Borak Lokasi: Latiff Bangga Terbit 13 Filem

25 Nov

WALAUPUN baru empat tahun ditubuhkan, Penerbit Eksekutif LineClear Motion Pictures Sdn. Bhd, Abdul Latiff Mohaideen, berbangga dengan kemampuan syarikatnya menerbitkan 13 filem.

Lebih membanggakan, filem terbaru, Bujang Terlajak adalah pelaburan mereka sepenuhnya berbanding sebelum ini bekerjasama dengan Grand Brilliance Sdn. Bhd. (Primeworks Studios) dan KRU Motion Pictures.

“Sekarang kami bekerjasama dengan Golden Screen Cinema (GSC) selama 2 tahun bagi menghasilkan 3 filem. Kami berterima kasih kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang menyalurkan dana menerusi Dana Industri Kreatif dalam menerbitkan filem ini. Sokongan dari agensi kerajaan memang begitu membantu penerbit seperti kami.

“Sebelum ini kami begitu susah untuk buat pinjaman kerana industri filem dikatakan sukar untuk menjana keuntungan. Jadi, kami rasa bertuah sangat apabila diberikan peluang ini. Kami merancang untuk menghasilkan pelbagai jenis filem selepas ini dan bukannya filem komedi sahaja.

“Namun cabaran untuk buat filem komedi seperti Bujang Terlajak bukannya mudah kerana nak bagi orang ketawa memang susah berbanding buat orang menangis. Menghasilkan filem sebegini sebenarnya usaha yang lebih ‘stress’. Jadi sebagai formula untuk menarik penonton, kami tampilkan Saiful Apek yang digandingkan dengan pelakon komedi lain serta Fazura untuk kelainan.

“Kami bukannya sesuka hati buat filem komedi, sebaliknya tengok perkembangan semasa apa yang disukai penonton dan kumpulan sasaran. Faktor yang dilihat sebelum buat filem ialah pelakon yang mantap, pengarah berkaliber serta bajet bersesuaian. Dengan cara itu, barulah sasaran kami akan tercapai.

“Sebagai pembikin filem, kami akan sentiasa mendengar suara hati penonton. Tapi pada masa sama, kami juga akan sentiasa melihat peluang yang terhidang depan mata. Filem Bujang Terlajak akan diedarkan Alternate Pictures manakala Wayang Studios International Sdn. Bhd. pula antara rakan kongsi,” katanya.

Harian Metro

One Response to “Borak Lokasi: Latiff Bangga Terbit 13 Filem”

  1. aina November 28, 2010 at 6:33 pm #

    betul ke latiff mohaideen ada scandel gan pempuan india… n btl ke line clear adalah syarikat penipu…byk yipu artis baru

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: