Stacy Gementar Atas Pentas

25 Nov

PERTAMA kali beraksi dalam persembahan pentas bersama idolanya, Jaclyn Victor,
32, atau Jac membuatkan juara Akademi Fantasia musim keenam AF6, Stracie Angie Anam, 20, (Stacy) berasa gementar. Apatah lagi diberi peluang menjayakan program
hiburan khas yang menggandingkan mereka.

Stacy mengakui cukup mengagumi bakat nyanyian Jac malah menyifatkan pemilik suara lantang itu berada dalam senarai antara penyanyi idolanya sejak membabitkan diri dalam dunia seni tiga tahun lalu.

“Memang saya sangat teruja untuk berkongsi pentas bersama Jac. Pada saya, Jac adalah penyanyi senior yang hebat.

Apabila mendapat peluang begini, sudah pasti saya tidak mahu melepaskannya.

“Tidak dinafikan, perasaan gementar memang ada sejak latihan sehingga proses rakaman bermula. Begitupun, Jac banyak membantu dan memberi bimbingan ketika menjayakan persembahan ini. Dia juga tidak lokek ilmu. Saya selesa berkerja sama dengannya.

“Sebelum ini, saya pernah menyanyi bersama Jac ketika konsert Jom Heboh tiga tahun lalu. Ketika itu saya baru tamat AF6. Kami menyanyi lagu rancak beramairamai.

Keadaan ketika itu berbeza daripada konsert ini.

“Untuk persembahan ini, pemilihan lagu jauh berbeza.

Kebanyakan lagu saya nyanyikan berentak perlahan dan balada. Walaupun saya lebih dikenali dengan lagu rancak, saya juga gemar menyanyikan lagu balada. Saya harap peminat juga dapat menerima nyanyian dalam rentak balada,” katanya.

Gandingan Stacy dan Jac mudah serasi. Mereka menyampaikan lagulagu hits masingmasing menerusi rakaman program yang berlangsung di Studio Satu, Astro barubaru ini.

Untuk segmen solo, Stacy menyanyikan lagu Di Bawah Pohon Asmara manakala lagu medley, Aku Stacy, Gagap, Pakai Buang dan Jahat. Stacy turut berduet dengan Jac menerusi lagu Jatuh Cinta dan Primadona.

Persembahan solo Jac pula menerusi lagu Put It In A Love Song, Bertamu Di Kalbu dan Cinta.

Selain membabitkan bintang AF dan penyanyi popular tanah air, program hiburan ini menampilkan keunikan tersendiri.

Setiap lagu dipilih berdasarkan perbincangan bersama. Persembahan turut diiring band yang diketuai Sham Kamikaze.

Program ini bakal disiarkan di Astro Ria (saluran 104) pada pertengahan Disember ini.

Berbicara mengenai perkembangan karier seni pula, Stacy yang tampil dengan single pertama, Aku Stacy kini dalam perancangan mengumpulkan bahan untuk album keduanya.

Jika tiada aral, album berkenaan dijangka berada di pasaran selewatlewatnya pertengahan tahun depan.

Walaupun dikenali dengan lagu berentak rancak, gadis kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu tidak menolak untuk muncul bersama beberapa lagu baru berentak balada untuk dimuatkan dalam album terbarunya nanti. Sebagai penyanyi, dia perlu bersedia menyahut cabaran dan membuktikan mampu menyanyikan pelbagai rentak lagu.

“Peminat sudah mengenali saya sebagai penyanyi lagu rancak. Penerimaan peminat juga memberangsangkan.

Begitupun, ketika di AF dulu saya banyak menyanyikan lagu berentak perlahan atau balada,” ujar Stacy.

Dia turut merancang merakamkan lagu duet bersama abangnya, Camellus De’lelli Anam atau Chaq selain mahu berjinakjinak dalam penulisan lirik. Biarpun kurang mahir, dia akan cuba mendapat nasihat dan bimbingan daripada rakanrakan dan komposer yang mahir.

Menurutnya, sikap ingin mencuba menulis lirik itu didorong fenomena industri muzik kini dan galakan daripada rakanrakan.

Walaupun menyedari dirinya tidak begitu berbakat dalam penulisan, jika tidak mencuba dia tidak tahu.

“Keinginan untuk menghasilkan lirik sudah lama saya pendam.

Cuma belum berkesempatan melakukannya. Mungkin saya akan mendapat panduan dan nasihat daripada mereka yang pakar dalam bidang ini,” katanya.

Sementara itu, Jac yang popular dengan lagu Ku Tak Bisa turut memuji bakat seni Stacy.

Pada usia muda, Stacy dilabel antara artis yang cukup menonjol dalam dunia seni tanah air.

Setiap kali menjayakan persembahan, dia sering mempamerkan aksi bertenaga dan menghiburkan. Bukan hanya boleh menyanyikan lagu rancak, dia juga seorang penyanyi versatil kerana kemampuannya menyanyikan pelbagai rentak.

“Seorang penyanyi yang bagus boleh menyanyikan pelbagai rentak dan irama lagu.

Walaupun ramai yang mengenali Stacy dengan lagu rancak, saya tetap mengagumi Stacy menyanyikan lagu berentak perlahan.

“Ketika menyanyi lagu Angel pada Festival Filem Malaysia ke22 (FFM22) tahun lalu, nyanyiannya dengan cara tersendiri itu ternyata menyentuh perasaan penonton yang hadir. Tidak dinafikan, dia antara bintang AF yang berpotensi besar,” kata Jac yang meraih gelaran juara Malaysia Idol 2004.

Jac pula tidak sabar menantikan maklum balas peminat mengenai satu projek album khas Tiga Suara membabitkan dirinya bersama penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura dan Shiela One In A Million (OIAM) yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

Rakaman berlangsung Mac lalu, diilhamkan Kevin Chin dan membabitkan produser dari negara jiran. Album yang mengandungi 10 lagu dijangka di pasarkan di Singapura, Indonesia dan Malaysia.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: