Dua Kisah Cinta Sejati

25 Nov

DI MANA ada cinta, di situlah derita, pengorbanan, cemburu dan air mata.

Begitulah ungkapan cinta yang sering didengari ataupun dilafazkan. Menerusi jenama Inspirasi Wanita, TV3 mempersembahkan dua kisah cinta romantis menerusi slot Akasia dengan Seribu Kali Cinta manakala slot Lagenda, kisah Putera Katak. Ia bakal menarik perhatian dengan perjalanan cinta Nizam dan Miasara yang penuh dugaan serta nasib Putera Amar dalam mencari cinta sejatinya. Seribu Kali Cinta yang dijayakan pasangan kekasih Kamal Adli dan Intan Ladyana, bersiaran sebanyak 24 episod, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang bermula 15 November lalu.

Drama cinta romantis ini mengisahkan kesungguhan Nizam (Kamal Adli) dalam membuktikan cintanya terhadap kekasihnya, Miasara (Intan Ladyana) yang mengalami sindrom amnesia.

Nizam pada asalnya mahu bercuti di Pulau Aman, terpikat dengan Miasara di situ. Walaupun mereka serasi bersama, apa yang dilakukan Miasara pada hari ini akan dilupakan pada hari esoknya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat.

Baginya, Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibu bapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu mereka pun menasihatinya agar melupakan hasrat untuk mengahwini Miasara.

Nizam tekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadis idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan hubungan mereka. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun masih tiada perubahan dalam memulihkan keadaannya. Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan yakin dengan naluri hatinya yang dia amat menyayangi Miasara. Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai suami yang terpaksa melayan kerenah isteri yang akan melupakan siapa dirinya setiap pagi?

Saban hari, Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, bingung dan kekalutan.

Seribu Kali Cinta diarahkan Haris Kadir dan diterbitkan Rozie Othman dari produksi SRS Production Sdn Bhd.

Ia turut dijayakan Norkhiriah, Cat Farish, Marsha Milan Londoh, Rozie Othman, Abu Bakar Omar, Aida Haleda, Shaharuddin Thambi, Idris Mat Diah, Sheila Mambo dan Priya Ana.

Putera Katak pula tampil mengambil tempat Ulek Mayang menerusi slot Lagenda yang berakhir hari ini. Drama ini diadaptasi dari cerita dongeng The Frog Prince dan menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang mulai 29 November ini.

Dalam drama ini, akan membawa penonton ke alam fantasi dan magis Putera Amar menemui cinta sejatinya sekali gus membebaskan dirinya daripada sumpahan.

Putera Amar lakonan Zizan Nin, disihir kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) menjadi katak tetapi kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.

Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela Trisha (Nora Danish) yang sukakan haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.

Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya.

Apabila Puteri Ixora mengetahui rancangan Puteri Zadora, dia datang ke bumi untuk membunuh Amar.

Bagaimanakah Putera Amar dapat memberitahu Trisha tentang identiti sebenarnya?

Adakah mereka ditakdirkan untuk bersama?

Saksikan kisah cinta Amar dan Trisha melalui siri Putera Katak yang diterbitkan Talisman Pictures ini dan diarahkan Adam Hamid manakala skripnya oleh Sharifah Abu Salem.

Siri 20 episod ini membariskan pelakon popular seperti Nora Danish, Zizan Nin, Fazren Rafi, Norseha dan Bia Rameshan serta dibantu Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab dan Mak Jah.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: