Maaf Saya Enggan Ulas Pasal Nora – Fasha Sanda

22 Nov

Ditulis oleh Nonie
  
  

Kemunculannya di sidang media pasti menjadi buruan lantaran kisah kontroversi yang menghambat kerjaya pelakon popular ini. Kisah Fasha Sanda bertambah panas apabila gambarnya berparti sakan pada Malam Halloween tersebar luas di internet dan ini ditambah dengan komen Nora Danish yang tidak mahu Fasha mendekati anaknya setelah pelakon tersebut difahamkan telah membeli barang mainan di sebuah kedai permainan kesukaan bekas suami Nora, Rizal Ashram atau Jejai.

Perbalahan antara kedua-dua pelakon jelita ini tidak pernah surut sejak kontroversi yang mengaitkan Fasha sebagai orang ketiga dalam perkahwinan Nora dan Jejai. Ingatkan kisah ini akan surut selepas pengakuan berani Fasha yang mengesahkan dia dan Jejai kini bergelar pasangan kekasih. Nampaknya timbul pula isu anak. Fasha tampil memberi penjelasan.

“Untuk pengetahuan semua, saya belikan permainan tersebut untuk dua anak buah saya yang berumur lima dan satu tahun. Dan bukan untuk anaknya. Saya sendiri tak tahu macam mana cerita remeh begini boleh keluar. Kalau benar Nora tak benarkan saya berjumpa anaknya, saya tak mahu komen. Lagipun selepas kami berkahwin nanti, saya juga akan mendapatkan anak sendiri.

“Saya malas nak komen banyak sebab tak faham apa sebenarnya yang berlaku. Saya buntu kenapa perlu diperbesarkan perkara itu. Dan maaf, saya enggan mengulas pasal Nora Danish.

“Saya bersyukur hubungan kami bahagia dan Jejai menjadikan saya seorang wanita yang matang. Kalau boleh kami tak mahu hubungan ini diperbesarkan. Tunggulah, bila ada masa yang sesuai saya akan beritahu arah tuju hubungan ini,” ujarnya menjelaskan situasi yang berlaku.

Gambar Itu Tak Seksi

Penyebaran gambarnya menyambut Halloween dikritik keras oleh peminat industri hiburan tanah air. Tidak sedikitpun melatah malah pelakon ini tenang dengan mengaku memuat turun gambar tersebut di laman Facebook miliknya untuk berkongsi dengan peminatnya.

“Saya ke party itu atas jemputan kawan dan hanya berpakaian mengikut tema. Dan bagi saya sambutan itu adalah satu perkara yang normal. Bukannya bila saya sambut Halloween, saya ikut budaya yang tak elok.

“Saya kongsikan dengan peminat sebab rasakan gambar itu masih boleh diterima dan tak adalah seksi sangat seperti yang diperkata. Lagipun semua perkara yang saya buat termasuk pergi bercuti dan makan bersama keluarga, saya akan letakkan di Facebook.

“Memang saya yang letakkan sendiri gambar itu. Saya tetap akan jadi diri sendiri.

“Dan ingin saya tegaskan Twitter dan Facebook bukan hanya tempat untuk meluahkan rasa yang indah, kadang kala saya juga melalui hari yang teruk dan menjadikannya sebagai medium untuk meluahkan perasaan. Saya mempunyai hak untuk suarakan apa sahaja yang dirasakan,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Dia Atilia yang menampilkannya sebagai teraju utama bersama Zamarul Hisham dan Almy Nadia.

Apa yang ManggOnline perasan, wajah kontroversi inilah yang kerap menghiasi drama di kaca televisyen. Biarpun kerap dilanda ombak kencang atau dikeji tanpa belas kasihan, namun rezekinya tidak pernah surut lantaran bakat dan komitmen yang ada pada dirinya.  Bagi Fasha semua yang berlaku adalah ketentuan tuhan dan hanya kesyukuran dapat dipanjatkan atas penghargaan yang masih ada walau sekelumit cuma.

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: