SOSEHSOSEH: Artis Perasan Kena Sindir

25 Nov

TIDAK serik-serik artis ini dengan kenyataan yang tidak masuk akal di laman sesawang peribadi miliknya. Kadang kala kenyataannya melalui laman sosial itu berkisar kepada kehidupan peribadi dirinya selain situasi yang berlaku dalam dunia seni.

Selepas satu kenyataan demi kenyataan yang ditulis dalam laman sosial, macam tiada orang lain yang hendak membacanya. Hakikatnya, terang-terang laman berkenaan dihubungkan dengan ribuan rakan dan kenalan daripada dalam dan luar negara.

Kata seorang teman kepada SS, mereka yang sering membuat kenyataan yang tidak berasas di laman sosial mereka, secara tidak langsung mencerminkan sikap dan peribadi seseorang. Jadi, bolehlah dikatakan, apa yang diluahkan itu menggambarkan tingkah lakunya yang negatif.

SS hanya mampu geleng kepala apabila membaca kenyataan artis mengenai luahannya ketika mendengar ceramah agama. Dalam kenyataan menerusi laman sosial itu, dia memaklumkan penceramah yang memberi ceramah ilmuan itu menyindir dirinya. Eh! eh! terasa pula. Tapi hendak buat macam mana, seperti kata pepatah, siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya. SS tidak tahulah apa sebenarnya tujuan artis itu berkata demikian. Bagi SS, kalau sudah mendengar ceramah, beri tumpuan kepada apa yang diperkatakan. Jangan pula sibuk bermain telefon atau mengeluarkan kenyataan bukan-bukan. Mungkin juga pengisian ceramah itu, ada mengusiknya, tapi janganlah cepat melatah sebaliknya jadikan iktibar dan pedoman pada masa akan datang. Setahu SS, zaman sekolah dulu ustaz yang mengajar Pendidikan Islam selalu mengingatkan supaya sentiasa fokus ketika mendengar ceramah agama. Begitu juga apabila mengerjakan solat Jumaat. Menurut ustaz itu, solat Jumaat lengkap apabila mendengar khutbah dengan tumpuan. SS bukan apa, SS sendiri bukan hebat sangat soal agama cuma mengingatkan saudara sesama islam.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: