SOSEHSOSEH: Baru Nikah Dah Buat Hal

20 Nov

ORANG baru berkahwin, biasanya cinta masih mewangi dan kasih sayang sangat menebal di hati. Ke mana pergi, asyik ingatkan suami. Dah makan ke belum, dah basah ke mandi, kiranya serba-serbi difikirkan.

Namun, apabila SS dengar cerita mengenai artis wanita yang baru menikah ini, SS jadi tertanya sendiri. Memanglah apabila sudah menikah, tidak semestinya kita terpaksa memutuskan hubungan dengan sahabat handai kita. Apatah lagi kawan yang kita sudah kenal lama sejak zaman remaja. Cuma kita kena membataskan pergaulan terutama dengan rakan berlainan jantina supaya pasangan masing-masing tidak cemburu dan menimbulkan fitnah.

Perkhabaran yang SS dengar mengenai artis ini boleh mengundang pelbagai spekulasi. SS berharap jangan pula menambah jumlah artis yang terpaksa mendaki tangga mahkamah syariah tuntut itu dan ini. Sebab itu, apabila hendak berkahwin, pilihlah yang betul-betul berkenan di hati. Tanya diri sendiri, berkahwin kerana cinta atau harta benda. Lelaki berusia memanglah harta bertan-tan, tetapi daripada segi lain, tentu ada kekurangannya di sana-sini. Kita sendiri fahamlah bab-bab gitu.

Berbalik kepada kisah artis terkenal itu tadi, pada cuti Aidiladha lalu, rakan SS ini bersama adik-beradiknya berkunjung ke sebuah pusat hiburan. Sebaik saja melangkah ke dalam pusat hiburan itu dan belum sempat duduk serta memesan minuman dia tiba-tiba terpandang susuk tubuh dan wajah jelita yang cukup dikenalinya itu.

Puas juga rakan SS ini meninjau, kalau suami artis itu ada bersamanya. Maklumlah, tak elok seorang isteri datang ke tempat macam itu tanpa ditemani suami kerana macam-macam perkara boleh jadi.

Teropong punya teropong, rakan SS tak nampak pun batang hidung laki artis itu. Yang ada di sekeliling artis itu adalah seorang lelaki berdarah kerabat yang cukup dikenali serta beberapa kenalannya yang lain.

Kalau tak salah sumber SS, jejaka kerabat itu juga sudah ada buah hati yang cantik. Oh tidak! Nanti ada pula yang benjol dahi kena balun kalau salah cakap! Rakan SS tengok, bukan main gembira lagi mereka pada malam itu.

Senang cerita, kalau dah bersuami dik, buatlah cara dah bersuami. Lupakanlah zaman bujang dulu yang penuh keseronokan dunia. SS tak kata seorang isteri tak boleh keluar berhibur dengan kawan-kawan tapi carilah tempat dan masa yang sesuai. Bukannya di tempat gitu yang hanya disinari remang cahaya lampu yang ada kala tidak jelas pandangan mata dan menimbulkan syak wasangka. Nanti kalau suami awak tahu, macam mana?

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: