Suhaimi Lepaskan Azam Pitt

15 Nov

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Semasa awal kemunculan dulu, Azam Pitt diuruskan secara tak rasmi oleh pengarah Suhaimi Lua Abdullah. Suhaimi melalui filem pendeknya Chukang berjaya memperkenalkan anak muda dari Sarawak itu.

Walaupun di atas kertas tiada ikatan di antara mereka sebagai artis dan pengurus, banyak juga aktiviti Azam diuruskan oleh Suhaimi melalui syarikatnya Tanah Beris Film Production (BFP). Malah dalam beberapa temu bual dengan majalah hiburan, Azam pernah memberitahu bahawa kerjaya seninya diuruskan oleh Suhaimi.

 

Hari ini melalui akaun facebook milik Suhaimi, pengarah itu membuat pengumuman mengejutkan. Katanya: “Mulai 14 November 2010, Azam Pitt tidak lagi bernaung di bawah BFP. Ini kerana saya harus memberi fokus kepada beberaapa projek pengarahan pada 2011. Apa-apa urusan boleh menghubungi secara terus menerus atau manager baru yang dilantik olehnya. Sekian terima kasih.”

 

Sebelum membuat pengumuman di facebook pagi ini, Suhaimi terlebih dahulu memberitahu Azam hasrat tersebut dan Azam kelihatan menerimanya dengan hati terbuka. Bunyinya macam merajuk. Adakah Suhaimi merajuk dengan Azam?

Suhaimi menjelaskan dia tiada sebarang masalah peribadi sebaliknya tidak dapat lagi menguruskan perjalanan seni Azam kerana hal-hal berkaitan komitmen kedua-dua belah pihak. Komitmennya sendiri dan komitmen Azam dengan perkara-perkara lain.

Malah dia dan Azam akan bekerjasama dalam drama bersiri Sejambak Bukan Serumpun arahan Mat London kerana ia telah dipersetujui sebelum ini lagi. Dia bukannya bergaduh, sebaliknya mahu memberi peluang kepada Azam untuk mencorak langkah sendiri ataupun dengan orang lain nanti.

“Saya akui ada perkara yang membuatkan saya mula rasa tak sedap… terutamanya apabila Azam membuat percaturan jadual sendiri tanpa memberitahu saya terlebih dahulu. Bukannya saya mahu menyekat dia, sebaliknya aktiviti yang dilakukan di luar pengetahuan saya membuatkan berlaku pertindihan apabila saya mengaturkan aktiviti lain.

“Saya rasa elok juga saya berundur awal sebelum melangkah lebih jauh. Lagipun dia belum terikat secara rasmi dengan saya,” kata Suhaimi ketika dihubungi oleh Mangga Online.

Bagaimana pula dengan projek filem Kabut yang bakal diarahkan oleh Suhaimi. Suhaimi ada mempromosikan poster awal filem itu di dalam laman facebooknya. Wajah Azam digunakan pada poster itu. Pada awalnya nama Azam disebut sebut akan membintangi filem tersebut.

“Ia hanya poster awal… tengoklah macam mana keadaannya. Kalau aza rezeki dia, adalah. Segala-galanya tergantung kepada keadaan apabila filem itu mahu dimulakan nanti. Lagipun dia bukan lagi di bawah pengurusan saya,” kata Suhaimi yang tetap berharap Azam terus maju dalam kerjaya seninya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: