Kejutan Shout! Awards

20 Nov

KEJAYAAN Shout! Awards penganjuran pertama pada 2009 satu pencapaian yang dianggap luar biasa dan membanggakan bagi pihak 8TV selaku penganjur.

Justeru, untuk pelaksanaan kali kedua ini memberi sedikit tekanan kepada pasukan produksi memberikan persembahan sama ada dari segi pengisian juga acara pentas yang lebih baik berbanding tahun sudah.

Penerbit Kanan/Pengarah Primeworks Studios, Arzuan Anuar (Alet) berkata, bagi memastikan acara kali ini lebih baik, tumpuan tidak hanya pada persembahan menampilkan pelbagai kolaborasi tetapi juga sudut teknikal dititikberatkan.

“Tahun ini kami menekankan kepenggunaan multimedia secara menyeluruh dan bukan hanya kepada penataan cahaya semata-mata.

“Penataan cahaya digunakan mengikut kesesuaian genre lagu yang dipersembahkan. Di mana, penonton dapat merasai emosi dalam sesuatu persembahan.

“Ada kelainan yang ditampilkan misalnya untuk persembahan Yuna, kami menggunakan ‘props’ yang sangat unik belum pernah ditonjolkan dalam sebarang acara sebelum ini. Ia menerapkan elemen sebuah pementasan teater.

“Banyak inisiatif dilakukan kerana remaja ketika ini amat mementingkan sesuatu program menampilkan kepelbagaian dan mereka mahukan sesuatu yang luar dari kebiasaan.

“Kami ingin menunjukkan majlis penganugerahan seperti Shout! Awards yang dianjurkan pihak stesen TV tempatan mampu berdiri setara dengan majlis anugerah antarabangsa. Selain mengharapkan acara tahun ini lebih hebat daripada penganjuran yang lepas,” katanya.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan, Shout! Awards bakal berlangsung jam 8.30 malam ini (Sabtu) dan dipancarkan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil menerusi 8TV.

Bercerita secara terperinci mengenai pengisian persembahan Alet menambah, Shout! Awards adalah platform terbaik untuk mengetengahkan bakat muda dari ‘scene’ muzik urban.

“Kebanyakan mereka yang dipilih membuat persembahan adalah band indie yang sudah lama menempa nama di luar Malaysia. “Misalnya, Arafah atau nama pentasnya Arabyrd. Jika menyebut namanya mungkin tidak ramai mengenali siapakah gadis ini kerana belum berpeluang menyerlahkan bakatnya dalam aliran mainstream.

“Bagaimanapun pencapaian muzik Arabyrd cukup membanggakan kerana dia sudah membawa muziknya ke peringkat Eropah dengan melakukan banyak siri jelajah di sana.

“Justeru, di pentas Shout! Awards ini nanti kami mahu mempertontonkan kepada rakyat Malaysia di negara kita sebenarnya terdapat ramai artis yang berbakat besar,” katanya.

Turut membantu Alet sebagai pengarah, Zabedee De Costa, juga Penerbit Kanan/Pengarah Primeworks Studios. Manakala Sunil Kumar sebagai Penerbit Eksekutif.

Pelaksanaan anugerah ini hasil kerjasama membabitkan 150 krew teknikal termasuk 30 krew produksi dari Primeworks Studios.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: