Fabrizio Meriahkan Anugerah Nagaswara

23 Nov

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Penyanyi lagu Cari Jodoh versi bahasa Inggeris, Fabrizio Faniello akan menghangatkan Nagaswara Music Awards 2010 di Jakarta Comvention Centre, Jakarta, Indonesia pada 7 Disember ini. Semestinya lagu itu bakal dipersembahkannya nanti.

Fabrizio akan berada di Indonesia mulai 3  hingga 12 Disember untuk mempromosikan lagu tersebut serta sebuah lagi lagu popular kumpulan Wali Band yang turut dialihbahasa ke Bahasa Inggeris iaitu Baik Baik Sayang.

Pengurus penyanyi kelahiran Malta dari syarikat Cap Sound, Manfred Holz memberitahu Mangga Online melalui BlackBerry Mesenger (BBM) pasal penglibatan penyanyi itu dalam acara anjuran syarikat rakaman yang semakin menyerlah itu. Adakah Fabrizio akan menyanyi secara duet dengan Wali? Tunggu saja nanti.

Wakil Mangga Online akan bersama-sama dalam acara itu dan akan membuat liputan menyeluruh dengan perkembangan terkini langsung dari Jakarta. Tunggu ya!

Nagaswara Music Awards (NMA) dengan moto Awarding Sesungguhnya itu adalah julung kali diadakan bagi mengiktiraf bakat seni artis yang bernaung dia bawah payung syarikat itu. Anugerah tersebut akan disiarkan secara langsung di kaca TV. Sesuai dengan kedudukan syarikat itu yang kini semakin gah pada usia 11 tahun.

Sekarang Nagaswara memiliki 372 artis semestinya anugerah tersebut bertepatan sekali. Banyak juga artis naungan syarikat ituyang popular di Malaysia antaranya Wali, Kerispatih, T2, Hello, Tompi, Armada dan lain-lain.

“Di antara mereka akan kita beri award sesuai dengan kategori yang telah dinilai dan diputuskan oleh juri,” kata jurucakap Nagaswata Music Group, Rahayu K kepada media di Indonesia.

Dia juga berharap acara itu akan menjadi acara tahunan bermula tahun ini.  Antara artis yang disenaraikan muncul pada acara itu ialah, Ruth Sahanaya, Titi DJ, Wali dan ramai lagi.

“Anugerah ini adalah penghargaan kita terhadap seniman muzik dan semua yang terkait dengan Nagaswara. Kita berharap dengan demikian, akan makin erat sinergi dan makin kuat semangat untuk terus mengembangkan industri dan produksi muzik,” tuturnya lagi.

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: