SOSEHSOSEH: Adik Azad Jasmin Meninggal Raya Ketiga

23 Nov

KETIKA umat Islam sibuk menyambut sambutan hari raya Aidiladha, Rabu lalu, penyanyi dan pelakon komedi, Azad Jasmin terpaksa menerima hakikat adiknya kembali ke rahmatullah pada raya ketiga.

SS terkejut mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar Azad memberitahu adiknya, Nizar Jeffri, 31, anak ketiga daripada empat beradik meninggal dunia di rumah ibunya di Pulau Pinang. Bedah siasat mengesahkan adiknya mengidap penyakit paru-paru berair. Lebih menyedihkan, Azad sempat beraya bersama Nizar di rumah adik iparnya yang juga penjaga gol Perak, Megat Amir Faizal pada raya kedua di Ipoh.

Sehari selepas Azad pulang ke rumahnya di Puchong, dia menerima panggilan telefon daripada adik perempuannya mengatakan Nizar sudah tiada dan meninggal sewaktu tidur.

Pemergian Nizar membuatkan keluarganya termasuk ibu pelakon filem dan drama itu benar-benar sedih. SS difahamkan, ibunya tidak lalu makan dan tidak sanggup melihat beg atau barang milik adiknya yang meninggal mengejut. Malah, hatinya masih terasa kerana sebelum ini bapa Azad meninggal pada raya pertama Aidilfitri. Adiknya selalu menyebut mengatakan satu hari dia akan menjadi pelakon seperti Azad. Baginya, Nizar salah satu inspirasi terbesar dalam kariernya sebagai pelakon kerana mempunyai cita-cita tinggi dan suka mencuba sesuatu yang baru.

Bahkan, hajat Azad menyaksikan gandingan bersama Nizar sebagai adik abang sebagai ketua dan adik gangster dalam filem baru bertajuk Kongsi akan ditayangkan Februari tahun depan juga tidak kesampaian. Pengarah filem berkenaan, Farid Kamil serta teman wanita Azad, Eira Syazira dan pelakon, Shaheizy Sam turut terkejut dengan pemergiannya kerana kenal rapat dengan Nizar. Bagi pihak SS mengucapkan takziah atas pemergian adiknya itu. Ajal, maut, jodoh semua di tangan Allah dan Azad akur dengan pemergiannya.

Harian Metro

One Response to “SOSEHSOSEH: Adik Azad Jasmin Meninggal Raya Ketiga”

  1. Firdaus Hussain November 24, 2010 at 6:21 pm #

    Al-fatihah!!!!!
    You always in our heart!!!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: