Roslan Shah Dapat Cincin RM12,000

26 Nov

DIHADIRI lebih 40 rakan artis, kenalan rapat dan VIP sambil menerima tajaan keseluruhan bernilai RM150,000, ia sudah cukup menggembirakan Roslan Shah.

Bukan cakap kosong namun inilah fakta bagi menggambarkan kemeriahan majlis sambutan ulang tahunnya yang ke-40 yang berlangsung di Restoran Cerana, Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bertemakan konsep Glamor Bling Bling, majlis yang sepatutnya diadakan pada 17 November lalu terpaksa diadakan pada 23 November bagi memberi laluan kepada sambutan Aidiladha. Kelihatan pada malam itu, rakan-rakan artis serta kenalan melaram sakan dengan pakaian cantik bagi memenuhi tema ditetapkan.

Hanya kesyukuran diluahkan pelakon filem Chu Kang itu apabila majlisnya begitu meriah dan meninggalkan impak begitu bermakna dalam hidup. “Sebenarnya saya tak bercadang pun nak buat majlis besar-besaran tapi atas permintaan penaja saya akur dan buat majlis ini seperti mana yang kita saksikan. Penaja yang terbabit ialah Restoran Cherana yang diwakili Kamal Datuk Lope dan isteri, Raja Zalina Raja Uda, Reefa Gold (Ramli Lazim), Ripple Teh Mate (YC Heng), Fren To Talk (Boy Iman), Aura Seri (Profesor Datuk Ibrahim dan isteri, Datin Ira Abdul Ghani) serta Jaza Global (Johari Buyung).

“Jumlah tajaan untuk tetamu yang datang RM80,000 di mana selain memberi buah tangan kepada tetamu, Ripple Teh Mate juga menaja tiket penginapan hotel termasuk makan minum selama 5 hari 4 malam di Shanghai, China.

“Manakala tiket ke sana untuk 3 pasangan iaitu 6 orang ditaja Jaza Global. Datin Ira pula bermurah hati menaja 10 hamper bernilai RM2,000 buat tetamu saya,” katanya.

Pada malam itu Roslan turut menggayakan kerongsang, gelang dan 2 bentuk cincin tajaan Reefa Gold bernilai RM70,000. Disebabkan itulah Reefa Gold sanggup mengupah dua pengawal peribadi untuk mengawasi pergerakan Roslan dari kejadian yang tidak diingini.

“Bukan saya saja nak tebal muka meminta semua ini tapi apabila orang nak beri, takkan kita nak menolak pula. Tambah terharu apabila Ramli menghadiahkan cincin permata berlian Ruby bernilai RM12,000 pada malam ini. “Memang satu rezeki dan kejutan buat saya. Sebagai penghargaan saya akan memakai cincin ini di setiap persembahan sebagai mempromosi jenama Reefa Gold.

“Pertemuan saya dengan YC Heng pula terjadi secara kebetulan ketika saya mengadakan satu persembahan. Mereka nampak kelebihan saya sebagai artis dan tertarik untuk menjalin kerjasama. Mereka lihat saya mudah mesra dengan sesiapa saja. Malah mereka bercadang nak buat sesi ‘road tour’ pula bagi produk Ripple Teh Mate bermula tahun depan.

“Insya-Allah saya takkan lupa jasa rakan-rakan artis lain terutamanya yang hadir pada malam ini dengan mengundang mereka untuk terbabit dalam persembahan. “Saya sebenarnya suka berkongsi rezeki dan tak mahu tamak seorang. Saya juga tak suka amalkan sikap busuk hati dan dengki-mendengki sesama rakan artis,” katanya.

Malah Roslan juga berterima kasih atas kesudian anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari hadir memeriahkan majlis itu. Sebelum ini syarikat Nouvelles Visages milik Datuk Sosilawati sering menaja majlis sambutan ulang tahun Roslan.

Majlis malam itu dihoskan oleh Zizan Raja Lawak bersama Didie Alias yang menceriakan suasana dengan keletah bersahaja mereka. Artis-artis yang hadir pula antaranya Dior, Nassier Wahab, Rohana Jalil, Datuk Salwa Abdul Rahman, Farawahida, Farahdhiya, Ifa Raziah, Razali Hussain, Fazli Zainal, Julfekar, Julie Dahlan, Jaafar Onn, Alyah, Shikin, Azza Elite, Erry Putra, Mas Omar, pengarah Mat London dan isteri serta ramai lagi.

Selain persembahan artis antaranya Farawahida, Farahdhiya, Razali Hussain, Fazli Zainal dan Alyah, turut diadakan cabutan bertuah dan anugerah pakaian Glamor Bling Bling yang dimenangi Ifa Raziah dan Julie Dahlan serta dua peminat yang diundang menerusi laman facebook Roslan. Hadiah yang dimenangi bukan calang-calang kerana berbentuk barangan kemas dari Reefa Gold.

Dalam perkembangan lain, Roslan juga akan berlakon drama 13 episod berjudul Serumpun arahan Mat London yang akan ditayangkan menerusi RTM. Wataknya kali ini berbeza apabila menjadi pengawal keselamatan. Dia menyifatkan watak ini lebih ‘macho’.

“Ini kali pertama saya berlakon drama yang agak serius. Gaya bercakap dan berjalan saya memang kena ‘jantan’ habis! Bagaimanapun watak saya tetap diberi suntikan elemen komedi bagi menceriakan drama itu,” katanya yang turut menerima kejutan apabila mendapat hadiah komputer riba dari Datin Ira Ghani.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: