SOSEHSOSEH: Terjebak Cinta Lokasi

25 Nov

MULUT kata lain, hati pula cakap lain. Begitulah senario yang biasa berlaku dalam industri seni kita. SS faham sangat dengan perangai artis yang sentiasa nak menafikan kebenaran perkara yang dilalui mereka.

Kadangkala SS tergelak sendiri mengenangkan telatah mereka yang bermati-matian nak ‘coverline’ daripada pengetahuan pihak media. Pelik tapi benar, itulah fenomena yang sinonim dengan dunia artis. Agaknya kalau lubang cacing boleh dijadikan tempat menyorok, mereka pasti akan pilih tempat itu untuk menyembunyikan diri. Begitulah hebatnya sandiwara semasa yang sering dicetuskan golongan bernama artis.

Seperti kisah yang heboh diperkatakan mengenai pasangan artis yang terjebak cinta lokasi sekarang. Mulanya mereka digandingkan dalam sebuah drama bersiri, tapi ketika itu masing-masing tidak mempunyai perasaan cinta terhadap satu sama lain. Tambah pula si hero dikatakan sudah ada perempuan lain yang turut berlakon siri itu.

Bagaimanapun kerana halangan tertentu, si hero terpaksalah berpatah arang berkerat rotan dengan kekasihnya manakala si heroin pula selesa dilihat berseorangan, namun sempat juga mencetuskan kekecohan apabila ‘test market’ merebut kekasih orang.

Selepas itu si hero dikatakan berkasih dengan pelakon lain pula, tapi dia tetap nafikan. Namun mungkin kerana masin mulut peminat yang selama ini suka melihat mereka sebagai pasangan ideal serta keserasian mereka dalam lakonan, pasangan ini mula dikatakan bercinta apabila gambar mereka berpimpin tangan tersebar luas menerusi internet.

Macam biasalah, apabila ditanya pada empunya diri, masing-masing mencari jalan mengelak perkara itu dari diperkatakan. Kadangkala SS hairan kerana apa yang ditakutkan sangat kerana mereka masih solo dan bukannya menjadi milik sesiapa. Nak dikatakan bimbang populariti terjejas pun, rasanya tak juga kerana peminat sekarang sudah terbuka mengenai status seseorang artis. Dari satu sumber, SS diberitahu pasangan ini memang sedang menyemai benih-benih kasih sekarang. Jadi kenapa mereka beria-ia sangat nak menafikan perkara itu dari pengetahuan media dan masyarakat? Apabila pilih jadi artis, mereka perlu bersedia menerima pelbagai dugaan dalam karier.

Dalam pada itu, SS sering dengar aduan rakan-rakan mengenai kesukaran si heroin ini yang susah memberikan kerjasama apabila hendak diadakan sesi fotografi. Alasan diberi, kononnya tidak gemarkan publisiti berlebihan serta macam-macam lagi. SS juga dengar, dia liat beri kerjasama untuk promosi drama yang diterbitkan syarikat produksi. Jika macam itu gayanya, SS anggap dia seperti menggali kubur untuk dirinya sendiri.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: