Salah Faham Saja… Azam Pitt

18 Nov

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

“Semuanya kerana salah faham saja… kami tak bergaduh pun.” Demikian kata Azam Pitt mengulas pasal dirinya yang dilepaskan oleh pengarah Suhaimi Lua sebagai pengurus. Apatah lagi mereka belum diikat dengan kontrak sebaliknya bergerak atas dasar kepercayaan di antara mereka.

Azam juga masih menghormati Suhaimi sebagai orang yang pernah membuka jalan kepadanya dalam bidang lakonan menerusi filem pendek yang penuh kontroversi Chukang. Dia juga masih bekerjasama dengan Suhaimi dalam sebuah drama bersiri.

 

Apa kes?

 

“Memang ada salah faham… saya belum ada pengurus malah sekarang ini bergerak sendiri sahaja. Adalah juga kawan-kawan bersama saya dalam urusan kerjaya nyanyian saya, tapi saya belum ada mana-mana syarikat pengurusan pun.

“Malah saya sedang berusaha mencari pihak yang boleh membantu dalam aspek promosi dan memasarkan dalam jualan digital single pertama saya Debar yang saya rakam menggunakan model sendiri.

“Pada awalnya memang pihak syarikat Suhaimi ada merancang memasarkannya, tapi nak buat macam mana apabila dia tak boleh teruskan kerana komitmennya kepada kerja hakikinya sebagai pengarah dan juga krew drama. Sekarang saya terpaksa bergerak sendirilah,” kata Azam kepada Mangga Online.

Azam juga menafikan dia membelakangi Suhaimi dalam apa-apa tindakan yang dia buat terutamanya pasal undangan show. Dia ada memberitahu Suhaimi kalau ada tawaran daripada mana-mana pihak termasuk penglibatannya sebagai juri dan mengadakan persembahan baru-baru ini.

“Pada awalnya saya dapat satu undangan sahaja, tetapi selepas selesai komitmen itu, pihak tersebut memanggil saya lagi. Saya ada memberitahu Suhaimi secara lisan… agaknya kerana dia sibuk sangat sampai dia terlupa dan merancang agenda lain untuk saya pada masa yang sama. Tentu saya tak boleh penuhi,” jelasnya lagi.

Anggap dugaan awal

Walaupun mula merasai cerita negatif pada awal kemunculannya, anak muda dari Sarawak itu  tidak mudah putus semangat sebaliknya ia menggunakannya sebagi peniup semangat untuk memajukan diri dan membuktikan kemampuannya sebagai anak seni yang berbakat.

“Saya memang meminati nyanyian semestinya saya akan tumpukan pada nyanyian. Dalam masa yang sama kalau ada tawaran berlakon saya akan menerimanya juga,” kata Azam.

Azam juga berharap lagunya akan dapat diterima apabila bertemu dengan pihak yang bakal bekerjasama. Lagu ciptaan Aesar Mustafa itu pernah beberapa kali dinynyikannya dalam mana-mana majlis yang disertai. Walaupun lagu itu belum popular namun ada yang mula meminatinya.

“Saya harap lagu ini akan diterima peminat apabila diputarkan nanti,” kata bekas finalis program My Starz LG ini lagi.

 

 

 

 

 

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: