Hanya Sebagai Tuntutan Kerja

21 Nov


Belum bersedia untuk berhijrah imej buat ketika ini.

ISNIN lalu ramai yang memuji penampilan bertudung pelakon yang cukup sinonim dengan panggilan Anak Pontianak ini bila terlihatkan gambar manisnya dalam sisipan Mega, Utusan Malaysia.

Ramai juga yang menelefon Syed bertanyakan hal tersebut. Kata mereka adakah benar apa yang dilihat itu sebagai satu hijrah baru Zarina Anjoulie Lavocah?

Tak lama selepas itu Zarina sendiri menelefon Syed bercerita hal tersebut. Katanya, dia hanya memakai baju yang sebagai dalam satu pertunjukan fesyen dan tak belum lagi sampai seru untuk berhijrah seperti mana artis lain.

Apa yang membuat dia naik seram apabila melihatkan tajuk ‘Anjou Enggan Seksi Lagi’. Katanya, dia cakup takut membaca tajuk tersebut memandangkan itu bukan yang dimaksudkan olehnya.

‘Saya tak bermaksud begitu. Apa yang saya lakukan hanyalah sebagai satu tuntutan kerja semata-mata. Bukan tak mahu berubah ke arah kebaikan tetapi biarlah ia datang pelan-pelan.

‘Saya risau juga kalau ada yang menyerang saya lepas ni. Cakap dah tak nak seksi tapi masih pakai seksi lagi. Saya tak pernah cakap yang saya tak mahu seksi lagi.

‘Itu yang saya mahu buat pembetulan. Saya tak mahu dihimpit kontroversi lagi. Esok orang kata saya macam-macam bila lihat saya seksi. Dah letihlah abang,’ kata Zarina lagi.

Tak mengapalah Anjou, hidup ni memang selalunya begini. Silap gaya kita akan terjerat sama. Tapi percayalah, niat yang baik akan diberkati oleh Allah. Yang penting kita berusaha untuk jadi lebih baik.

Syed: Menyampah dengan seorang pengurus artis popular yang lembab! Kekwat pulak tu.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: