Sonu Hibur Peminat Di Malaysia

20 Nov

BARANGKALI tidak ramai tahu lagu dinyanyikan bintang Bollywood seperti Aamir Khan, Hrithik Roshan, Salman Khan, Saif Ali Khan, Shahid Kapoor dan Akshay Kumar dalam filem milik suara penyanyi, Sonu Niigam.

Lontaran vokal lunak dan mendayu membuatkan ramai yang tersentuh mendengar nyanyian penyanyi popular itu. Lagu hit menerusi filem Bollywood antaranya Zoobi Doobi dalam filem 3 Idiots, You Are My Soniya (Kabhi Kushi Kabhie Gham), In Lamhon Ke Daaman Mein (Jodha Akbar) yang dinyanyikannya cukup menyentuh jiwa.

Buat julung kali penyanyi yang tampil dengan imej berambut keriting itu bakal menjayakan persembahan Sonu Niigam 1 Malaysia Live In Concert. Konsert anjuran Perfect Onion Sdn Bhd dan Narrowcast Universe itu akan diadakan di dua lokasi, Stadium Bandaraya Johor Bahru pada 12 Disember ini dan Surf Beach, Sunway Lagoon pada 14 Disember.

Menariknya bukan hanya menyanyi himpunan lagu terbaiknya daripada Bollywood malah Sonu juga akan menyanyikan lagu khas 1 Malaysia 1 World dalam versi bahasa Malaysia, ciptaan komposer terkenal, Datuk Wah Idris.

Pengarah Urusan Narrowcast, Gina Dhaliwal, berkata dia percaya penyanyi popular itu dapat menarik pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa ke konsert itu kerana kebanyakan lagu menjadi hit menerusi filem yang dibintangi pelakon terkenal Bollywood.

“Mungkin ada yang kurang mengenali Sonu, tapi jika mengingati kembali lagu lagu popularnya seperti Tanhayee (Dil Chahta Hai), You Are My Soniya (Khabi Kushi Khabi Gham), Mahi Ve (Kal Ho Na Ho) dan Chak De (Hum Tum), pasti umum akan mengingati suaranya itu.

“Saya percaya, kehadirannya ke negara ini pasti akan menggamatkan lagi acara penghujung tahunan negara kita. Yang pasti kita akan melihat orang Cina, Melayu dan India pada konsert itu tidak kira usia.

“Tambahan pula melihatkan tema konsert ini, Sonu mengikut seruan kerajaan Malaysia mengadakan konsert berkonsepkan 1Malaysia. Ia akan menjadi platform untuk menunjukkan kepada dunia mengenai kepelbagaian kaum di negara ini,” katanya pada sidang media konsert Sonu Niigam 1 Malaysia di Sunway Lagoon, baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis itu Penasihat Khas Politik, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri, Senator Datuk Daljit Singh Dalliwal; Pengarah Perfect Orion Sdn Bhd, Girish Valanju; Ketua Pengarah Eksekutif Sunway Lagoon, Aaron Soo; Ketua Ekspedisi 1Malaysia 1World Shamsurrijal dan Wah Idris.

Sementara itu, Wah Idris berkata, kerjasama antara seorang penyanyi antarabangsa itu sebagai satu penghormatan yang besar buatnya malah membuka lembaran baru buat karier seninya.

“Memang ini penghormatan besar buat saya. Maklum balas awal ketika menyerahkan demo lagu (1 Malaysia 1 World) kepada Sonu mendapat reaksi positif. Walaupun lagu itu dalam bahasa Malaysia saya berasakan dia tidak berdepan masalah besar untuk menyanyikannya. Malah saya bersama pengarah muzik Bollywood, Monty Sharma akan ke Mumbai untuk menyiapkan lagu itu selain mendengar sendiri sebutan lagu itu yang akan dinyanyikan Sonu.

“Tidak mustahil jika Sonu akan menyanyikan lagu itu dalam bahasa Malaysia khas buat peminatnya di sini,” kata Wah Idris yang akan tampil sebagai artis jemputan serta memimpin persembahan Malaysia Drum Symphony menerusi konsert itu.

Tiket menyaksikan konsert itu dijual dari harga RM100 sehingga RM1,000. Untuk maklumat lanjut hubungi 016-2171214/ 016-2101214 atau e-mel tikets@perfectorion.com.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: