Noh, Mizz Nina Bertunang

21 Nov

WAH, bukan main berseri-seri lagi wajah vokalis kumpulan Hujan saat bercerita tentang perihal dirinya yang sudahpun bertunang dengan Mizz Nina. Kalau selama ini mereka sedikit tertutup mengenai soal hati dan perasaan, akhirnya semua itu bukan lagi rahsia.Siap buat sidang akhbar lagi nak mengumumkan yang mereka dah bertunang. Bukan semua orang mampu buat macam tu. Itu yang Joyah tabik spring pada Noh mahupun Nina.

Aduh, memang untunglah Noh Salleh yang bakal menjadi menantu pengerusi sebuah bank terkemuka negara ni. Bukan calang-calang orang mampu jadi macam Noh okey.

Bukan apa, bakal jadi menantu orang ternama ni bukan mudah. Banyak pantang larang yang Noh kena ikut. Maknanya kena belajar banyak benda baru terutama melibatkan protokol.

Joyah tak kata Noh tak baik. Tapi kalau duduk dalam bidang muzik ni, ramai yang baik dah jadi tak baik. Ikut kepala sendiri dan mahu hidup cara sendiri. Itu yang Joyah nampak sebelum ini.

Apa yang penting jagalah maruah keluarga baik-baik. Nanti orang kata pemuzik tak ada masa depan dan bla..bla…bla… Setidak-tidaknya Noh dah membuktikan yang orang muzik juga boleh diterima sesiapa sahaja.

Kepada artis yang lain, bolehlah buat Noh sebagai contoh. Rasa-rasa ada yang marah tak bila Joyah cakap macam tu?

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: