Pengalaman Taraf VIP

25 Nov

SELEPAS muncul antara minuman paling digemari di seluruh dunia, kini Coca-Cola melangkah setapak lagi dengan memberi peluang kepada pengguna dan bakat baru dalam dunia muzik untuk mendapat pengalaman bertaraf VIP di mana-mana konsert di seluruh dunia.

Peluang juga dibuka untuk menyertai lawatan VIP ke studio rakaman berkaitan promosi Singing Can dan rancangan realiti Kawanku Bintang Cola-Cola. Inisiatif terbaru ini mempertingkatkan usaha pembabitan Coca-Cola yang lama dalam bidang muzik dan industri muzik di negara ini, melalui penganjuran konsert pada peringkat tempatan dan antarabangsa, penerbitan program realiti, pemberian alat pemain muzik dan pengenalan produk inovatif yang mencuit hari seperti Singing Can.

Kempen Coca-Cola yang terbaru menerbitkan program realiti bahasa Melayu, Kawanku Bintang Coca-Cola, sebanyak lima episod menampilkan kemahiran peserta dalam bidang seni suara di bawah penyeliaan dan latihan yang diberikan oleh Coca-Cola Dream Team. Bagi menzahirkan impian itu, Coca-Cola bekerjasama dengan TV9 menyiarkan program realiti itu. Pengurus Kanan, Kumpulan Khidmat Pelanggan, Media Prima Berhad, Crystal Lee, berkata, semua peserta dilatih oleh jurulatih dan pembimbing profesional termasuk veteran dan mentor dalam industri muzik. Mereka adalah penerbit dan komposer, Helen Yap, perunding penampilan, Peter Lum dan penyanyi terkenal, Juwita Suwito. “Mereka berkongsi teknik bernas untuk mencapai status bintang. Format rancangan realiti ini tidak berasaskan konsep penyingkiran di mana setiap minggu dua peserta akan mendapat peluang keemasan untuk dididik oleh Coca-Cola Dream Team dalam aspek vokal, koreografi, penggayaan dan penampilan atas pentas untuk merealisasikan potensi mereka sebagai seniman profesional.

“Selepas mengikuti sesi latihan itu, barulah semua peserta akan bertarung pada episod terakhir rancangan bersiri itu,” katanya.

Tambah Lee, gabungan TV9 dan Coca-Cola buat kali pertama ini diharapkan dapat membina sesuatu yang menarik dan unik dalam mengharungi usaha mencapai transformasi mantap dalam pelbagai aspek. “Bertepatan misi TV9 untuk menjadi lebih segar dan bertenaga, progam ini amat sesuai sekali untuk memperluaskan jumlah penonton serta menarik lebih ramai penonton muda,” katanya. Program realiti ini akan turut dipromosikan melalui program dalaman TV9 iaitu Nasi Lemak Kopi O, Galaksi, Chopp!! dan Berita TV9. Ia juga akan diuar-uarkan di laman sosial seperti di Facebook dan Twitter di mana orang awam boleh berinteraksi secara langsung dengan stesen televisyen. Peserta program ini terdiri dari empat penyanyi solo, Mohd Amir Iqram (Bo), Nur Asnida Azhar (Shida), Fatimah Nazirah M Ashari (Fatimah) dan Nini Arzieana (Nini). Satu kumpulan duet iaitu Wanted Symphony dan tiga band, Ask Me Again, Brownees dan Statik.

Mereka akan menunjukkan kebolehan depan juri penghakiman, Yuna, Noh Hujan dan Aubrey Suwito. Ganjaran lumayan yang disediakan kepada pemenang iaitu hadiah utama yang menawarkan hadiah wang tunai RM15,000 dan anugerah Pengalaman Muzik Paling Gempak, termasuk dua tiket VIP untuk menghadiri konsert di mana-mana tempat di dunia serta pengalaman mengikuti lawatan VIP ke studio rakaman muzik. Pemenang tempat kedua dan ketiga, masing-masing akan menerima wang tunai, RM10,000 dan RM5,000. Kawanku Bintang Coca-Cola dihoskan Cheryl Samad dan Qi, pelakon Blogger Boy dan Destinasi Bajet. Program ini mula bersiaran, 28 November ini, setiap Ahad, jam 10 malam di TV9.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: