Noh (Hujan) Dan Mizz Nina Dah Bertunang

16 Nov

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Noh (Hujan) dan Mizz Nina membuat pengakuan pasal pertunangan mereka pada 6 November lalu. Sebelum ini mereka ada berdalih-dalih apabila ditanya pasalnya.

Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang akhbar khas di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur hari ini. Lenyaplah segala teka-teki. Sebenarnya sebelum ini mereka ingin merahsiakan perkara itu.

Busana semasa masjlis pertunangan dipakai semasa sidang akhbarDalam sidang media itu, mereka turut memberitahu perancangan majlis pernikahan pada 1 Julai tahun depan di rumah keluarga Nina di Ampang, Selangor.

Persandingan pertama akan diadakan pada 3 Julai di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Bagaimanapun kedua-dua majlis itu akan dibuat secara tertutup tanpa mengundang media membuat liputan.

“Bagaimanapun kami akan mengadakan majlis persandingan khas untuk media pada 6 Julai. Ia bukanlah majlis macam sidang akhbar sebaliknya  persandingan sepenuhnya juga,” kata Nina.

Majlis sebelah keluarga Noh akan diadakan selepas itu, namun ketika ini pihak keluarga belum memilih tarikh yang sesuai. Majlis akan diadakan di Miri, Sarawak.

“Jemputlah datang ke Sarawak kalau sudi ke rumah kampung saya,” kata Noh kepada media yang hadir pada hari itu.

Pada mulanya mereka mahu kahwin awal namun terpaksa ditangguhkan sehingga ke tahun depan untuk membuat majlis yang lebih sempurna.

“Pada mulanya impian kami mahu menjadikan majlis pertunangan dan perkahwinan ini secara private kerana mahu menghormati permintaan kedua-dua ibu bapa kami.

“Kami juga ragu dan bimbang akan menjadi sebahagian daripada statistik artis tempatan yang beriya-iya mendedahkan kisah peribadi percintaan mereka, namun akhirnya gagal direalisasikan ke jenjang pelamin, ” kata mereka dalam siaran akhbar.

Mereka semakin rapat dan menjalin hubungan lebih mesra sekitar hujung tahun lalu. Pada masa itu mereka baru bekerjasama menghasilkan lagu Kurnia.

“Semasa menghasilkan lagu itu kami belum apa-apa lagi… selepas itulah bermulanya hubungan mesra kami. Bolehlah kalau nak katakan lagu itu sebagai lagu kisah cinta kami,” kata Noh yang kelihatan segak dengan potongan rambut pendek.

Noh mengaku menyukai Nina yang cool dan boleh menerima caranya semasa mereka bersama-sama. Malah Nina juga menerima dan diterima oleh keluarganya.

Tak halang Nina

Noh memberi jaminan tidak akan menghalang hasrat Nina untuk terus menyanyi, malah dia akan sentiasa menyokongnya untuk bersama-sama maju dalam industri muzik. Namun secara terus terang kata Noh dia tidak akan membenarkan Nina berpakaian seksi lagi selepas ini.

Noh juga tidak berasa tekanan apabila memilih anak kenamaan sebagai bakal isterinya nanti. Malah ayah Nina, tokoh perniagaan terkenal Tan Sri Azman Hashim seorang yang memahami jiwa seni mereka. Azman dan isteri sebenarnya pernah rakam album tidak lama dulu.

“Saya akan terus menyanyi… saya tak mahu perkahwinan saya nanti menjadi penghalang kerjaya saya… sebab itulah perancangan menuimang anak pun biarlah selepas saya menghasilkan album kedua nanti. Kalau tahun 2013 tu… insya-Allah saya bersedia untuk menjadi ibu,” kata Nina yang kelihatan riang sepanjang sidang media.

Pada hari pernikahan nanti keluarga bersetuju dengan mas kahwin sebanyak RM888.88 kerana mengambil kira pendapat orang ramai pasal angka itu yang kononnya membawa untung. Wang hantaran pula sekitar lebih RM11,000.

Cool dalam hubungan

Nina akui dia dan Noh sependapat tidak mahu menguar-uarkan kisah cinta mereka malah sering mengelak dan tidak mahu bercakap pasalnya kerana ada alasan tersebdiri dan boleh diterima akal.

“Saya tak mahu bercakap pasal hubungan yang belum ada jalan penyudahnya. Saya tak mahu nanti, kita bercakap pasal hubungan cinta semasa kita belum tentu untuk mengikatnya. Sekarang kami sudah bertunang dan merancang berkahwin, jadi barulah kami sedia untuk bercakap pasalnya,” kata Nina

Mereka tak mahu menambahkan cerita artis yang  banyak bercerita pasal hubungan cinta dan akhirnya hubungan itu putus tanpa adanya apa-apa ikatan. Sebab itulah mereka sering mengelak untuk bercakap pasal perkara itu sebelum ini.

 

 

 

 

 

 

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: