Cukup-Cukuplah Erma-Fatini

21 Nov

Oleh: ROSLI MANAH
(rosli456@yahoo.com)
Foto: JEFFRI RAHMAN
Solekan: AMY NOOR dari SZEMIE ARTISTIC & GALLERY, SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR (012-2578884)

SEMASA ke pejabat seorang kawan baru-baru ini saya terserempak sekumpulan anak muda sedang membasuh motosikal mereka. Rupa-rupanya mereka baru selesai menguruskan katering berdekatan situ.

Salah seorang daripada mereka kelihatan ada gaya untuk di ketengahkan. Apatah lagi dia memiliki susuk tubuh yang menarik. Sebenarnya semasa mencuci motosikal itu dia berlenggeng.

Apabila didekati dan ditanya sama ada berminat untuk menyertai Pencarian Kacak Bergaya, Mohd. Jamahuri atau Zel menyatakan minat. Malah bagai pucuk dicita ulam mendatang.

Dia memang ada minat ke arah itu cuma ragu-ragu kerana pernah tertipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum ini. Dia bimbang pisang berbuah dua kali.

‘Dulu ada juga yang mengutarakan tawaran yang sama, tapi saya tertipu rupa-rupanya. Sebab itu apabila abang mengundang saya untuk ruangan Kacak Bergaya, pada mulanya saya rasa takut-takut sikit,’ kata Zel berterus terang.

Bukan sahaha berminat dalam peragaan, malah Zel sebenarnya pernah berlakon. Kemunculannya hanya sebagai pelakon tambahan sahaja.

‘Pada masa itu saya bekerja dalam bidang perhotelan. Tahu sajalah kerja dalam bidang perhotelan ni mana ada masa untuk buat aktiviti lain. Dia tak boleh aktif sangat.

‘Sebab itulah saya berhenti kerja dan memulakan kerja baru dalam bidang perbankan. Saya kerja bahagian khidmat pelanggan,’ kata Zel kepada Pancaindera.

Dia berhenti kerja tersebut kerana mahu mencari ruang untuk diri sendiri. Semasa bekerja dia sering terlepas menghadiri majlis yang diadakan pada hujung minggu.

Zel memang mempunyai minat tebal dalam bidang seni. Dia juga pernah menyertai pertandingan nyanyian serta berminat juga dalam dunia komedi.

‘Saya pernah menyertai uji bakat Akademi Fantasia. Sebenarnya saya tak bersedia, tapi saya menemani kawan saya yang benar-benar berhajat mahu masuk program itu.

‘Untuk membolehkan saya menemani dia, saya juga turut mendaftar diri dan sempatlah merasai bagaimana situasi uji bakat.

‘Saya tak kecewa sangat walaupun tak terpilih, tapi kawan saya sangat berduka. Lebih-lebih lagi apabila dia hanya sempat menyanyikan beberapa rangkap sahaja sebelum juri mengangkat kad merah,’ katanya.

Zel juga terfikir mencuba nasib menyertai pertandingan Raja Lawak musim baru kerana menyedari dalam dirinya ada unsur humur. Tapi dek kerana tak jumpa pasangan untuk bersama-samanya, dia lupakan saja.

‘Saya malu dan tak yakin untuk naik pentas dan buat lawak solo. Kalau ada pasangan saya beranilah,’ katanya yang sememangnya seorang yang humur apabila sudah lama dikenali.

Anak muda yang dibesarkan di Sentul, Kuala lumpur itu turut aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak tertentu.

Dia juga menyanggah sekiranya ada yang mengatakan anak muda di kota lebih mudah terjerumus dengan gejala tidak sihat. Baginya ia bergantung kepada diri setiap individu dan bagaimana mereka diasuh.

‘Saya tidak merokok pun, jauh sekali untuk terlibat dalam najis dadah. Memang saya tak nafikan anak muda hari ini mudah benar terjebak sekiranya tidak dipantau oleh keluarga,’ katanya lagi.

Satu lagi fakta menarik pasal anak muda ini ialah dia tidak mudah terpengaruh dengan rangkaian sosial. Malah dia juga tidak memiliki akaun rangkaian sosial popular, facebook. E-mel miliknya juga sudah diabaikan.

‘Saya tak mahu bersosial di laman web. Bagi saya ia lebih kepada jaringan mencari kawan baru. Saya takut dengan macam-macam godaan yang ada. Dulu saya pernah ada akaun myspace.

‘Tanpa rangkaian sosial pun saya kerap menepis godaan. Saya tak tahu pasal apa. Nak kata kacak… saya ni taklah kacak mana pun,’ jelasnya.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: