SOSEHSOSEH: Belajar Cara Betul Solek

23 Nov

PEMBABITAN jurusolek dalam bidang hiburan tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya.

Baik untuk sesi fotografi, rakaman program hiburan serta pembikinan drama dan filem, khidmat jurusolek sangat diperlukan bagi menonjolkan penampilan artis. Khas bagi memberikan tip kepada orang ramai yang menggemari bidang solekan dan andaman, jurusolek artis terkenal, Muhamad Shahrul Azlan Abdul Rauf atau lebih dikenali sebagai Deq Sha akan mengadakan kursus solekan dan andaman pada 27 dan 28 November ini bertempat di Holiday Villa@D-Villa, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Kursus andaman berkenaan dikendalikan sendiri oleh Deq Sha yang berpengalaman luas dalam bidang solekan yang pernah menata rias wajah glamor seperti Erra Fazira, Fasha Sandha, Ayu Raudhah, Nurul Wahab, Fauziah Latiff, Ziana Zain dan Scha Al-Yahya.

Katanya, kursus berkenaan merangkumi semua aspek di mana peserta diajar mendalami semua teknik andaman yang terkini.

“Untuk memastikan peserta lebih memahami, kursus ini tidak hanya memberi penerangan secara teori, tetapi juga praktikal supaya peserta dapat melihat sendiri kesannya secara visual.

“Peserta juga akan mendapat sentuhan secara ‘personal’ daripada saya untuk mempelajari semua teknik andaman yang menarik,” katanya.

Katanya, kursus berkenaan juga akan mendedahkan peserta yang berminat untuk menjadikan jurusolek sebagai satu kerjaya tetap atau sambilan. “Saya juga akan memberi tip cara menyolek pengantin bertudung kepada peserta. Kita juga menyediakan cenderamata kepada peserta,” katanya.

Katanya, pada yang berminat, yuran penyertaan dikenakan cuma RM800 setiap seorang dan kursus diadakan selama dua hari. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Sharifah di talian 012-6490405 atau 019-3495383.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: