Borak Lokasi: Emmy Seronok Kerja Dengan Razak

25 Nov

PADA usia masih muda iaitu 22 tahun, Noor Emerial Syarieatheey Mohamad, 22, atau Emmy sudah diberikan tugasan mencabar sebagai Pembantu Pengarah 2.

Pemegang Diploma Jurusan Filem dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM yang berasal dari Pahang ini bertuah kerana terlebih dahulu diberi pendedahan menjalani latihan praktikal dengan Prof Madya A Razak Mohaideen sebelum diserapkan sebagai kru tetap.

“Saya baru setahun didedahkan dengan kerja sebagai Pembantu Pengarah 2. Ketika praktikal dulu, saya diberikan jawatan sebagai Penyelia Skrip dan terbabit dengan drama Otai The Series untuk TV9. “Lama jugalah saya buat kerja itu untuk tujuan belajar. Apabila ilmu dirasakan sudah mencukupi, barulah saya dinaikkan ke jawatan sekarang menerusi filem Raya Tak Jadi.

“Peranan Pembantu Pengarah 2 sebenarnya lebih terarah kepada kerja pejabat untuk menyediakan wardrobe artis, konti dan ‘call time’ untuk mereka. “Biasalah, pengalaman bekerja dengan artis, ada yang cerewet dan ada yang tidak. Di lokasi saya terbabit dalam penyediaan skrip untuk artis. Kadangkala pengarah nak tukar skrip pada saat-saat akhir, sayalah yang kena siapkan.

“Seperti biasa apabila filem membabitkan pelawak, kadangkala mereka berlakon tak ikut skrip kerana skrip hanya sebagai panduan. Jadi, peranan saya ialah kena salin semula dialog yang dituturkan untuk suntingan. Sukar juga kerana saya perlu cepat menangkap dan salin untuk memudahkan kerja editor nanti,” katanya.

Kata Emmy, dia seronok bekerja dengan Razak kerana sudah faham caranya bekerja. Dia seorang pengarah yang baik dan akan bagi panduan kepadanya apa yang dikehendaki. “Kalau dia tak suka, dia akan terus cakap dan tak simpan. Saya lebih suka bekerja cara ini. Insya-Allah kalau ada peluang, saya nak majukan diri dan melangkah ke atas lagi. Tapi rasanya lambat lagi kerana masih banyak yang perlu dipelajari,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: