak seni. Namun atas dorongan suami dan saya sendiri sayangkan kerjaya yang diceburi sejak usia 15 tahun, saya teruskan juga,” katanya merancang mahukan anak selepas majlis persandingan pada awal tahun depan.

Megat juga mengakui tertekan dan malu apabila dikaitkan bersama dalam gosip tersebut.

“Saya tertekan sebab tak biasa dengan semua ini. Isteri saya difitnah dan saya turut menerima tempiasnya. Maruah keluarga saya juga turut terjejas.

“Saya cuma harap Farah dapat hadapi perkara sebegini kerana saya nampak kekecewaan pada dirinya,” kata Megat yang terpikat pada kecantikan dan keceriaan Raja Farah.

Dalam pada itu, ibu kepada Raja Farah, Farizah Abu Samah turut melahirkan kekecewaan ke atas fitnah yang melanda.

“Sangat melampau tuduhan itu. Orang nak bina masjid kenapa buat fitnah yang bukan-bukan. Kenapa nak gagalkan pernikahan ini.

“Tapi syukur Farah cekal dan tabah hadapi semua ini,” ujarnya yang turut merasakan debaran menerima menantu pertama dalam keluarganya.

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: