Kuch Kuch Hota Hai Versi Melayu

26 Nov

MENONTON trailer drama 26 episod, Dia Atilia, langsung teringatkan filem Bollywood paling terkenal, Kuch Kuch Hota Hai (KKHH) arahan Karan Johar yang diterbitkan pada 1998.

Lakonan tiga ikon Bollywood, Shah Rukh Khan (Rahul Khanna), Kajol (Anjali Sharma) dan Rani Mukherjee (Tina) sebagai pelajar kolej begitu berkesan di hati. Mengambil inspirasi dari filem itu, Nusantara Seni Karya Sdn Bhd menerbitkan Dia Atilia yang peranan utamanya di pegang Zamarul Hisham (Faizal), Fasha Sandha (Atilia) dan Almy Nadia (Hani).

Perjalanan cerita diambil sepenuhnya kisah dalam KKHH. Meskipun Dia Atilia diinspirasikan dari KKHH, ia pasti akan menyentuh hati penonton dengan garapan cerita yang lebih sempurna dan dibuat dalam persekitaran budaya Melayu dan masyarakat setempat. Ditambah pula percintaan adalah perkara universal dan setiap manusia mencari cinta dalam hidup mereka.

Drama ini menggabungkan dua pengarah hebat, Samby Dinesh dan Adam Hamid. Mereka bersatu tenaga mengadunkan Dia Atilia dengan sebaik mungkin. Dia Atilia mengisahkan si tomboi Atilia dan Faizal sahabat baik di kolej. Keakraban itu menimbul rasa cinta di hati Atilia terhadap Faizal, tetapi Faizal pula menyukai rakan sekolej yang lebih jelita dan feminin daripada Atilia iaitu Hani.

Lantas, sebaik tamat pengajian di kolej, Faizal dan Hani berkahwin dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Amani. Jodoh suami isteri itu tidak panjang apabila Hani meninggal dunia selepas terbabit dengan kemalangan dalam usahanya untuk menyelamatkan Amani dari dilanggar kereta. Selepas bertahun tidak bertemu dengan Atilia, akhirnya Faizal dan Atilia bertemu semula yang tentu sekali mencuit kembali kenangan lama antara mereka berdua.

Menyentuh mengenai peranannya yang terpaksa menjadi pelajar kolej dalam usianya yang sudah menjangkau 39 tahun, jelas Zamarul, pada mulanya agak sukar juga. Bagaimanapun, atas dasar seorang pelakon profesional, apa saja rintangan akan cuba diatasinya asalkan watak Faizal itu dapat direalisasikan dengan baik.

“Sebaik saja membaca skrip, saya tahu jalan ceritanya sama seperti KKHH. Selama ini pun hobi saya suka menonton filem lakonan Shah Rukh Khan. “Kalau tiada penggambaran drama, saya mengisi masa lapang dengan menonton filemnya sambil belajar cara dia berlakon. Bagusnya menonton filem Hindustan ini kerana jalan ceritanya sarat dengan emosi, aksi dan lucu.

“Oleh itu saya menonton semula VCD KKHH untuk mendapatkan semangat Shah Rukh Khan sebagai pelajar kolej. Agak susah juga kerana usia sudah meningkat. Saya melihat wajah saya di cermin dan memikirkan bagaimana untuk berlagak seperti remaja semula. “Bagaimanapun, dengan bantuan pengarah dan gandingan pelakon yang bagus, Fasha dan Almy membuatkan saya dapat menjiwai watak itu dengan baik. Saya seronok berlakon dengan mereka berdua. “Penggambaran Dia Atilia yang berjalan selama lebih dua bulan menjadikan kami seperti adik-beradik. Cukup rapat dan bagaikan rakan sebaya,” katanya. Lokasi penggambaran di Kolej SeGi di Damansara, Unisel (Shah Alam), Ampang dan Ulu Langat. Fasha pula berkata, dia sudah menonton VCD KKHH sebanyak enam kali dan tidak pernah berasa jemu melihat aksi Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee. “Atilia adalah sepenuhnya karakter Kajol dalam filem itu dan saya jadikannya sebagai rujukan. “Peranan saya kali ini lain daripada watak yang saya pernah bawa dalam drama Natasha dan Chinta yang sering ditindas. “Bagaimanapun, kedua-dua watak saya itu meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton.

“Ketika Natasha sedang disiarkan, peminat panggil saya Natasha dan sekarang Chinta pula. Harap selepas ini mereka akan mengingati saya sebagai Atilia pula dan semoga Dia Atilia diminati ramai sebagaimana kedua-dua drama itu.

“Dia Atilia juga adalah sepenuhnya drama cinta dan tidak banyak tekanan jiwa,” katanya yang turut membintangi filem arahan Melissa Saila, Dari Kerana Mata. Jelas Fasha, ketika dia membawakan watak Atilia yang sedang belajar di kolej, dia tidak mengenakan secalit solekan pun. “Saya tidak berasa kekok berlakon dengan wajah tanpa sebarang solekan kerana itulah kehendak skrip. Jelas kelihatan wajah saya yang berminyak. “Mungkin ada yang tidak boleh berlakon tanpa disolek, tetapi saya tak kisah jika itu dapat memantapkan lagi jalan ceritanya. “Selepas saya bekerja sebagai guru, barulah saya bersolek untuk menampilkan imej kewanitaan,” katanya.

Zamarul dan Fasha ditemui pada sidang media drama itu Restoran Sri Puteri, baru-baru ini. Hadir sama Pengurus Saluran Astro Prima/Warna, Nizam Sani.

Nizam berkata, dia yakin Dia Atilia dapat memikat hati audien kerana kisah cinta begitu dekat di hati masyarakat kita. “Kali ini kita melihat KKHH dalam versi Melayu yang mengambil persekitaran masyarakat,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: