SOSEHSOSEH: Estet Filem Bagus, Kutipan Sedih!

20 Nov

SS tak tahu nak cakap apa. Tapi SS simpati dengan nasib filem Estet yang mendapat kutipan yang agak menyedihkan, kira-kira RM500,000 saja selepas dua minggu tayangan.

Kalau tanya SS, SS sendiri suka dengan filem bercorak 1Malaysia itu kerana jenakanya mencuit hati. Masa SS tengok minggu lalu, memang ada babak yang buat orang ketawa berdekah-dekah seperti bola yang ditendang terpelanting lesap ke langit dan akhirnya singgah ke kedai runcit David Arumugam! Selain itu, SS juga ketawa melihat ada pondan India ‘drag’ siap pakai sari mencari pelanggan di lorong gelap pada waktu malam. Lucunya, sebelah siang ‘pondan drag’ itu lasak bermain bola di padang estet! Selain itu kita dapat melihat telatah dan insiden yang biasa kita dengar berlaku di estet seperti kejadian hendak gantung diri apabila terjebak dengan masalah. Namun, Mamat cuba sampaikan dalam babak yang kelakar! Sebenarnya apa yang boleh SS katakan, filem Estet mengingatkan SS kepada karya Othman Hafsham iaitu Mekanik. Malah pemikiran Mamat juga macam arwah Yasmin Ahmad yang mahu menyatupadukan orang Malaysia dalam filem, tetapi Mamat buat dalam bentuk jenaka.

Sayangnya, mungkin promosi untuk filem ini ‘kureng’ membuatkan ramai kurang teruja hendak melihat Estet. Sekarang SS nak tengok pula sejauh mana promosi filem 2 Alam yang dilakukan Datuk Dr Rozmey membawa hasil yang gempak terhadap filem Melayu. Mungkin kalau berjaya, ramai produser kita kena berguru dengan Dr Rozmey kerana dia sebelum ini cukup berjaya mempromosikan produk kesihatannya itu.

Apa yang SS harapkan, Mamat Khalid dan ‘team’ beliau tidak akan berputus asa dengan apa yang dilalui kerana kadangkala inilah risiko orang buat filem.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: