SOSEHSOSEH: Suami Anak 3 Kejar Aktres Ketika Umrah

24 Nov

ARTIS bercinta dengan suami orang bukanlah cerita mengejutkan kerana sering kita dengar skandal mereka hingga ada yang dituduh sebagai perosak rumah tangga orang.

Teman SS ingin berkongsi cerita mengenai aduan seorang isteri dari Johor mendakwa suaminya sudah angau dilamun cinta dengan pelakon jelita. Difahamkan, pada mulanya wanita itu hanya mengesyaki suaminya ada hubungan dengan wanita lain tetapi apabila ditanya dengan suami, tidak mengaku.

Bagaimanapun, naluri isteri ini begitu kuat dan bukti sudah nyata apabila melihat gambar suaminya bersama artis itu dalam telefon bimbitnya. Tidak cukup dengan itu, nombor telefon artis itu juga ada dalam simpanan suaminya.

Apa lagi, isteri pun bertanya kesahihannya dan suami mengaku memang benar dia menjalin cinta dengan artis itu. Malah kata suami wanita itu, artis jelita berkenaan memilih dirinya walaupun dia menjadi buruan ramai lelaki kenamaan dan kerabat apabila mendapat petunjuk ketika menunaikan umrah, baru-baru ini.

SS tidak tahulah apa kelebihan suami wanita itu hingga menjadi pilihan artis itu. Tapi itu dakwa lelaki berkenaan, siapa tahu artis itu pula hanya menganggapnya sebagai kawan atau sekadar menggunakan dirinya untuk kepentingan sendiri. Sebagaimana cerita wanita itu, suaminya memang suka berkawan dengan artis kerana sebelum ini pernah rapat dengan pelakon wanita tetapi kali ini membabitkan artis lebih popular dan jelita.

Kalau ikut paras rupa, katanya, suaminya boleh tahanlah dan kelebihan lain, pandai mengayat hingga wanita cair dengan kata-katanya. Selain itu, suaminya juga murah hati menghadiahkan kereta mewah atau bercuti bersama dengan penerbangan kelas pertama walaupun hakikatnya dia bukanlah lelaki kaya.

Apa yang membuatkan wanita itu dalam dilema kerana suaminya memberi kata dua. Jika dia cuba mengganggu artis jelita itu, dia akan diceraikan. Bagaimanapun, wanita itu ingin kepastian dari artis berkenaan apakah benar-benar sukakan suaminya dan ingin berkahwin dengan suaminya. Apa yang mengejutkan SS, wanita itu mengatakan dia dan suami tinggal berjauhan. Dia di Johor dan suami di Kuala Lumpur dan ada masa, suami balik bertemu isteri dan tiga anak mereka. Wanita itu juga tidak tahu di mana suaminya tinggal dan apa pekerjaannya di Kuala Lumpur.

Dalam hal ini, SS nasihatkan wanita itu supaya meminta bantuan orang tengah untuk berbincang secara baik dengan suaminya. Janganlah hidup dalam bayangan ugutan suami kerana dalam perkahwinan, kejujuran dan saling menghormati itu penting.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: