Jeling Kak Pora: Penyampai Berita TV Biar Ada Aura

14 Nov

2010/11/14
PADA Deepavali lalu, beberapa kawan Kak Pora memberikan cerita lucu. Ia mengenai penyampai berita TV di RTM yang tersasul menyebut Selamat Aidilfitri sedangkan sepatutnya Selamat Deepavali kerana ketika itu memang hari penganut agama Hindu menyambut Deepavali.

Kata kawan Kak Pora, cerita itu jadi bahan jenaka dalam laman sosial Facebook pada hari berikutnya. Tak apalah. Kak Pora pun tidak berminat hendak memperbesar-besarkan cerita itu. Lagipun memang Kak Pora jarang tengok berita TV RTM. Bukan nak kata berita TV di RTM tak bagus, tetapi Kak Pora berasakan tidak ada tarikan atau aura untuk menontonnya.
Kalau nak tengok berita TV, nampaknya buat masa ini Kak Pora dan kebanyakan kawan lain masih lebih senang menonton Buletin Utama. Dulu, ada juga Kak Pora berubah selera menonton siaran berita TV di Astro Awani. Tapi sekejap saja. Entahlah… mungkin tak berapa kenal dengan penyampai beritanya.
Kawan setugas Kak Pora dulu ada juga cuba hendak membuat sesi fotografi dan temu bual beberapa personaliti Astro Awani, tetapi saluran TV itu jual mahal pula. Kawan Kak Pora hendak tonjolkan barisan personaliti Astro Awani yang muda dan segar, sebaliknya saluran TV menawarkan personaliti veteran yang sudah muncul di stesen TV lain. Tak apalah. Memang tidak kecil hati pun, cuma kawan Kak Pora tu dah tak ada hati nak hubungi Astro Awani untuk tonjol personaliti di saluran TV itu.

Kalau Kak Pora atau kawan setugas hendak temu bual dan buat sesi fotografi dengan mana-mana wajah baru penyampai berita di Buletin Utama, memang pada bila-bila masa TV3 sedia mengaturnya.

KAK PORA: Terkejut menerima berita kematian vokalis Fotograf, Shamrin, Khamis lalu. Al-Fatihah

Bintang Pop

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: