Konsert Sonu Niigaam Terap 1Malaysia

22 Nov

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASAN


LANCAR… Sonu Niigaam 1Malaysia Live In Concert dilancarkan baru-baru ini di Sunway Lagoon (dari kanan) Pengerusi Perfect Orion, Girish R. Valanju, Daljit Singh Dalliwal, Pengarah Urusan Narrowcast Universe, Gina Dhaliwal, Shamsurrijjal Abdul Jamil, Wah Idris dan Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Lagoon, Aaron Soo.

SONU Niigaam ternyata bukan nama asing bagi peminat seni hiburan yang melatari irama Bollywood.

Lagu-lagu popular dendangannya seperti Bole Chudiyan dan Suraj Huwa Madham yang termuat dalam filem Khabi Kushi Kabhie Gham, lakonan Datuk Shah Rukh Khan ternyata cukup diminati oleh peminat pelbagai peringkat usia.

Suka cita bagi peminat penyanyi ternama dunia itu, buat julung kalinya Sonu Niigaam bakal menghiburkan peminat lagu-lagu Bollywood tanah air dalam konsert dua hari, Sonu Niigaam 1Malaysia Live In Concert yang dijadualkan berlangsung pada 12 dan 14 Disember ini.

Pada 12 Disember, peminat di selatan tanah air berpeluang menyaksikan persembahan live secara dekat penyanyi pujaan ramai itu di Stadium Bandaraya Johor Bahru, Johor.

Manakala bagi peminat di ibu kota, boleh menyaksikan persembahan beliau pada 14 Disember ini bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon.

Menariknya, pada konsert yang dianjurkan oleh Perfect Orion Sdn. Bhd. dengan kerjasama Narrowcast Universe itu, peminat yang hadir bukan hanya dapat menyaksikan Sonu Niigaam melantunkan lagu-lagu hitnya tetapi buat pertama kalinya menyaksikan beliau menyampaikan lagu 1Malaysia 1World dalam bahasa Melayu.

Lagu yang dicipta oleh komposer terkenal, Datuk Wah Idris itu bakal dipersembahkan pada pembukaan konsert tersebut sebelum pentas persembahan dikuasai sepenuhnya oleh Sonu.

Bercerita tentang lagu tersebut, Senator Datuk Daljit Singh Dalliwal pada sidang akhbar konsert tersebut yang berlangsung di Sunway Lagoon baru-baru ini memberitahu, ia sebagai hadiah kepada rakyat Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menguar-uarkan slogan 1Malaysia.

“Inilah cabaran yang diambil oleh Sonu demi menghargai sokongan yang tidak berbelah bagi para peminatnya di negara ini.

“Menyanyi dalam bahasa Melayu bukan sesuatu yang mudah bagi rakyat asing sepertinya. Namun, ketika sesi perbincangan diadakan, Sonu tidak membantah dan mengambil ini sebagai cabaran buatnya,” katanya.

Wah Idris mengambil masa antara empat hingga lima hari mencipta lagu yang bakal dirakamkan sebuah studio di Mumbai, India yang dimiliki oleh pengarah muzik Bollywood, Monty Sharma.

Kepada yang berminat menyaksikan konsert tersebut, tiket-tiket dijual pada harga RM100 (berdiri), RM200, RM300, RM500 dan RM1,000 seorang untuk sebuah meja yang memuatkan seramai 10 orang.

Untuk sebarang tempahan, pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi 016-2171214 atau email kepada narrowcastuniverse@gmail.com.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: