Disember Di Disney Channel

26 Nov

SALURAN popular, Disney Channel Astro (615) sering menyiarkan program menarik untuk tatapan pelbagai lapisan masyarakat.

Justeru, sepanjang Disember ini beberapa himpunan program menarik bakal disiarkan menerusi saluran Disney.

Bermula dengan tayangan perdana program menarik, Den Brother yang disiarkan pada Ahad (5 Disember) jam 7.30 malam. Berkisar kepada Hutch Dano yang membintangi rancangan Disney Channel Original Movie sebagai Alex Pearson, seorang pemain hoki terkenal yang mementingkan diri sendiri. Selepas berlaku kejadian di luar jangkaan, Alex terpaksa melupakan egonya dan menjadi ketua ganti untuk pasukan Bumble Bee adiknya Emily.

Seterusnya saksikan tayangan drama muzikal menarik, Pair of Kings pada 19 Disember jam 5.30 petang. Dibintangi pelakon popular Disney Channel Mitchell Musso (Oliver dalam Hannah Montana) dan Doc Shaw (Marcus dalam The Suite Life on Deck) drama komedi ini pastinya tayangan menarik.

Ikuti pengembaraan pasangan kembar yang terpaksa berpindah daripada rumah mereka di Chicago ke Pulau Kinkow selepas mendapat tahu mereka pewaris sah kepada sebuah kerajaan yang ganjil. Kedua-dua raja remaja ini mungkin tidak bersedia menangani sebuah kerajaan yang dipenuhi pantang-larang dan adat istiadat yang pelik.

Tayangan Krismas Disney pula menyaksikan beberapa program menarik seperti High School Musical 2 pada 24 Disember jam 10 pagi diikuti Finding Nemo (12 tengah hari), Phineas and Ferb Christmas Special (1 tengah hari) serta Pucca: Funny Love (2 petang). Tidak ketinggalan filem menarik seperti Mt Bean: LA jam 2 petang, George of the Jungle (3.30 petang), High School Musical (2.30 petang) yang disiarkan pada 25 Disember. Tayangan Istimewa Malam Sebelum Tahun Baru pula menyaksikan drama menarik Ten Spectacular Things about Phineas and Ferb – rancangan Phineas and Ferb istimewa bermula 6 petang. Menariknya ia disiarkan selama lima jam dengan setiap episod mengandungi cerita menarik. Menerusi Disney Channel pula penonton dapat menyaksikan rancangan perdana Camp Rock 2: Rock Along jam 10 malam pada 25 Disember di mana penonton boleh mempelajari lagu hebat Camp Rock 2, secara karaoke. Untuk maklumat lanjut layari laman web http://www.disneychannel-asia.com

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: