Tak Jadi Kahwin, Shandy Auli Ok Je

21 Nov

Terpaksa membatalkan perkahwinannya dengan Dave Laksono ternyata tidak membuat artis jelita Indonesia, Shandy Aulia berasa trauma. Malah, bintang filem Eiffel I’m In Love ini mengaku keputusan itu dibuat selepas dia dan pasangannya membuat pertimbangan.

‘Orang yang bercerai pun boleh kahwin lagi, ini pula saya yang cuma putus tunang. Buat apa hendak trauma?,’ katanya sambil ketawa semasa ditemubual pemberita baru-baru ini.

Dalam pada itu, Shandy juga memberitahu, dia kini lebih matang dalam membuat keputusan dan menjadikan pengalamannya itu sebagai satu pengajaran.

‘Saya yakin pada masa akan datang, saya akan menjadi lebih bijak, lebih dewasa dan lebih banyak belajar. Apa yang pasti, sekarang saya jalani sahaja hidup ini seperti biasa,’ katanya.

Mengaku ikhlas dengan keputusan membatalkan perkahwinannya itu, Shandy bagaimanapun tidak menolak sedikit terkilan dan kecewa dengan apa yang terjadi.

‘Tentulah saya tulus, tapi tak mengapa, hidup perlu diteruskan meski kekecewaan itu ada,’ katanya.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: