Remy Duta Dashing

15 Nov

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

 

Nama pelakon Remy Ishak sudah berada dalam kategori pelakon kelas A dengan pencapaian yang diterimanya hari ini walaupun baru tiga tahun usia sebagai pelakon. Perjalanannya nampak mudah walaupun pernah terkena gosip hot.

Remy sentiasa menjadi pilihan utama apabila ada watak untuk menggambarkan ciri-ciri lelaki yang nampak wajah jantan Melayu dan berkeyakinan. Tanpa wajah pan asian, Remy berjaya mencipta nama dan menjadi tarikan tersendiri. Tarikan terbarunya apabila dipilih menjadi duta produk penjagaan diri DASHING for men.

Inilah penglibatan pertama Remy sebagai duta produk. Kebetulan dia sendiri sememangnya menggunakan Dashing sejak zaman remajanya lagi.

“Saya rasa motto Dashing iaitu Kemuncak Keyakinan selari dengan diri saya sendiri dalam meneruskan kerjaya seni saya. Walaupun usia kerjaya saya tidaklah selama masa Dashing bertapak, tapi saya sememangnya menuju ke arah itu. Kerjaya saya juga menuntut saya sentiasa yakin untuk menuju ke kemuncak.

“Kerana keyakinan yang ada dalam diri sayalah, maka saya masih berdiri di sini walaupun saya pernah melalui macam-macam rintangan. Bagi saya individu yang ada keyakinan akan sentiasa berusaha mendapatkan apa yang dia mahukan sehingga berjaya,” kata Remy.

Remy bukan sahaja sebagai penghias iklan produk itu sebaliknya turut terlibat dalam road tour mempromosikan Dashing yang kini tampil dengan wahah baru. Sebagai duta semasa memperkenalkan wajah baru, semestinya ada komitmen lain yang menuntut pelakon teater Natrah itu.

“Wajah dan penampilan baru Dashing sebagai berkeyakinan, maskulin, segar dan aktif untuk menjadikannya terus relevan dengan semua lelaki, bukan sahaja meneruskan keyakinan pengguna sedia ada sebaliknya untuk memikat generasi baru,” kata Pengarah Urusan UNZA (M) Sdn. Bhd., Kumar Chander.

Pemilihan Remy kerana kesesuaian pelakon yang berkeyakinan dan maskulin itu dengan apa yang mahu ditonjolkan oleh Dashing, katanya.

Remy pula mengakui menyukai kesemua empat pawangi semburan Dashing iaitu Active, Speed, Cool dan Style. Dia menggunakannya mengikut kesesuaian keadaan.

“Semasa menggambaran iklan TV, saya menggunakan pewangi Active serta Deodorant Body Spray. Ternyata saya sentiasa segar sepanjang penggambaran yang memerlukan saya beraksi lasak,” katanya.

Abaikan kontroversi Natrah

Minggu lalu teater Natrah menerima kritikan pedas apabila pengkaji dan penulis buku Natrah, Datin Seri Fatini Yaacob menyatakan rasaatak puas hati terhadap pengarahan Erma Fatima. Banyak yang beliau tidak setuju. Erma pernah menyatakan hasrat mahu menarik diri kerana kecewa dengan kritikan itu.

Apakah  Remy juga turut tempias dengan kontroversi itu? Kalau semasa pementasan pertama dulu kontroversi Remy diserang lelaki di Istana Budaya, kini giliran pengarahnya pula melalui kontroversi.

“Sebenarnya saya tak ambil tahu pun pasal kontroversi itu. Bukan sengaja buat tak tahu, sebaliknya saya hanya meletakkan diri saya sebagai pelakon sahaja.

“Sebagai pelakon saya hanya bertanggungjawab terhadap tugas saya melakonkan watak Mansor Adabi dengan baik. Selebihnya biarlah mereka yang berkaitan menyelesaikannya.

“Saya memang tak mahu menjadikan isu itu sebagai isu besar sehingga boleh menjejaskan tumpuan saya kepada lakonan,” kata Remy pasal teater yang akan dipenatskan di Istana Budaya mulai 25 November ini.

Sementara itu Remy juga sudah memulakan latihan awal filem terbaru Bara Jiwa arahan Osman Ali yang akan memulakan pengambaran pertengahan bulan depan.

Oleh: ROSLI MANAH (
\n
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
) Foto: SYEFFRY MONIZ MOHD. NIZAR

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: