Sherry Masih Solo

25 Nov

KETIKA ramai anak muda berminat mencuba bakat lakonan, lain pula pilihan hala tuju pelakon wanita, Sherry Ibrahim.

Sejak enam bulan lalu, Sherry selesa terbang ke pelbagai destinasi antarabangsa sebagai pramugari selepas empat tahun berkecimpung dalam lakonan.

Dia kini menyertai syarikat penerbangan Qatar Airways berpangkalan di Doha.

Sebelum ini, Sherry bertugas bersama Malaysia Airlines (MAS) selama lima tahun.

Sherry, 27, berkata, kerjaya diminati dibuat atas minat mengetahui budaya luar dan mencuba pengalaman baru di negara orang lain.

“Selepas empat tahun berlakon, saya mahu menimba pengalaman baru bertemu pelbagai jenis bangsa asing.

Setakat ini, tugasan dilalui sangat menggembirakan.

Qatar negara Islam memiliki budaya berbeza dan sekarang cuacanya sangat panas.

“Lagipun, kehadiran rakan baru tinggal serumah, Elisha berasal dari Bombay, India membuatkan kehidupan harian tidak bosan.

Kami sering bertukar pandangan dan banyak belajar budaya satu sama lain.

“Bukan itu saja, syarikat penerbangan berkenaan membekalkan kami segala-galanya dengan barangan peribadi kegunaan sendiri seperti cadar, tilam, langsir termasuk sudu garpu.

“Peraturan menginap di rumah disediakan sangat ketat.

Kami tidak boleh keluar rumah 12 jam sebelum penerbangan seterusnya.

Pergerakan keluar masuk rumah kami dikawal ketat 24 jam oleh kamera litar tertutup.

“Jika melanggar tempoh peraturan, kami berdepan hukuman keras diberhentikan kerja serta-merta,” kata Sherry yang ditemui pada majlis persandingan Elyana dan Khairul Anuar Hussin di Duchess Place, Sabtu lalu.

Sebagai rakan baiknya dan pernah bergandingan bersama dalam filem Dunia Baru dan Renjis, Sherry sanggup datang ke Kuala Lumpur dari Doha bagi menghadiri majlis persandingan itu.

Kata Sherry, dia terkejut masih mendapat tawaran berlakon yang diterima melalui e-mel walaupun sudah setengah tahun tidak berada di mana-mana majlis atau lokasi penggambaran.

“Mereka mungkin tidak tahu.

Ini profesion baru periuk nasi saya.

Pilihan ini dilakukan tanpa dipengaruhi sesiapa.

Ini dunia baru yang membuatkan saya lebih matang.

Sekalipun bergelar pramugari kelas ekonomi, saya akan bekerja keras mahu mendapatkan status baru mengendalikan kelas perniagaan dalam masa beberapa bulan lagi,” katanya.

Mengenai status dirinya, Sherry yang pernah bercinta dengan pelakon Ashraf Muslim berkata, dirinya masih solo dan hatinya belum dimiliki.

Katanya, dia juga belum bersedia menjalin hubungan dengan sesiapa kerana mahu fokus terhadap karier pramugari.

“Lebih menarik, saya dan Elyana pernah cabar mencabar satu sama lain di lokasi siapa akan kahwin dulu.

Saya lega Elyana menemui jodoh lebih awal dan tahniah kepadanya,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: