Muzik Aliran Baru Kuasai AJL25

26 Nov

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my


Barisan artis yang bakal mendendangkan 14 buah lagu di pentas AJL25 pada Januari depan.

SEBANYAK 30 buah lagu terbaik telah pun dipersembahkan melalui tiga siri peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 25 (MM25) yang diadakan selama tiga minggu berturut-turut bermula 8 November lalu.

Misi pencarian 14 buah lagu terbaik untuk diangkat menjadi pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) telah pun berjaya dilaksanakan apabila bahagian ketiga separuh akhir MM25 melabuhkan tirainya Isnin lalu.

Ternyata, kesemua 14 buah lagu yang mara ke AJL25 layak menerima pengiktirafan sebegitu kerana rata-ratanya dilihat cukup ampuh untuk bersaing di pentas berprestij tersebut.

Selaku ketua juri yang mengadili kesemua 30 lagu yang bertanding, Pengurus Besar Pembangunan Kandungan & Industri Primeworks Studios, Azhar Borhan menjelaskan, industri muzik tempatan kini melalui satu revolusi sehingga terhasil aliran muzik baru.

Katanya, genre pop alternatif mula mendapat tempat dalam industri hiburan Malaysia dan boleh dikatakan, separuh daripada lagu yang bertanding di peringkat separuh akhir MM25 mengetengahkan konsep seperti itu.

‘Jadi, tidak hairanlah jika dilihat senarai finalis yang mara ke AJL25 terdiri daripada mereka yang memperjuangkan genre itu.

‘Bagaimanapun, ia tidak bermakna juri menidakkan genre balada mahu pun genre lain. Namun kekuatan melodi dan lirik lagu yang layak ini tidak mampu ditandingi oleh lagu yang tewas.

‘Apa pun, lagu genre lain tetap mampu bersaing. Contohnya, beberapa buah lagu berentak perlahan seperti Selamat Malam, Ku Ada Kamu dan Noktah Cinta turut terpilih antara 14 buah lagu tersebut,’ katanya pada sidang akhbar yang diadakan sejurus senarai lagu yang mara ke AJL25 diumumkan.

AJL25 ikut trend

Sementara itu, penerbit AJL25, Ahmad Saifullizam Arshad atau G-Bam memberitahu, penguasaan artis-artis indie yang tampil dengan lagu hasil ciptaan mereka sendiri dilihat sebagai satu perkembangan baik terhadap industri muzik Malaysia yang sebelum ini agak suram.

Kejayaan penggiat-penggiat indie dalam menongkah arus perdana muzik tempatan perlu diberi pengiktirafan kerana sekali gus mereka mampu merubah gelombang cita rasa peminat muzik tanah air.

‘Dua tiga tahun sebelum ini, peminat muzik lebih cenderung untuk meminati lagu-lagu balada yang mendayu.

‘Namun, selepas kehadiran artis-artis indie dengan sedikit perubahan dalam genre yang diperjuangkan, suasana muzik juga turut mengalami perubahan yang sama.

‘Itulah kelainan yang cuba ditonjolkan pada edisi kali ini kerana artis-artis seperti mereka membawa pembaharuan terhadap pengaruh muzik di negara kita,’ jelas G-Bam.

Mengulas lanjut mengenai isu itu, G-Bam menambah, artis-artis indie mempunyai daya kreativiti tersendiri yang membolehkan mereka mampu bersaing dengan komposer yang lebih berpengalaman di pentas AJL25.

Menjelang AJL25 yang bakal diadakan pada 9 Januari hadapan, G-Bam menjelaskan, keputusan akhir mengenai konsep, tema mahu pun lokasi pertandingan tersebut masih belum diputuskan.

Katanya, pihak penerbitan akan mengadakan mesyuarat akhir bagi tujuan itu sebelum mengumumkannya kelak pada satu sidang akhbar yang akan diadakan tidak lama lagi.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: